! Bila Si Gadis Berbicara !: January 2012
Photobucket Photobucket Photobucket

Monday 30 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak




"Ingat lagi aku pada cerita Khairil semasa kami berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dulu .Dia menceritakan padaku tentang pengalaman penyakit mistik yang pernah dialaminya.Menurutnya,dia selalu didatangi seorang perempuan yang amat cantik lalu menidurinya.Sedar sahaja katilnya sudah basah.Khairil menerangkan lagi mimpinya melakukan seks dengan perempuan cantik dalam mimpinya itu seperti benar-benar berlaku.Menurut Khairil juga selera makannya membuak-buak  semenjak dia mula bermimpi akan perempuan cantik berambut panjang itu. "

Baca selanjutnya :







Suka Entry ni? Like la !!

Sunday 29 January 2012

Gambar-gambar sekitar Anugerah Juara Lagu ke-26





Dihangatkan oleh 2 orang pengacara yang memang bestt..Faizal Ismail dan Cheryl Samad 
Merangkul Anugerah Juara Mobile Celcom
Sedetik Lebih

Alya dengan lagunya Kisah Hati merangkul anugerah persembahan terbaik

Kemunculan Remy Ishak menerima sorakan ramai.. weee..kacaknyeee


Vokal Terbaik..Hafiz.. terbaik la
Bakar piano..Faizal Tahir menerusi Karma memperoleh tempat ke 3
Gandingan mantap 3 suara,Ning Baizura,Shila Amzah dan Jaclyn Victor memperoleh tempat ke 2
Persembahan 'sempoi' dari Hafiz dengan lagu Awan Nano merangkul juara lagu ke 26
Barisan Pemenang AJL ke 26
Gadis Youtube ..Najwa Latif menerusi Cinta Muka Buku ..
Persembahan mantap dari Jaclyn Victor dengan lagunya Sedetik Lebih
menggantikan penyanyi asal  Anuar Zain
Along Raja Lawak menceriakan lagi persembahan dari Alya menerusi Kisah Hati
 
 
 
Gambar diperoleh dari :http://www.facebook.com/TV3MALAYSIA 
 
 




Suka Entry ni? Like la !!

Awan Nano Hafiz Juara Lagu ke-26 Terbaik !!!






Memang syok gile tengok Persembahan Hafiz Awan Nano tadi..memang aku dah jangka lagu tu menang.Yang menang tahun ni aku setuju sangat compare with juara tahun lepas Ana Rafali Tolong Ingatkan Aku tu. Zzzzzzz..hahaha..jahatnya aku


Memang sempoi habis pakaian Hafiz tadi..pakai macam orang nak pergi kebun pun ada..hihi..suara Hafiz memang gile gempak la..jadi memang sgt layak dia rangkul hadiah vokal terbaik tuk 2 tahun berturut2 kan.


Ok.. sepanjang tengok AJL tadi..aku agak terkesima/terkejut/terpana lalu terkentut setelah melihat video cover Youtube adik aku Sarah Sukri (yang aku upload..hahaha..:D ) masuk kat playback lagu Cinta Muka Buku -Najwa Latif tadi.. hihi ..


krik ..krik..krikk... xpyah nk jakun sangat lah kan.. hahahha.. btw .. jum moh le kite layan cover cinta muka buku cover dari adik aku yekk .. 





apa2 pun tahniah untuk Hafiz,M.Nasir dan penulis liriknya iaitu Budi Hekayat atas kemenangannya dalam AJL26 .

Dan tak lupa juga aku nak senaraikan pemenang2 AJL26 :

Juara Lagu :  Awan Nano -Hafiz
Naib Juara :  Beribu Sesalan -3 Suara
Tempat Ketiga :  Karma -Faizal Tahir 
Persembahan Terbaik :  Kisah Hati -Alya
Vokal Terbaik :  Hafiz -Awan Nano 







Suka Entry ni? Like la !!

Saturday 28 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 4- (last part)



Abangku,Faiz tiba-tiba keluar membawa secawan air.Selepas Khairil membacakan beberapa potong ayat pada air didalam gelas itu,lantas dihulurkan kepadaku untuk aku minum,aku kembali sedarkan diri.Khairil kemudian memapahku untuk keluar dari kereta .Dia menyuruhku supaya lekas-lekas masuk kedalam rumah namun aku degil.Aku ingin juga berdiri di depan pintu gate untuk menghantarnya pulang.Aku dapat melihat anak mata Khairil seperti memerhatikan sesuatu yang sedang berlari laju menuju kearah atas bukit berdekatan rumahku.Aku pelik melihat gelagatnya.

Kemudian aku merasakan seperti ada angin kuat menerpa tubuhku buat kesekian kalinya.Khairil kembali mendapatkan aku . Dia memapahku masuk ke dalam rumah.
Khairil membawaku menuju kearah sofa .Aku duduk.Namun aku bagai merasa sesuatu yang aneh.Aku hilang kawalan.Barang-barang yang berada di sisi sofa aku lemparkan sahaja.Khairil cuba menenangkan aku namun aku sepak badannya.Aku sendiri tidak pasti dari mana aku peroleh kekuatan seperti itu.Terasa seperti segala pergerakanku bukan atas kerelaanku.Seperti separuh daripadanya telah dikuasai oleh ‘orang’ lain.


