! Bila Si Gadis Berbicara !: Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 3- (Last Part)
Photobucket Photobucket Photobucket

Monday 13 February 2012

Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 3- (Last Part)

 



Alya kelihatan runsing memikirkan sesuatu.. Sekejap berjalan ke kiri sudut biliknya..sekejap keluar ke arah balkoni biliknya..sekejap duduk di atas katil dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk merebahkan tubuhnya di kamar.

“ Macam mana ya..  nak beritahu siapa ya? Mama dan papa? Emm.. tak mungkin… mati aku kena halau dengan mama dan papa nanti.. emmm.. beritahu Danny !!  emmm.. ikut cadangan Suria petang tadi pun bagus juga.. tak perlu melibatkan parents aku .. leceh  .. semakin besar jadinya karang “ .Hati Alya berbicara sendiri sambil mindanya ligat memikirkan jalan penyelesaian yang tepat .

Suria mengusap-ngusap perutnya .. emmm…  aku dah nak jadi mama ye? siapa papa kamu ? papa Danny ye? emm.. macam mana pula boleh jadi baby ni..  Danny … what have you done.. tengokk  !!! I bunting sekarang ni .. .Jerit Alya dalam hatinya.

Alya kemudian pantas mencapai telefon bimbit Blackberrynya.Didail nombor telefon kekasih hatinya ,Danny.. Panggilan kemudian bersambung.

“ Hello sayang ! “Danny menyambut panggilan Alya dengan nada yang sangat manja sekali. Namun kedengaran seperti Danny berada di suatu tempat yang sangat bising sekali ..

“ You dekat mana Danny? Bising saja? “ Alya bertanya dengan nada berbaur cemburu.

“  Honeyy.. malam ni ladies night … I tengah clubbing lah ni.. “ Danny menjawab slumber sambil tangan kanannya memeluk erat pinggang seorang gadis bertubuh genit.

“ Emm..  can we meet sayang? I ada benda nak bincang ..  penting tau you..” Alya meneruskan butir bicaranya.

“Sure boleh sayang.. bila? You rindu I la tu.. “ .Danny mengusik nakal sambil meneguk segelas arak.

“ Esok time lunch okey.. jumpa you di Pizza Hut Mid Valley okey dear “ .Alya mengatur pertemuan.

“ Okey sayang.. no sweat ..   kita jumpa esok okey honey.. muahhh…” .Danny menghadiahkan flying kiss buat Alya.

******************************

Lokasi : Pizza Hut Mid Valley

“ I dah 3 bulan tak period..” Alya mengatur bicaranya sambil anak matanya tepat memandang raut wajah Danny yang sedang menyuap sepotong pizza ke dalam mulutnya.

“ So ? apa kaitannya dengan I? I doctor ke? “ .Danny berseloroh

“ You boleh jawab macam tu.. you tengok ni.. positif tau ..I positif pregnant..dan ini anak you ! “ . Jawab Alya sambil menunjukkan pregnancy test kepada Danny ..

“ Wooo  Alya.. mana you tau tu anak I? mana tau anak orang lain..I tak mahu bertanggungjawab terhadap kandungan you tu sebab tak ada bukti itu adalah anak I ok . “ Danny menjawab keras.

“ Danny.. sampai hati you.. Ni anak you okey..you ingat masa malam Valentine’s haritu? “ .Suara Alya bergetar cuba menahan sebak di dada.

“ You tiba-tiba nak suruh I bertanggungjawab? Sedangkan you sendiri ramai lelaki. Mana tau anak orang lain.You memang sosial sangat.Bila dah bunting baru sibuk nak suruh I jadi pak sanggup you..banyak la cantik muka you kan . Sorry.. I ada banyak lagi kerja daripada menghadap muka you dengan perut bunting you tu baik I bla dulu !“ .Danny bingkas bangun dari duduknya lantas meninggalkan Alya dalam keadaan terpinga-pinga.

Serta merta air mata Alya berguguran.Dia menangis sepuasnya tanpa mempedulikan mata-mata lain yang sedang memerhatikannya

***********************************
Alya semakin buntu ..tidak tahu tindakan selanjutnya.Digenggam pregnancy test sekuat hati lalu dibalingnya . Semua barang di biliknya disepahkan tanda protes terhadap sikap Danny yang enggan bertanggungjawab.Alya kemudian menangis sepuasnya.. Serta merta dia terkenang kembali segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukannya.Alya merebahkan tubuhnya di kamar empuknya disulami dengan tangisan penuh penyesalan.Tanpa dia sedar dia sudahpun terlelap.

