! Bila Si Gadis Berbicara !: Izwan Pilus Kembali Ke Rahmatullah

Friday, 20 January 2012

Izwan Pilus Kembali Ke Rahmatullah


Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.
Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.
Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.
Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.
Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.
Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya di laman Twitter.


sumber : Ohbulan



.

Suka Entry ni? Like la !!

3 comments:

Syaifuddin said...

innalillahiwainnailaihi rajiu'n ..
semoga roh nya di cucuri rahmat ..

btw ..follow sini da

Encik Troll said...

Semoga arwah dicucuri dalam kalangan orang orang yang beriman. Amin.

sheena said...

hey nice one post.....this helped me alot to come out problem.!!
thanks alot.
Mercury Ford Ranger AC Compressor