Aku seperti ingin menjerit sekuat hati.seperti ingin ketawa dan mengilai,dalam masa yang sama aku ingin menangis.Namun aku cuba tutup mulutku menggunakan bantal kecil di sofa agar jeritannku tidak didengari oleh ibu mahupun jiran-jiranku.Bagaikan ada kecelaruan identiti.Mungkin ‘benda’ itu sedang cuba menguasai diriku namun belum sepenuhnya.


Aku seperti dapat merasakan ‘benda’ itu sudah hampir berjaya menguasai badanku .Aku cuba pegang pipiku ,terasa kebas.Aku tampar-tampar pipiku.Pipiku seperti tiada.Segala pergerakkan badanku kini telah dikawal oleh’nya’.Aku sedar segala apa yang sedang berlaku,namun aku tidak bisa berbuat  apa-apa.Aku hanya mampu menangis sahaja.Oleh sebab itulah kelihatan terkadang aku ketawa,mengilai kemudian menangis.Yang sedang menangis itu adalah diri aku sendiri.


Abangku,Faiz cuba membaca beberapa potong ayat daripada Surah Yassin .Namun aku menjawab aku tidak takut mendengarnya kerana aku seorang Islam.Aku tidak tahu kenapa aku memandang teman lelakiku,Khairil dengan pandangan yang amat sinis dan benci sekali.Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Aku turut memaki-makinya .Tidak kurang juga apabila dia mendekatiku aku,aku akan memukul dan menyepak-nyepaknya.

“ sayang.. kau ni handsome lah.Handsome sangat-sangat.Marilah dengan aku.Kita kembali macam dulu ye ”.Aku bercakap dengan Khairil dengan nada seperti ingin menggoda sambil mengusap-usap manja pipi Khairil.Namun Khairil membalas dengan renungan yang amat  tajam seperti amat membenciku.Aku kemudiannya merasa amat marah sekali padanya.Lantas aku lemparkan barang-barang yang berada di sisiku.Aku memukul dan menyepaknya dengan begitu kuat sekali.Seperti ada kekuatan baru aku memukul dan menyepaknya sambil diiringi hilai tawa yang memang serupa benar dengan hilang tawa PONTIANAK !!

Ibuku yang terdengar hilai tawa yang amat kuat terjaga daripada tidur.Ibu keluar lantas memarahiku kerana membuat bising.Yalah jam di dinding sudah menunjukkan 12.30 am.

“Kau siapa?? Diam !! jangan kacau urusan aku.”Aku tolak ibuku hingga jatuh tersungkur.Ibu terkejut melihat wajahku yang sudahpun berubah rupa.Ibu menangis kerana terlalu takut.Wajahku berubah kehitam-hitaman,lebam dengan mataku yang kemerah-merahan.Suaraku juga berubah menjadi garau.

***************************************************

Jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.Namun mereka masih tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantuku.Tadi aku terasa aku seperti terbang di atas bumbung rumah jiranku.Berjalan seorang diri sambil membawa bayiku.Berjalan seorang diri di pinggir bukit berdekatan rumahku.Tekadang aku merasakan aku sedang duduk di atas bumbung kereta Khairil .Aku sendiri keliru..siapa aku sebenarnya.

Makcikku,Cik Nadiah yang sedari tadi telah pun datang untuk melihat keadaanku membaca surah Yassin di telingaku.”Sedapnya suara kau. Kau memang pandai mengaji ye ? hahahahaa”.Aku berkata kepada Cik Nadiah separuh mengilai. “Astghfirrullahalazim..”.Cik Nadiah mengucap dan tidak berdaya meneruskan bacaannya lagi.  “Heeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! Heeeeeee!!!!” Aku mengilai dengan kuatnya “ heeeeeeeeeeee!!!” Dengan bingkas aku bangun lalu mencekik Cik Nadiah dengan begitu kuat sekali. Khairil menahanku daripada melakukan sedemikian.Namun aku menyepak Khairil sekuat hati.

Aku sendiri tidak pasti dengan perlakuanku ini,segala pergerakkanku bagaikan dikawal oleh’nya’..Aku tidak berdaya melawan lagi.Aku hanya mampu menangis didalam hati.’Dia telah menguasai diriku .

Tiba-tiba aku terdengar mereka berkata seorang ustaz  telah sampai iaitu Ustaz Firdaus.Aku sendiri tidak pasti samada aku bersyukur ataupun takut.Bagaikan ada dua perasaan yang berbeza.Yelah,’dia’ telah menguasai tubuhku ..jadi  aku berasa bersyukur kerana aku akan bebas dari belenggu ‘dia’ yang bertapak di dalam jasadku ini.Pastinya amat sakit sekali dadaku tatkala ‘dia’ menumpang jasadku.Memperlakukan sesuka hatinya pada badanku.Dalam masa yang sama juga aku sendiri berasa takut dengan kehadiran ustaz itu.Aku tahu perasaan takut itu bukanlah datangnya dariku.

Baik kau pergi dari sini pengacau ! jangan ganggu urusanku “.Aku menengking ustaz Firdaus . “Kau tahu aku benci lelaki itu !! “ jariku menunding kearah teman lelakiku ,Khairil. “Kerana dia aku menderita ! aku sayangkan dia,tapi kenapa dia perlu ada perempuan lain..kenapa dia perlu menyayangi pemilik jasad ini..dan kenapa bukan aku !! ..

Ustaz Firdaus tidak mengendahkan makian itu.. “siapa kamu..dan apa kamu mahukan ? “ Ustaz Firdaus bertanya kepadaku . “ Aku Zubaidah ..isteri lelaki itu ! “ Aku menunding jari kearah Khairil .”Apa yang kamu mahukan dari empunya badan ini? “ .Ustaz Firdaus bertanya lagi.”Aku ingin dia mati !! hahahhahaa.. dasar perampas !!.Dia merampas kebahagiaanku.” Aku mengilai sekuat hati diselangi tangisan yang shahdu.

Ustaz Firdaus  tidak mengendahkan segala drama itu lalu cepat2 menangkap ibu jari kakiku dan memicitnya sekuat hati.Sakit benar rasanya..bagai mahu tersiat kulit aku rasakan tika itu.Aku menjerit sekuat hati.Kemudian aku terdiam,ustaz Firdaus lantas melepaskan ibu jariku.

Ibuku datang memelukku,aku tersenyum sahaja.Kemudian didalam pelukan itu aku cekik ibu sekuat hati.

“itu bukan Dayana yang sebenar .. ! Pintar kamu bersandiwara ya ! “ ustaz Firdaus berkata.Ustaz  Firdaus menyambung tugasnya.Diberinya aku minum air yang telah dibacakannya ayat-ayat suci .Namun aku persendakan air itu.Aku seperti mahu minum tetapi aku semburkan air itu ke wajah Ustaz Firdaus sambil mengilai seperti mempersendakan perbuatannya.Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku rasakan air itu seperti air beracun dan amat sukar untuk aku telan.
Ustaz Firdaus meneruskan tugasnya.Dia sambung memegang ibu jari kakiku.Aku menjerit sekuat hati..

*************************************

Aku terjaga dari lena.Badanku terasa lemah dan sakit-sakit.Aku pandang kedua-dua belah tanganku.Terdapat banyak kesan lebam dan ternyata amat sakit sekali.Teringat lagi akan peristiwa lewat pagi tadi.Aku sedar dari rasukkan pada jam 4 pagi.Sejurus selepas sedar dari rasukkan itu aku ternampak sesusuk tubuh di luar pintu berpakaian serba putih berambut panjang dan ,memerhatikanku dengan pandangan mata yang amat tajam.

Khairil telah pun meminta maaf denganku dan keluargaku kerana gangguan yang ku alami itu sememangnya datang darinya.Khairil menceritakan kembali yang mana dulu dia suka benar bermain permainan yang diberi nama Spirit Of The Coin iaitu sebuah permainan memuja roh yang telah meninggal dunia untuk datang ke dalam permainan .Khairil menceritakan lagi,akibat daripada nafsunya yang membuak-buak dia telah meminta untuk mengahwini Pontianak yang dipujanya itu.Setiap malam mereka akan berasmara melalui mimpi.Namun Khairil merasakan badannya semakin lemah dan kian lemah hari demi hari.Khairil sudah mulai menyesali akan perbuatannya semenjak merasakan kesihatannya terganggu tambahan lagi dia sudah temui cintanya iaitu aku.Jadi dia berjanji mahu meninggalkan segala perbuatan terkutuknya itu.

Namun amat sukar untuk dia berubat dan ‘membuangnya’ kerana Pontianak itu sendiri telah jatuh cinta padanya.Rawatan yang diterimanya tidak mendatangkan kesan malah Khairil kerap kali diganggunya bukan sahaja dalam mimpi tapi ketika sedar juga.Pontianak itu memarahinya kerana tidak  berlaku setia padanya dan cuba mahu melarikan diri darinya.

************************


2 bulan berlalu setelah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional ,Khairil semakin sembuh daripada gangguan Pontianak itu. Aku juga tidak lagi diganggu ..dan kini aku akan lebih berhati-hati terhadap gangguan makhluk-makhluk halus lebih-lebih lagi ketika datang bulan .



 -TAMAT-




Suka Entry ni? Like la !!

Friday 27 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 3-






Kereta yang kami naiki tiba-tiba sahaja berasap.Jam di tanganku sudahpun menunjukkan jam  11.30 pm.Aduhh.. kenapa pula time macam ni pulak kereta si Khairil ni nak rosak,kat tempat sunyi dan gelap macam ni pula .Hatiku berbicara sendiri.Aku memandang suasana sekeliling.Gelap..lampu jalan pun takda? Isyy.. Terdengar keluhan kecil  Khairil.Dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.Aku memandang jalan raya..sunyi sepi.. hanya beberapa kenderaan sahaja yang lalu lalang.Namun aku tidak begitu risau dengan kereta Khairil yang rosak itu kerana Khairul sememangnya expert dalam bab-bab  membaiki kereta yang rosak ni memandangkan dia mempunyai workshop sendiri.


Aku hanya  duduk dalam kereta sahaja.Khairil sahaja yang keluar memeriksa enjin kereta.Aku memandang suasana sekeliling.Tiba-tiba aku terpandang akan burung besar berwarna hitam terbang dipenjuru kereta.Sejurus selepas itu aku lihat seperti ada objek berbentuk kepala berwarna hitam melintasi kereta Khairil. Aku biarkan sahaja ,sudah lali barangkali dengan benda-benda sedemikian .Sejak dari kecil lagi sebenarnya aku mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk lain yang mungkin orang lain tak boleh lihat.Mahu diceritakan ke apa yang pernah aku lihat? Hehe.Tidak perlu rasanya. Melihat kelibat ’ makhluk-makhluk lain ‘yang lalu lalang sudah biasa bagiku.


Khairul buka pintu kereta di seat pemandu selepas selesai memeriksa keadaan enjin.Serta merta aku merasakan seperti ada angin yang agak kuat menampar pipiku dari arah pembukaan pintu kereta itu.Aku seperti hilang kawalan seketika,gundah gulana dan merasa bagai ada suatu yang tidak kena. Khairil mengatakan yang enjin kereta ini perlu dibiarkan sejuk beberapa minit untuk kembali pulih seperti biasa.Aku juga tidak begitu faham mengenai selok belok enjin kereta ini sebenarnya.


“ sayang .. kenapa diam aja ni? Yana mengantuk ye? Abang minta maaf ye sayang..Kereta ni buat hal pula.” Khairil meminta maaf padaku.Aku tidak pasti mengapa aku merasakan seperti ada suatu perasaan aneh yang menyelinap masuk dalam tubuhku.Seperti menguasai badan dan juga mindaku.Dengan tidak semena-menanya aku menghampiri Khairil lalu mencekiknya diiringi tawa kecil beserta nyalakan beberapa ekor anjing yang aku tidak pasti dari mana datangnya.Anjing itu menyalak dengan nyalakan yang berbeza sekali,tidak pernah aku dengar nyalakan anjing yang menyeramkan itu.Nyalakan anjing itu bagaikan memberi petanda yang mereka melihat sesuatu yang menyeramkan,mungkin.Hatiku meneka.


Khairil yang dicekik hanya berdiam diri sahaja.Fikirnya mungkin aku hanya bergurau sahaja berikutan sikap aku yang suka benar bergurau dengannya.Kemudian aku mendekatkan bibirku kearah bibirnya.Seperti ingin menggodanya.Khairil yang kelihatan agak ketakutan  membalas kucupanku.Aku membelai-belai wajahnya dan merenungnya dengan pandangan yang begitu mengghairahkan.Aku yang dalam keadaan separuh sedar kemudian menampar-nampar pipiku sendiri.Tidak pasti apa yang sedang aku lakukan tadi.

Selang beberapa minit kemudian,enjin kereta sudah boleh hidup seperti biasa.Kami meneruskan perjalanan pulang.Didalam perjalanan Khairil bertanya padaku mengapa aku berperangai pelik tadi..Dalam keadaan berpeluk tubuh aku menceritakan pada Khairil apa yang aku lihat tadi.Aku tidak tahu mengapa aku rasakan seperti satu badanku sejuk yang teramat.Seperti duduk didalam peti ais barangkali.Nak kata air-cond ni yang membuatkan aku berkeadaan sedemikian ,tidak mungkinlah sebab air-cond telah dimatikan.

Khairil yang telah mendengar perihal ‘benda’ yang aku lihat tadi kemudiannya menyatakan padaku dia rasa memang ada sesuatu yang sedang mengekori kami. Dia mengatakan ‘Cik Pon ada atas bumbung kereta ni’ aku yang sememangnya mengerti maksud ‘cik pon ‘ itu segera memandang ke cermin sisi kereta .Aku amat terkejut apabila dapat melihat juntaian kain putih terjuntai di bahagian tepi pintu kereta.Serta merta aku merasakan seperti ingin pengsan .Badanku yang terlalu letih tidak mampu melawan ketakutan yang menyelubungi,walaupun  hakikatnya aku sudah biasa melihat makhluk sedemikian.


Sampai sahaja di rumahku.Aku tidak mampu keluar dari kereta.Kemudian aku tidak sedar apa yang berlaku walaupun aku bukanlah tidur,pengsan atau koma sekalipun .Aku sendiri tidak pasti sebenarnya.






Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 2-


                       

      Hari ini aku habis kerja awal sedikit,pukul 9 malam aku sudahpun pulang dari kerja.Khairil menjemputku pulang dari kerja kerna kami sudah berjanji untuk keluar bersama .Seperti biasa Khairil membawaku makan di sebuah restoran yang menjadi antara restoran yang kerap kali kami kunjungi apabila keluar bersama.