“ Alya.. bangun sayang.. mari breakfast sama-sama.” Datin Aida masuk ke kamar anak tunggal kesayangannya. Tangan Datin Aida ligt menepuk-nepuk tubuh Alya sambil matanya ligat memerhatikan bilik Alya yang berselerak ..lalu mata Datin Aida tertumpu pada satu objek di penjuru bilik Alya.. Datin Aida amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah pregnancy test ..keputusan yang terdapat pada pregnancy test itu positif pula.

“ Alya… !!  bangun.. ni apa ni ?!! apa Alya dah buat “ .Datin Aida meninggikan suaranya..

Alya tersedar daripada lenanya.. “ ye mama ..kenapa terjerit-jerit pagi-pagi ni.. “ .Sela Alya sambil mengeyeh-genyeh anak matanya.

“ Alya !! ni pregnancy test siapa? Kamu? Kamu pregnant? .Alya kenapa dengan kamu ni.. ? Apa nak jadi dengan kamu? Sampainya hati kamu menconteng arang ke muka mama dan papa. “ Datin Aida cuba menahan tangisnya.

“ Mama..  Alya minta maaf.. “ .Alya menangis sepuasnya.

“ Papa mesti tau hal ni..  !! kamu memang benar-benar melukakan hati mama ! “ .Datin Aida meninggikan nada suaranya lantas segera meninggalkan kamar Alya

***************************

Seharian Alya mengurungkan dirinya di dalam bilik.. Dia menangis sepuasnya. Teringat kembali papa yang memarahinya  dengan wajah yang amat bengis tadi.

“ Alya..mulai sekarang ..kamu bukan lagi anak papa. Papa nak kamu keluar daripada rumah ini sebelum malam ni.Pergi lah kamu kemana sahaja..Papa tidak mahu menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah ini yang pastinya akan merosakkan reputasi dan nama baik papa sahaja. “. Dato Sharil benar-benar marah akan anaknya.

Alya buntu.. kemana dia akan pergi ? kemana lagi? Ikut Danny? Tidak mungkin. Sudah beribu kali dia cuba menghubungi Danny namun tidak juga dijawab.

Kemudian mata Alya tertumpu pada sebtang hanger di dalam almarinya. Direnungnya hanger itu lama-lama.

******************************
Darah mengalir dari celah kaki Alya. Merah .. pekat dan hanyir baunya. Alya menggigit kain bajunya menahan kesakitan. Di tangan kirinya tergenggam kemas sebatang hanger .
Alya tidak dapat menahan kesakitan. Nafasnya seakan terhenti ..

******************************
Keesokkan paginya Datin Aida masuk ke kamar Alya..Walaupun marahnya pada Alya masih bersisa namun dia tetap bimbang terhadap keadaan anaknya itu.Datin Aida mendapati Alya tidak berada di kamar. Datin Aida mulai cuak.Datin Aida terhidu bau hanyir yang amat kuat menusuk hidungnya.

Datin Aida lantas ke kamar mandi Alya..Alangkah terkejutnya Datin Aida apabila melihat Alya sudahpun rebah di dalam kamar mandinya. Datin Aida lantas mendapatkan Alya..  mendapatkan Alya lalu disisipkan kemas ke ribaannya..Datin Aida menggoncangkan tubuh Alya sekuat hati.Namun Alya tidak juga sedarkan diri.

Datin Aida menangis sepuas hati . Diperiksa nadi dipergelangan tangan anaknya..Nadinya tidak lagi berdenyut .
Datin Aida meraung sekuat hati memanggil suaminya.

*****************
Lokasi : Tanah Perkuburan

Datin Aida menagis teresak-esak disisi Dato’Sharil meratapi pemergian anak tunggalnya ,Alya.Alya pergi menemui Yang Esa akibat kehilangan terlalu banyak darah dalam percubaannya menggugurkan kandungannya.


Tamat




Suka Entry ni? Like la !!

0 comments: