! Bila Si Gadis Berbicara !: February 2012
Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday 22 February 2012

Kalau saya jumpe Doraemon ?





Sedang diulit kebosanan di tempat kerja sambil memandang berplastik2,berbuku2 roti di depan mata.. aku mencapai komik Doraemon yang aku bawak dari rumah tadi.. Selak punya selak terbaca satu cerita yang mana Si Nobita ni naik mesin masa untuk tengok sape jodoh die nanti.. Katenya Shizuka ..


Heee... kan best kan kalau aku dapat bela Doraemon.. kau nak bedal bpe banyak dorayaki pun i sanggup youuu.. kih3 .. 


Kalau la aku dapat bela Doraemon .. x bela pon dapat jumpa jap pun jadi lah kan..aku pun nak mintak macam Nobita mintak.. naik mesin masa then tengok sape jodoh aku nanti.. senang.. xpyah nak penat2 bercinta rak bagai..  last2 meraung2.. putus cinta..  alaaa..bosan la dga.. ki3.. 


Tapi kalau lah berpeluang jumpa Doremon kan.. then dapat tengok jodoh dengan naik mesin masa..aku harap jodoh aku My Hero mucuk2 lah ..heee... penat tau.. hampir setahun menyulam cinta .. wahahaha..  kalau xde jodoh rase nak terjun lombong ulang2 kali je.. weee..  


Tapi betul orang kate.. bace komik ni mempengaruhi..hee.. otak aku da jadi otak kartun..  Fantasi terlalu tinggi.. heehee..  





Sesungguhnya segala ketentuan kita dah pun sedia tercatat oleh-Nya ..




.
Suka Entry ni? Like la !!

Monday 13 February 2012

Cerpen : Berahinya Valentine's Day



“ Hello … come on la dear… tak moden la you tak buat macam ni.. hey.. kajian menunjukkan hampir 80% anak-anak dara kat Malaysia ni dah takda dara ? so..apa yang nak dihairankan..you tu pun Alya ? still virgin? Hahaha.. I don’t believe if you kata you tak pernah buat apa-apa sepanjang you couple dengan Shah tu.. dara? Apa ada pada dara? Just selaput lah you.. dah jodoh ada je yang akan kahwin dengan you. You tak perlu risau ..” .Suria lancang berkata-kata sehingga mempamerkan perubahan pada riak wajah Alya.







Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 3- (Last Part)

 



Alya kelihatan runsing memikirkan sesuatu.. Sekejap berjalan ke kiri sudut biliknya..sekejap keluar ke arah balkoni biliknya..sekejap duduk di atas katil dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk merebahkan tubuhnya di kamar.

“ Macam mana ya..  nak beritahu siapa ya? Mama dan papa? Emm.. tak mungkin… mati aku kena halau dengan mama dan papa nanti.. emmm.. beritahu Danny !!  emmm.. ikut cadangan Suria petang tadi pun bagus juga.. tak perlu melibatkan parents aku .. leceh  .. semakin besar jadinya karang “ .Hati Alya berbicara sendiri sambil mindanya ligat memikirkan jalan penyelesaian yang tepat .

Suria mengusap-ngusap perutnya .. emmm…  aku dah nak jadi mama ye? siapa papa kamu ? papa Danny ye? emm.. macam mana pula boleh jadi baby ni..  Danny … what have you done.. tengokk  !!! I bunting sekarang ni .. .Jerit Alya dalam hatinya.

Alya kemudian pantas mencapai telefon bimbit Blackberrynya.Didail nombor telefon kekasih hatinya ,Danny.. Panggilan kemudian bersambung.

“ Hello sayang ! “Danny menyambut panggilan Alya dengan nada yang sangat manja sekali. Namun kedengaran seperti Danny berada di suatu tempat yang sangat bising sekali ..

“ You dekat mana Danny? Bising saja? “ Alya bertanya dengan nada berbaur cemburu.

“  Honeyy.. malam ni ladies night … I tengah clubbing lah ni.. “ Danny menjawab slumber sambil tangan kanannya memeluk erat pinggang seorang gadis bertubuh genit.

“ Emm..  can we meet sayang? I ada benda nak bincang ..  penting tau you..” Alya meneruskan butir bicaranya.