Lokasinya yang berada berdekatan dengan tasik menambat hatiku untuk pergi kesana.Pasti makan malam kami terhias indah dengan pemandangan sekitar tasik yang memukau kalbu pada waktu malam.Walaupun lokasi restoran tersebut terletak di pinggir jalan yang agak sunyi,namun restoran itu tetap menjadi pilihan hatiku,tambahan pula restoran itu menyediakan hiburan karaoke yang sememangnya amat diminati oleh teman lelakiku.

Kerap kali juga dia menujukan lagu-lagu cinta pada aku.Dan yang paling membuatkan pipiku menjadi kemerah-merahan akibat menahan malu ialah apabila Khairil menyebut namaku dikhalayak pengunjung restoran dengan mengatakan lagu nyanyiannya itu ditujukan khas buat bidadari hatinya iaitu aku sendiri.Malu yang teramat aku rasa,namun terkadang berasa bangga juga kerana memiliki seorang teman lelaki yang amat romantik.

Jam tangan Fossilku menunjukkan angka sebelas .Aku segera mengajak Khairil untuk pulang.Memandangkan aku ada kelas awal pagi esok.Berbekalkan badan yang letih, risau juga kalau-kalau aku tidak bangun esok pagi.

Dalam perjalanan pulang aku terpandang botol air mineral kosong di seat belakang kereta GEN-2 berwarna hitam milik Khairil. Ohhh..dah habis air ubat dia rupanya,detik hatiku.“ Abang ..air dalam botol ni dah habis dah ye?  Kenapa tak buang botol kosong ni? Bersepah-sepah je dalam kereta ni.”Aku yang sedikit rimas melihat keretanya yang agak bersepah membebel di sisinya. “ Ala sayang,abang busy sangat lah..tak sempat nak buang botol kosong tu.”Khairil menjawab.

Segera ingatanku menerawang.

Sewaktu dalam perjalanan ke Melaka.
“Abang..Yana dahaga la..singgah la mana-mana RnR nanti ye.”aku mengadu manja.” Jauh lagilah sayang,Yana tahan dulu okey “ .Khairil memujukku.Tiba-tiba aku terpandang akan botol air mineral di seat belakang.Aku segera mengambil lalu membuka penutup botol dengan begitu rakus sekali.Khairil yang sedang memandu lantas merampas botol air mineral daripada tanganku. 

"Yana !! air ni tak boleh ambil.. ni air ubat abang.Abang seorang sahaja boleh minum” .Khairil menerangkan padaku dengan nada yang agak tinggi.Bagai tiada apa yang berlaku aku membalas padanya “ Air ubat apa pula abang? Abang sakit apa?”.. “Yana ingat  tak dulu abang ada cerita yang abang pernah sakit,kurus cengkung,pusat lesi sebab Pontianak tu?”.Khairil mengingatkanku .“Ohh.. ingat! yang masa abang cerita kat air terjun tu kan? ”. Aku bertanya kembali pada Khairil untuk mendapatkan kepastian.


Ingat lagi aku pada cerita Khairil semasa kami berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dulu .Dia menceritakan padaku tentang pengalaman penyakit mistik yang pernah dialaminya.Menurutnya,dia selalu didatangi seorang perempuan yang amat cantik lalu menidurinya.Sedar sahaja katilnya sudah basah.Khairil menerangkan lagi mimpinya melakukan seks dengan perempuan cantik dalam mimpinya itu seperti benar-benar berlaku.Menurut Khairil juga selera makannya membuak-buak  semenjak dia mula bermimpi akan perempuan cantik berambut panjang itu.

Dia akan makan hampir 10 kali dalam sehari.Juadah yang diambilnya pula dalam kuantiti yang amat banyak.Dia boleh makan 15 ketul ayam dalam suatu masa.Pernah suatu ketika Khairil menghadiri suatu majlis hari jadi rakannya ,dia mampu menghabiskan hampir 200 cucuk sate dalam suatu masa.Tapi berat badan Khairil bukan semakin meningkat,tapi semakin menurun.

Khairil kelihatan amat cengkung dan kurus sekali.Menurut bomoh yang mengubati penyakit Khairil itu ,Khairil sebenarnya telah didampingi oleh Pontianak,malah sudah pun berkahwin dengannya.Namun mereka hanya mampu berhubung melalui mimpi sahaja.Menurut bomoh itu lagi Khairil sudahpun mempunyai anak hasil daripada ‘perkahwinannya’ dengan Pontianak itu.



Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 1-

    


       Waktu masih pagi benar .Jarum jam loceng di atas meja kecil di sisi katilku baru menunjukkan angka tujuh.Simbahan cahaya matahari pagi menerjah masuk ke ruangan kamarku.Hawa sejuk  masih segar membaluti tubuhku.Terasa amat malas untuk aku menjejakkan kakiku ke lantai bilik mandi.Pasti sejuk benar air pada pagi ini,fikirku.Pagi ini aku bangkit dari tidur agak lewat melepasi waktu solat subuh kerana faham sahajalah dengan lumrah hidup seorang wanita.Setiap bulan pasti datang ‘bendera jepunnya’.

 Dengan langkah yang lemah longlai aku gagahkan juga langkahku menuju ke kamar mandiku.Aku capai tuala Winnie The Poohku lantas menapak ke kamar mandi.Sambil melayani haruman mandian Shokubutsu Orange Peel Sensation ,aku teringat kembali mengenai mimpi ngeri yang aku alami hampir setiap malam belakangan ini.Sungguh ! mimpi itu amat menganggu lenaku.Sebolehnya aku cuba untuk melupakan kengerian mimpi itu,namun semakin aku cuba untuk melupakannya,semakin mimpi itu menguasai mindaku.

 “Dayana !! Tinggalkan dia.. ! dia milikku ..kamu tidak pantas dengannya.Kamu memang dasar perampas!” sesusuk  tubuh wanita dengan wajah yang amat menggerunkan memberikan amaran keras padaku.Suaranya bisa   membuatkan bulu roma naik dengan sendirinya.Jika diingat kembali suaranya amat kuat seperti halilintar yang menyambar bumi,memarahiku kemudian disertai dengan hilai tawa yang amat menyeramkan.Wajahnya pula amat menjijikkan,terkopak-kopak,dipenuhi ulat,darah memercik-mercik.Ditambah dengan rambutnya yang kusut masai ,panjang mengurai .Kelmarin wanita yang sama juga datang mengganggu tidurku namun dalam keadaan yang berbeza.Dia seperti melutut merayu pula.Menangis-nangis menyuruhku melupakan dia.Menyuruhku supaya  meninggalkan si dia demi kebahagiaan mereka.


Kerap kali juga wanita itu datang dalam mimpiku.Boleh dikatakan hampir setiap malam.Pada mulanya aku cuma abaikan sahaja.Yelah,mimpi hanya mainan tidur sahaja.Namun jika mimpi yang sama juga yang datang dalam tidurku mana mungkin aku boleh abaikan sahaja.Aku cuba mengerti maksud mimpi-mimpi yang kerap kali singgah dalam lenaku .Namun aku buntu,siapa dia? Siapa wanita itu? Kenapa aku perlu tinggalkan dia? Arghh.. serabut jiwaku.

Pernah juga aku bertanya dengan kenalan-kenalan di Facebook.Namun tiada siapa yang dapat menafsir maksud mimpi-mimpi yang berulang-ulang kali menyelimuti tidurku.Mereka cuma memberitahuku  jika mimpi yang sama berulang selama 3 kali berturut-turut alamat mimpi itu bukanlah mainan semata-mata namun membawa maksud yang tersirat.Ohh.. siapalah aku untuk menafsir segala maksud tersirat mimpi-mimpi itu.

     Amat benar jika aku katakan mimpi-mimpi itu amat mengganggu jiwa aku sebagai seorang penuntut di universiti ditambah lagi aku juga turut membuat kerja part time disebuah kedai kek dan roti .Sungguh kosentrasiku sebagai seorang pelajar dan bekerja dalam masa yang sama jelas terganggu hanya kerana mimpi-mimpi yang dianggap remeh di mata teman lelakiku,Khairil .Apabila aku cerita padanya mengenai mimpiku ini dia seperti tidak mahu mendengar dan menganggap mimpiku ini hanya mengarut semata-mata.Dia menyalahkan aku pula kerana tidak mencuci kaki sebelum tidur.


****************************************************************************

      Hari ini aku mengenakan T-shirt lengan panjang bewarna oren dan seluar jean.Biasa sahaja pakaianku,lagipun hanya pergi kuliah sahaja ,bukan mahu pergi dating pun.Terasa malas pula untuk mencalit make-up diwajahku pada pagi ini,tak tahu lah kenapa aku seperti lemah sahaja pagi ini.Mood pun tiada.Mungkinkah kerana aku datang bulan ataupun mimpi itu yang membuatkan aku hilang mood.Huh ! mungkin sahaja aku terlalu penat kerana kurang rehat.Yelah malam tadi sahaja aku hanya tidur 3 jam sahaja.Assigment yang berlambak-lambak benar-benar menekankan.

Deringan telefon memainkan lagu Last Friday Night nyanyian Katty Perry menerjah cuping telingaku.Aku angkat dengan lemahnya.Nombor yang terpapar di skrin telefon Nokia C6ku memaparkan nombor telefon teman lelakiku,Khairil.

“Hello sayang.Selamat pagi ..On the way ke kelas ke?Abang rindu sangat kat sayang tau .Bila kita boleh jumpa ni sayang? ” . Khairil memulakan perbualan dengan nada suara yang cukup ceria.Mood aku kembali ceria selepas mendengar suaranya yang begitu riang sekali pada pendengaranku. “Ye abang..malam karang sayang habis sahaja kerja kita jumpa ok.”.Aku menjawab 

 Pelik benar, walaupun aku sebenarnya memang teramat penat sehingga rasa seperti ingin demam,namun aku tetap juga ingin keluar berjumpa dengan teman lelakiku Khairil.Mungkinkah ini dinamakan cinta.Yelah ,aku amat  menyayangi Khairil.. Walaupun hanya setahun jagung perhubungan kami,namun kasih yang dilemparkan padaku jelas menambat dan bisa mencairkan hatiku.





Suka Entry ni? Like la !!

Thursday 26 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - promo-





Ingat lagi aku pada cerita Khairil semasa kami berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dulu .Dia menceritakan padaku tentang pengalaman penyakit mistik yang pernah dialaminya.Menurutnya,dia selalu didatangi seorang perempuan yang amat cantik lalu menidurinya.Sedar sahaja katilnya sudah basah.

Khairil menerangkan lagi mimpinya melakukan seks dengan perempuan cantik dalam mimpinya itu seperti benar-benar berlaku.Menurut Khairil juga selera makannya membuak-buak  semenjak dia mula bermimpi akan perempuan cantik berambut panjang itu.Dia akan makan hampir 10 kali dalam sehari.Juadah yang diambilnya pula dalam kuantiti yang amat banyak.Dia boleh makan 15 ketul ayam dalam suatu masa.Pernah suatu ketika Khairil menghadiri suatu majlis hari jadi rakannya ,dia mampu menghabiskan hampir 200 cucuk sate dalam suatu masa.Tapi berat badan Khairil bukan semakin meningkat,tapi semakin menurun.

Khairil kelihatan amat cengkung dan kurus sekali.Menurut bomoh yang mengubati penyakit Khairil itu ,Khairil sebenarnya telah didampingi oleh Pontianak,malah sudah pun berkahwin dengannya.Namun mereka hanya mampu berhubung melalui mimpi sahaja.Menurut bomoh itu lagi Khairil sudahpun mempunyai anak hasil daripada ‘perkahwinannya’ dengan Pontianak itu.

- Sedikit sedutan daripada Cerpen Berkahwin Dengan Pontianak.. Sesuai tak tajuknya ek? hihi.. Untuk pengetahuan korang.Cerpen ni kisah benar dan berlaku kat aku sendiri.Tapi bukanlah 100% sama ..Biasalah aku tambah mitos2 sikit.Bru seronok bace..kot.. hehehee .. Hampir 80 % cerpen ni dah siap.. harap aku dapat siapkan cepat ..  -


.
Suka Entry ni? Like la !!

Tuesday 24 January 2012

Bulu roma aku meremang masa tulis cerpen ni !







4.20 am
25 Jan 2012





Hehehe.. tajuk macam pelik kan? .. ok.. sekarang ni aku tengah tulis cerpen mengenai penglaman mistik yang betul2 sebenarnya pernah aku alami.Walaupun aku tokok tambah sikit.Tapi memang ada part2 yang betul2 pon terjadi sebenarnya.


Berjam2 aku menaip tapi tak termasuk-msuk pun part yang aku nk ceritakan ni..which is part yg menjadi kemuncak dalam cerpen ni lah kononnya.Yang mana agak seram sebab menceritakan pengalaman rasukku.


Tengah2 menaip cerpen tu tiba2 rase seram sejuk pulak.. Huhuhu.. aku teringat gak kata2 ustaz tu.. peristiwa ni kalau bole jangan diulang cerita lagi.. jangan diceritakan lagi kalau boleh.aku tak berapa faham.tapi kalau aku just nak share je x salah kan? huhu.. macam menyeru2 pulak .. huhu.. omg .. aku terasa sangat seram sangat sekarang..


Harap2 aku berjaya abeskan cerpen aku ni.. Kalau suka and rajin bacalah .. tak paksa pun.. aku buat pun just suka-suka je .. peace  ..  






.
Suka Entry ni? Like la !!

Monday 23 January 2012

Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 4- (last part)



On the way pulang ke kampung

Lokasi Batu Pahat,Johor

Malas rasanya nak drive balik kampung ni.Kalaulah bukan sebab mama kol suruh balik sebab ada hal mustahak katanya .Takadalah aku nk start enjin kereta Myvii Pink aku pagi-pagi macam ni.Dah lah aku terpaksa cancel tiket Filem Ombak Rindu petang ni.. penat-penat saja booking semalam.Kempunan lah aku aku tengok jejaka idaman aku Aaron Aziz .. Takpelah demi mama. Balik saja lah ye.

Perjalanan aku hanya ditemani siaran radio Era.fm.Pagiku dihiasi dengan pelbagai lagu-lagu yang memang sensasi dan hot giler.Sesuailah dengan jiwa aku yang muda ni.. hihi. Muda ke? Tahun ni sahaja aku sudah menjangkau 26 tahun.Muda lagu lah tu kan.. bergetah lagi ok.

Dendangan lagu Jar Of Hearts dari Christina Perri memecah gegendang telingaku. Sambil menyanyi-nyanyi kecil melemparkan bait-bait lirik lagu yang menjadi antara lagu yang kerap kali menghiasi bilik airku tatkala mandi tiba-tiba deringan dari handphone merah jambuku mengalih perhatianku. Nombor yang tidak kukenali itu lagi yang terpapar di skrin.Aku angkat sahaja. Sebab aku pun tak sure sama ada benarkah nombor itu milik jejaka yang ku benci,Nazrul Daniel.Mungkin juga tidak.