“Sure boleh sayang.. bila? You rindu I la tu.. “ .Danny mengusik nakal sambil meneguk segelas arak.

“ Esok time lunch okey.. jumpa you di Pizza Hut Mid Valley okey dear “ .Alya mengatur pertemuan.

“ Okey sayang.. no sweat ..   kita jumpa esok okey honey.. muahhh…” .Danny menghadiahkan flying kiss buat Alya.

******************************

Lokasi : Pizza Hut Mid Valley

“ I dah 3 bulan tak period..” Alya mengatur bicaranya sambil anak matanya tepat memandang raut wajah Danny yang sedang menyuap sepotong pizza ke dalam mulutnya.

“ So ? apa kaitannya dengan I? I doctor ke? “ .Danny berseloroh

“ You boleh jawab macam tu.. you tengok ni.. positif tau ..I positif pregnant..dan ini anak you ! “ . Jawab Alya sambil menunjukkan pregnancy test kepada Danny ..

“ Wooo  Alya.. mana you tau tu anak I? mana tau anak orang lain..I tak mahu bertanggungjawab terhadap kandungan you tu sebab tak ada bukti itu adalah anak I ok . “ Danny menjawab keras.

“ Danny.. sampai hati you.. Ni anak you okey..you ingat masa malam Valentine’s haritu? “ .Suara Alya bergetar cuba menahan sebak di dada.

“ You tiba-tiba nak suruh I bertanggungjawab? Sedangkan you sendiri ramai lelaki. Mana tau anak orang lain.You memang sosial sangat.Bila dah bunting baru sibuk nak suruh I jadi pak sanggup you..banyak la cantik muka you kan . Sorry.. I ada banyak lagi kerja daripada menghadap muka you dengan perut bunting you tu baik I bla dulu !“ .Danny bingkas bangun dari duduknya lantas meninggalkan Alya dalam keadaan terpinga-pinga.

Serta merta air mata Alya berguguran.Dia menangis sepuasnya tanpa mempedulikan mata-mata lain yang sedang memerhatikannya

***********************************
Alya semakin buntu ..tidak tahu tindakan selanjutnya.Digenggam pregnancy test sekuat hati lalu dibalingnya . Semua barang di biliknya disepahkan tanda protes terhadap sikap Danny yang enggan bertanggungjawab.Alya kemudian menangis sepuasnya.. Serta merta dia terkenang kembali segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukannya.Alya merebahkan tubuhnya di kamar empuknya disulami dengan tangisan penuh penyesalan.Tanpa dia sedar dia sudahpun terlelap.

“ Alya.. bangun sayang.. mari breakfast sama-sama.” Datin Aida masuk ke kamar anak tunggal kesayangannya. Tangan Datin Aida ligt menepuk-nepuk tubuh Alya sambil matanya ligat memerhatikan bilik Alya yang berselerak ..lalu mata Datin Aida tertumpu pada satu objek di penjuru bilik Alya.. Datin Aida amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah pregnancy test ..keputusan yang terdapat pada pregnancy test itu positif pula.

“ Alya… !!  bangun.. ni apa ni ?!! apa Alya dah buat “ .Datin Aida meninggikan suaranya..

Alya tersedar daripada lenanya.. “ ye mama ..kenapa terjerit-jerit pagi-pagi ni.. “ .Sela Alya sambil mengeyeh-genyeh anak matanya.

“ Alya !! ni pregnancy test siapa? Kamu? Kamu pregnant? .Alya kenapa dengan kamu ni.. ? Apa nak jadi dengan kamu? Sampainya hati kamu menconteng arang ke muka mama dan papa. “ Datin Aida cuba menahan tangisnya.

“ Mama..  Alya minta maaf.. “ .Alya menangis sepuasnya.

“ Papa mesti tau hal ni..  !! kamu memang benar-benar melukakan hati mama ! “ .Datin Aida meninggikan nada suaranya lantas segera meninggalkan kamar Alya

***************************

Seharian Alya mengurungkan dirinya di dalam bilik.. Dia menangis sepuasnya. Teringat kembali papa yang memarahinya  dengan wajah yang amat bengis tadi.

“ Alya..mulai sekarang ..kamu bukan lagi anak papa. Papa nak kamu keluar daripada rumah ini sebelum malam ni.Pergi lah kamu kemana sahaja..Papa tidak mahu menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah ini yang pastinya akan merosakkan reputasi dan nama baik papa sahaja. “. Dato Sharil benar-benar marah akan anaknya.

Alya buntu.. kemana dia akan pergi ? kemana lagi? Ikut Danny? Tidak mungkin. Sudah beribu kali dia cuba menghubungi Danny namun tidak juga dijawab.

Kemudian mata Alya tertumpu pada sebtang hanger di dalam almarinya. Direnungnya hanger itu lama-lama.

******************************
Darah mengalir dari celah kaki Alya. Merah .. pekat dan hanyir baunya. Alya menggigit kain bajunya menahan kesakitan. Di tangan kirinya tergenggam kemas sebatang hanger .
Alya tidak dapat menahan kesakitan. Nafasnya seakan terhenti ..

******************************
Keesokkan paginya Datin Aida masuk ke kamar Alya..Walaupun marahnya pada Alya masih bersisa namun dia tetap bimbang terhadap keadaan anaknya itu.Datin Aida mendapati Alya tidak berada di kamar. Datin Aida mulai cuak.Datin Aida terhidu bau hanyir yang amat kuat menusuk hidungnya.

Datin Aida lantas ke kamar mandi Alya..Alangkah terkejutnya Datin Aida apabila melihat Alya sudahpun rebah di dalam kamar mandinya. Datin Aida lantas mendapatkan Alya..  mendapatkan Alya lalu disisipkan kemas ke ribaannya..Datin Aida menggoncangkan tubuh Alya sekuat hati.Namun Alya tidak juga sedarkan diri.

Datin Aida menangis sepuas hati . Diperiksa nadi dipergelangan tangan anaknya..Nadinya tidak lagi berdenyut .
Datin Aida meraung sekuat hati memanggil suaminya.

*****************
Lokasi : Tanah Perkuburan

Datin Aida menagis teresak-esak disisi Dato’Sharil meratapi pemergian anak tunggalnya ,Alya.Alya pergi menemui Yang Esa akibat kehilangan terlalu banyak darah dalam percubaannya menggugurkan kandungannya.


Tamat




Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 2-








Buekkkkk…  huh.. buekkkk  !!! ..  dari arah dapur Datin Aida memerhatikan sahaja anak kesayangannya Alya yang dari tadi kelihatannya asyik ke tandas sahaja dan muntah..

 “ Alya kenapa sayang? Salah makan ye? “ Datin Aida bertanya pada Alya.

“ Alya tak tahu la mama.. mungkin lah.. sejak-sejak ni asyik rasa loya je tekak ni.Badan ni pun macam rasa tak kena je.Period Alya pun problem.” Alya mengadu tentang keadaan yang dialaminya sekarang kepada mamanya.

“Period Alya kenapa pula? Tak mahu pergi cek ke? Mana thu ada sakit yang serius puteri mama ni ? “ .Cadang Datin Aida sebagai tanda prihatin dan kasihnya pada anak tunggal kesayangannya itu.

“Terganggu lah mama period Alya.. period sekejap-kejap.Then tak period langsung..3 bulan dah ma tak period.” Alya mengadu manja.

“Emm.. ala.. biasa lah tu perempuan memang selalu ada masalah macam tu.Nanti Alya pergi check doctor ye honey .” Datin Aida membalas sambil tangannya ligat mengupas buah pelam muda.

“Mama… wow..  pelam muda.. thanks mama.. mama dapat dari mana ni? “ Alya bertanya penuh minat sambil tangannya cepat mencapai beberapa hirisan buah pelam muda yang siap dipotong oleh Datin Aida.

“Mama minta Cik Zainab carikan..kebetulan kat rumah Cik Zainab ada pokok pelam..muda-muda lagi buahnya.Lagipun haritu kamu kata nak sangat makan buah pelam muda kan.Jadi mama carikan la.. ni dah dapat makan..suka tak sayang? “ Datin Aida menyusun kata-katanya menampakkan betapa Datin Aida amat menyayangi anak tunggalnya itu.

“ Suka sangat mama ..emmm!!!  sedapnya mama.. mama nak tak? Mari sini Alya suapkan mama..” . Alya menyuapkan hirisan pelam muda kearah mulut mamanya.Sangat manja perlakuannya . Menunjukkan kemesraan di antara anak dan seorang ibu.

*********************
Di kamar Dato’ Sharil dan Datin Aida.

“ Abang .. Aida tengok anak kesayangan abang tu macam tak sihat je sejak dua menjak ni..muntah-muntah ..tekak loya ..badan dia pun Aida tengok macam lemah longlai je abang..sakit ke anak awak tu ye? “ .Datin Aida memulakan bicara di kamar mereka.

Dato’ Sharil yang sedang tekun menghadap i-padnya mengalihkan perhatiannya pada tutur kata isterinya . 

“ Kenapa pula dengan Alya tu darling? Datang bulan kot..biasalah tu.. you ni macam tak biasa aja “ Dato’ Sharil meneka memberikan jawapan dengan harapan isterinya tidak begitu memikirkan tentang persoalan itu.

“Isy abang ni..Alya sendiri kata dia dah tak period 3 bulan dah.. emm.. selera dia pun takda.Tapi tadi Aida hidang pelam muda bukan main lagi dia makan.Habis seplastik pelam muda yang Cik Zainab bawa tadi.” Datin Aida bertutur dengan nada yang sangat lembut bertepatanlah dengan wajahnya yang begitu ayu dan menampakkan ciri-ciri seorang wanita yang mempunyai nilai kesopanan yang sangat tinggi.

“ Wait..wait sayang !! Alya dah tak period 3 bulan? Makan pelam muda yang masam tu? Mengidam ke anak awak tu? “ Dato’ Sharil meneka.

“Isy.abang ni..ke situ pula.. tak kan lah Alya nak mengandung pula.. tak mungkin lah abang . “ Datin Alya menjawab.

“ Mana lah tau sayang..Sekarang ni banyak dah kes macam ni..elak anak kesayangan awak tu tergolong sekali dalam kelompok mengandung di luar ikatan perkahwinan sudah la.. Memang abang tak mengaku anak lah..Buat malu abang saja. Tercalit arang kat muka abang ni..Abang orang kohormat ..mana mungkin abang biarkan ada apa-apa kontroversi yang keluar paper nanti..Malu abang..malu keluarga kita..rosak reputasi syarikat kita nanti sayang  " .Dato’ Sharil berseloroh panjang lebar.

“ Isyy.. tak mahu lah disangkakan yang buruk-buruk abang .. tak elok.. boleh jadi doa nanti tau “ .Datin Aida menjegilkan biji matanya yang bulat kepada suaminya, Dato’ Sharil .

“ hehe.. alololo.. comelnya isteri abang bila buat macam tu.. mari sini .. geram pula abang tengok.nak cubit-cubit pinggang dia” .Dato’ Sharil lantas mencapai pinggang isteri kesayangannya lantas terdengar gelak tawa dari Datin Aida yang tidak tahan menahan kegelian akibat digeletek suaminya.

**********************************
“ You biar betul Alya? You tak period dah 3 bulan? You dah check? “ Suria bertanya kepada Alya setelah masalah yang menimpa diri Alya diceritakan pada Suria ketika mereka sedang menikmati hidangan nasi ayam di Chicken Rice Shop di Mid Valley .

“ yalah Suria..risau juga i.. I takut lah nak check.. kalau I pregnant macam mana? “ Alya menjawab .Dihujung nadanya jelas menunjukkan kerisauan membelenggu fikirannya kini.

“ Nah.. you ambil ni.. “ .Suria mengeluarkan pregnancy test dari beg tangannya.

“ Wahh.. you memang ada simpan benda ni dalam beg you ya? Nice.. “ .Alya menduga temannya

“ Yalah..senang sikit nanti you nak check. Boyfriend I tu kadang suka tau… isyy.. hahaha.. “ .Suria menjawab sambil badannya diliuk lentukkan.

“ I takutlah nak check … emm.. I pergi toilet dulu ye Cik Suria .. mau check… heee.. doa-doa lah tak lekat ea honey “ .Tutur Alya sambil mengeyitkan matanya kearah Suria.






Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 1-





Dari celahan tirai jendela sebuah bilik kelihatan sepasang kekasih sedang hangat dibuai asmara.Ditemani beberapa batang lilin yang mengeluarkan haruman yang  membangkitkan keghairahan di nyalakan di sekitar bilik,ditambah dengan kelopak-kelopak mawar merah yang bertaburan di birai katil dan sekitar penjuru katil menambahkan lagi suasana romantis pada malam 14 Februari itu. Terkadang terdengar rengekan manja dari si gadis.Diselangi dengan pujukan penuh romantis dari si jejaka.Disudut ruang tamu pula kelihatan beberapa lagi pasangan kekasih yang dalam keadaan separuh sedar sedang hanyut dibuai asmara .Kehangatan malam 14 Februari disambut dengan penuh berahinya oleh pasangan-pasangan kekasih yang sedang meraikan Valentine’s Day .

**************************************

Peluang yang terbuka luas untuk Alya Qistina bersama-sama meraikan malam Valentine’s ataupun Hari Kekasih bersama teman lelakinya dan beberapa orang lagi temannye pada malam itu tidak disia-siakan apabila mendapat tau dia akan menjadi penghuni tunggal banglo besar itu seorang diri pada malam itu.Mama dan papa Alya sedang honeymoon di Paris, ingin menyambut Valentine’s Day disana..katanya suasana di Paris sangat romantis dan mereka juga ingin mengimbau kenangan lalu oleh kerana di Paris lah tempat mama dan papanya mula-mula berjumpa dan akhirnya menjalin cinta.

Orang-orang gajinya juga diarahkan Alya untuk pulang ke kampung menikmati cuti masing-masing agar mudah urusan Alya untuk membawa pulang teman lelaki dan teman-temannya bersama pasangan mereka masing-masing untuk sama-sama meyambut malam Valentine’s bersama.

Ini bukan kali pertama Alya berbuat begini sepanjang 24 tahun usianya.Oleh kerana setiap tahun mama dan papanya akan bercuti di Paris pada ketika tibanya 14 Februari ,jadi inilah peluang bagi Alya memulakan agendanya .Alya berasa seakan tidak sempurna dan kolot jika tidak meraikan Valentine’s Day bersama teman lelaki dan rakan-rakannya.Walaupun setiap tahun bersilih ganti teman lelaki yang menemani tidurnya pada malam 14 Februari ,dia tidak kisah..asalkan dia tidak dikatakan kolot oleh teman-temannya.Masih segar di ingatan Alya mengenai sindiran temannya yang mengatakan Alya seorang yang kekampungan dan kolot kerana enggan menyambut Valentine’s Day

“ Alya.. minggu depan 14 Februari la.. amacam beb? Ada apa-apa agendakah?”. Suria memulakan bicaranya sewaktu mereka duduk lunch di Restoren Pizza Hut  di Mid Valley.

“ Apanya wei? Ada apa je dengan 14 Februari? ‘’..Alya membalas tutur kata Suria dengan malasnya.Tidak tahulah kenapa Alya berasa seperti lemah sahaja badannya petang itu.Mungkin cuaca yang panas mempengaruhi situasinya.

“OMG…!!..so kolot lah you ni Alya…Valentine’s Day you !!! tak kan you tak tau? “ Balas Suria dengan nada yang sedikit tinggi..hairan melihat temannya tidak mengetahui makna disebalik tarikh 14 Februari.

“ooo..  I see.. so.. apa yang you fikirkan wahai Cik Suria sayang ? “ Alya manjawab dengan selumbernya.

“ having some ‘ehem’ with our hubby la you… romantik tau Alya..malam tu lah kita nak tahu yang couple kita ni sayang cinta dengan kita tak..euwww.. malu la i bole cakap macam ni.. hihi” .Suria ketawa manja.Tapi masalahnya takda port baik punya la you..  i dah rancang dengan Rizal haritu ..takkan mau di hotel you..kena cekup tak pasal-pasal kahwin free lah i takda kenduri hantaran semua …OMG..mimpi ngeri you ". Suria menyambung bicaranya lagi.

“So..apa kaitannya dengan i? “ Alya yang sedikit blur bertanya pada Suria

“Hey you.. why so slow? Brush you brain lah dear ..dah berhabuk sangat dah tu…lembab you tau?” Suria membalas..memang mulut Suria ni kadang-kadang terover sikit.Tapi Alya tidak ambil pusing pun kerana dia kenal benar dengan perangai temannya itu.Mulut sahaja yang lancing tetapi hatinya suci.. oyeahh.. benarkah? Hihi..

“ I betul-betul tak fahamlah dear..okey..you nak celebrate Valentine’s Day together with your Rizal right? So..apa kaitannya dengan i? You ajak I sekali ke? “.Alya meluahkan apa yang berada di benak fikirannya.

“ yaa..  I wanna you to join us.. ajak lah beberapa orang lagi member-member kita..” Suria membalas .

“OMG…sex party? Haiyoo.. I tak berani lah you.. “ Alya memberikan reaksinya.

“ Hello … come on la dear… tak moden la you tak buat macam ni.. hey.. kajian menunjukkan hampir 80% anak-anak dara kat Malaysia ni dah takda dara ? so..apa yang nak dihairankan..you tu pun Alya ? still virgin? Hahaha.. I don’t believe if you kata you tak pernah buat apa-apa sepanjang you couple dengan Shah tu.. dara? Apa ada pada dara? Just selaput lah you.. dah jodoh ada je yang akan kahwin dengan you. You tak perlu risau ..” .Suria lancang berkata-kata sehingga mempamerkan perubahan pada riak wajah Alya.

Sememangnya Alya sedikit tersentuh hati dengan tutur kata temannya itu.Sememangnya apa yang dikatakan Suria itu tidak benar sama sekali .Walaupun dia kelihatan agak sosial dan bebas namun dia tidak pernah sekali pun menyerahkan mahkota teragungnya pada mana-mana lelaki walaupun teman lelakinya sendiri.
“ Hello!! You termenung apa ni Alya? Tak betul ke apa yang I cakap ni?” Suria memetik-metik jarinya untuk menarik kembali perhatian Alya yang entah kemana rohnya menerawang..jasadnya sahaja tertinggal di sini .

“ haaa.. ya…im still here .. ". Alya tersentak

“ Actually kan Alya parents I ada kat rumah lah 14 Februari ni..Haritu you kata parents you nak pergi Paris kan? Bila? “ Suria bertanya pada Alya .

“oh ya…  I pun lupa ..you ingat ye? prihatin you pada family I ye? oh ya.. macammana I boleh lupa my parents nak sambut Valentine’s disana. ". Alya menyatakan penyesalannya."My parents naik flight 12 Februari nanti kot. So lonely la i kat rumah dengan maid-maid i..” Alya menyambung tuturnya

“Aiseyy..potong daun pulak maid-maid you ni..i baru nak pinjam banglo you jadi port malam Valentine’s Day nanti.. Boleh tak you? Tapi maid-maid you tu kacau daun lah..hmm.. I bagi cadangan you suruh je maid-maid you balik kampung ..cuti …amacam? ". Suria memberika cadangannnya.

“ Hello Suria.. I tak kata pun I setuju..pandai saja bagi cadangan ea? ..heee.. tapi sebab you kawan I idup mati I setuju lah .. nanti I ajak my lovely Shah okey.. ". Alya setuju sahaja dengan cadangan Suria…bimbang dikatakan kolot..lagipun bila difikir-fikir kembali ada betulnya juga kata-kata Suria tadi.Dara Cuma selaput sahaja… ramai lelaki pun dah tak kisah dengan ‘kewujudannya’ sekarang ni.

***************************

Suria lah menjadi titik tolak permulaan ‘party seks’ yang akan mereka sambut pada setiap tibanya 14 Februari setiap tahun..mama dan papa Alya pun tidak pernah terhidu apa yang  berlaku pada setiap kali menjelangnya tarikh tersebut.

Tapi pada tahun ini.Alya bukanlah ditemani Shah ,jejaka yang telah meragut daranya pada malam 14 Februari tahun sudahnya..Kali ini Alya bersama teman lelaki yang lain..lebih kacak dan bergaya..sekali pandang macam Aaron Aziz pun ada.. dengan bentuk tubuh badannya yang sasa dan tegap pasti menimbulkan cemburu di hati wanita diluar sana padanya yang berjaya menakluki hati pemuda yang bernama Danny itu. Amat sepadan bila dipadankan bersama Alya yang sememangnya persis pelakon baru Neelofa.. wajahnya putih mulus bak telur yang dikupas ditambah dengan bentuk tubuh badannya yang amat menawan..sekali pandang memang persis Neelofa .

Seperti kebiasaannya setiap tahun pasti banglo milik Dato’ Sharil menjadi sarang ‘party sex’ di malam Valentines mereka.Agenda dimulakan dengan majlis tari menari diiringi alunan muzik yang romantik.Arak menjadi ‘penyeri’ party mereka..dalam keadaan terhuyung-hayang beberapa pasangan kekasih yang juga merupakan teman-teman Suria dan Alya menari dengan pakaian yang semakin lama semakin ‘kurang kainnya’ ditanggalkan dan dicampak merata-rata.Sehinggalah berlaku adengan asmara antara mereka.

*******************************






Suka Entry ni? Like la !!

Promo : Cerpen Berahinya Valentine's Day




Dari celahan tirai jendela sebuah bilik kelihatan sepasang kekasih sedang hangat dibuai asmara.Ditemani beberapa batang lilin yang mengeluarkan haruman yang  membangkitkan keghairahan di nyalakan di sekitar bilik,ditambah dengan kelopak-kelopak mawar merah yang bertaburan di birai katil dan sekitar penjuru katil menambahkan lagi suasana romantis pada malam 14 Februari itu. Terkadang terdengar rengekan manja dari si gadis.Diselangi dengan pujukan penuh romantis dari si jejaka.Disudut ruang tamu pula kelihatan beberapa lagi pasangan kekasih yang dalam keadaan separuh sedar sedang hanyut dibuai asmara .Kehangatan malam 14 Februari disambut dengan penuh berahinya oleh pasangan-pasangan kekasih yang sedang meraikan Valentine’s Day .


- Sedutan daripada cerpen Berahinya Valentines day . Baru 70 % siap . Tak dapat buat cepat sebab DEMAM dan busy kerja.. arghh.. Haaa..  kepada siapa-siapa yang menyimpan angan-angan untuk celebrate Valentines Day better baca cerpen ni dulu .. ye.. Tq pada yang sudi baca ..  :)






Suka Entry ni? Like la !!

Thursday 9 February 2012

suami simpan janggut ..senang dapat anak !





Ustaz Azhar Idrus pun ada simpan janggut


Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan atau nafsu pasangannya.


Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Wallahu’alam….

Sumber : melayukini.net




Suka Entry ni? Like la !!

Saturday 4 February 2012

Saya suka awak main gitar !



sekadar gambar hiasan 


Assalamualaikum.. 


Dah lme ye tak duk heboh2 mengentry pasal diri sendiri yek.. bole x? ..bole je la ea..Aku nak cerita pasal My Hero.. bagi follower setia dorang tau la sape gerangan My Hero ni yek .. ( macam ade je follower /followers setia ye ) ki3.. b4 that.. tengok gitar atas.. cun gile sei kale pinky2 lagi u... 


Malam ni ..i mean pagi ni 5 Feb 2012 sangat sweet .. hah..ape yg jadi ? kiteorg candle light dinner? kiteorg tgk movie mid nite? spend time bawah bulan ? heee..  tak punnn.. tapi  Kenapa x? kan romantik tu u !! .. heee..My Hero nun jauh di JB ..Saya tersadai kat sini.. sorang2 .. sebatang kara ..( haha.. propa je kutt )


Ok ..berbalik pada cerita tadi.. disebabkan kiteorg berada dalam lingkungan kawasan yg berbeza dan agak jauh..handfone lah penghubung kami.. tettt (cerita tergantung)
Dulu masa My Hero tgah decide nak beli gitar tak sebab die cm sungguh2 nak belajar main gitar and wat hilang bosan ..aku just kte ok sje dengan harapan dia akan mainkan gitar and nyanyi untuk aku ..Aku suke sgt lelaki pandai main gitar then nyanyi untuk kite...  so sweettt..  ( hahaha.. gedik sudah ) 

               Aku : Awak nanti nyanyi untuk saya dengan gitar awak tu ok ! 
          Dia : ok awak..  nanti saya main and nyanyi ok  

Seminggu ... dua minggu ...  3 minggu...  2 bulan...  3 bulan ...  4 bulan... krik..krik..krik 
(hanya bunyi cengkerik)


Setelah agak berdebu almari bilik aku dan terpaksa aku lap balik buat kesekian kalinya barulah malam tadi.. i mean pagi ni dia petik gitar and nyanyi untuk aku .. itu pun cuma melalui fon je.. xbestt.. sy nak live lah awk !!


Tapi apepun tak sangka My Hero mempunyai suara yang lunak..wajah yang kacak dan jari jemari yang memang hebat memetik gitar (hehehe.. bodek nak mintak iphone sbnanya ) hehehe.. tapi serius beb.. sedap gile.. tak tidur malam aku dibuatnye youu..  (haha.. gedik double)


Antara lagu yang dia nyanyikan khas untuk aku ialah lagu Radja -Aku ada karena kau ada..tapi lagu yang buat aku agak tersentuh ialah lagu dari Sofaz -Dan Bila Esok .. kenapa wei? lirik die kuttt...  hee


Dan banyak lagi lagu dia petik sebenarnya..antaranya lagu yg die asyik ulang2 iaitu Carta Hati -Najwa Latif.. My Hero suke sangat lagu ni.. haiyoo.. jadi saya pun ikut awak la..suke jgak lagu ni :))  (gedik triple)


ok..stop..entry ni dah jadi cam diary  .. zzzZZZZZZzzz


Pada aku benda2 kecil macam ni pun dah cukup sweet sangat dah pada aku .. sebab hubungan kiteorg tak lah macam kapel lain yang bukan main romantik... i love u ..u love me.. u jump i jump also..only u in my heart.. ZZZzzzz .bla3 ... kiterorg sempoi saje.. bole jadi kawan.. bole jadi kawan gado..u boom i.. i boom u back .. weee..jadi pendengar masalah..digaul2 sebati dan bole jadi kekasih..


my wish : nak mintak awak main gitar sambil nyanyi depan saya mase befday saya next month.. xde hadiah iphone pun xpe.. weeee  ...







Suka Entry ni? Like la !!

Friday 3 February 2012

Penampakkan Alien di Planet Marikh











Hello you alls .. makhluk asing tu wujud x rasenye? heee.  xtau2 .. tapi ade gambar yang dirakam oleh 2 robot peninjau NASA kat planet Marikh yang mengatakan terakam imej makhluk asing yang kelihatan macam orang juga.. jum tengok gambar bwah ni yawww... 







cbe tengok.. heee.  dekat dah tengok.. jauh pun dah tengokk.. rase2 betul ke tu makhluk asing? Namun ada yang mendakwa itu bukanlah imej makhluk asing pun ..tapi hanyalah batu yang bentuknya seakan orang yang sedang duduk di atas batu :)




Wallahu a'lam




Suka Entry ni? Like la !!

OMG Cantiknya Awan Hujan Panas tu !







Kadang2 mesti tertimbulnya persoalan kenapa kat tempat aku hujan tapi tempat ko jalan kering je.. Macam yang terjadi kat aku and Shazila aritu.. keluar aja dari taman kiteorang yang tak sampai berapa meter pun jaraknya dari rumah kiteorg tengok jalan kering je..langsung tak hujan.Pdahal kat kawasan rumah kiteorg hujan lebat yawww..


ok ..tapi tu bukan lah yang aku nk cerita sebenarnya.. tapi aku nak tunjuk gambar macam mne terhasilnya hujan panas ..tapi kalau tengok gambar bawah ni pun persoalan aku kat atas tdi pun terjawab juga ye.. tengok la.. awan tu cuma kat sebahagian tempat je.. cantik kan.. 


wjvzM

OK..kalau tengok dari gambar kat atas ni..  hujan panas terjadi akibat simbahan cahaya matahari dari kawasan yang tak hujan dan sedang disinari cahaya sang mentari..  chewahh ..ayat bukan main ..puitis kunun..puii la.. 



 Beruntung kan orang yang kat atas kapal terbang tu.. dapat tengok live.. 






Suka Entry ni? Like la !!