“Hello my pretty fiancée.U tengah drive ke?nanti kita jumpa okey.!” . Suara misteri memulakan perbualan. Aku terkedu seketika. Siapa dia ni..Macam mana dia boleh tahu aku tengah drive? Fiancée? Erk? Bile pulak lah aku jadi tunangan dia ni.
“ Yupp.sorry ok. Wrong number ” .Aku menamatkan perbualan.Pelik-pelik sahaja .Nak mengarut dengan aku pun janganlah time aku tengah drive ni.Karang accident langgar divider jalan ke ,terjunam dalam gaung ke.. Tak ke arwah aku yang balik nanti. Isyy..simpang malaikat 44.

Sampai sahaja di rumah aku agak terpinga-pinga apabila melihat ada sebuah kereta Toyota Camry berwarna hitam tersergam megah di halaman rumah.Siapa datang? Papa beli kereta baru ke?bermacam-macam andaian singgah di mindaku.
Sebelum keluar dari perut kereta Myviiku aku membetul-betulkan shawl bewarna merah jambu yang ku kenakan .Berpadananlah dengan baju kurung bewarna putih berbunga-bunga kecil merah jambu yang kupadankan.Selepas memastikan semuanya beres aku bersedia keluar dari kereta.

Ya.. memang ada tetamu rupanya.Tapi tamu yang datang errr.. kenapa mamat yang aku benci tu !! Nazrul Daniel? Rancak benar dia berbual-bual mesra dengan papa dan mama.Isyy. kenapa dia ada kat sini? Seribu persoalan singgah di kotak fikiranku.Ingin sahaja aku melemparkan handbag aku ni padanya.Berani dia datang lagi rumah ni lepas apa yang dia dah buat pada aku dulu? Papa ..mama.. dengarlah rintihan hati anakmu ini.Dulu lelaki jahat ni pernah binasakan hati anak kesayanganmu ini. Kenapa sekarang kalian boleh berbual bermesra dengan lelaki jahat ini? Namun aku tidak berdaya meluahkan apa yang dipendam.Ingin sahaja aku muntahkan kata makian padanya .Namun mengenangkan dia seorang tetamu tambah lagi ada papa dan mama,jadi tidak manislah dipandang bukan? . Selamat kau lelaki !

“ Hana ..duduklah sini berbual-bual dengan tetamu kita ni.Mama dan papa nak pergi dapur sekejap.Nak siapkan makanan tengah hari ni” .Mama berdalih. Sejak bilalah papa ni rajin ke dapur.Pelik benar.Tanpa banyak bantahan aku segera menuruti .
 “ Haa. Kenapa datang sini lagi? Awak tak malu ke? ” aku merendahkan nada suaraku serendah yang mungkin,khuatir didengari mama dan papa. “ Salah ke saya nak melawat keluarga mertua saya? Dan salah juga ke saya nak jumpa tunangan saya ”.. Nazrul menjawab.“ Apa awak mengarut ni?.Awak nak melawat ke nak apa ke awak punya suka.Tapi bukan di sini ye.Kami tiada kaitan langsung dengan awak ” .Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. “ Siapa kata takda kaitan? Saya tunang awak.Awak tunangan saya. Papa dan mama awak keluarga mertua saya? Itu pun takde kaitan ke?” Dengan nada yang sedikit keras Nazrul membalas. “ Awak ni dah gila talak ye? saya tak pernah terima mana-mana pinangan. Tambah-tambah lagi pinangan dari awak! Memang tak mungkin lah.” Suara aku sedikit kuat sehingga membuatkan papa dan mama keluar dari dapur.

“Hana lupa ye.? Hana pernah cakap pada mama untuk terima mana-mana dan siapa-siapa sahaja yang meminang Hana pada 11.11.11 kan? So.. Nazrul yang masuk meminang hari tu.Jadi mama dan papa terima sajalah” .Mama menerangkan panjang lebar.Bagaikan ingin gugur sahaja jantungku ketika itu apabila mengingat kembali hajat yang aku sampaikan pada mama.Ini semua angkara si Shazila.Jika tidak aku menyahut cabarannya hari tu takdalah aku kini bergelar tunangan lelaki yang aku benci ni.


Mama kemudian menerangkan apa yang berlaku terhadap Nazrul tempoh lalu.Barulah aku tahu yang rupa-rupanya Dania saja mahu mengenakan aku dan Nazrul. Dia ingin melihat perhubungan aku dan Nazrul hancur.Semua ini berlaku kerana sikap iri hatinya terhadap aku yang berjaya memiliki cinta Nazrul.Sebenarnya Dania telah lama meminati Nazrul namun cintanya tidak mendapat balasan.Jadi Dania mengambil keputusan untuk menganiaya Nazrul dengan meletakkan sedikit dadah di dalam minuman Nazrul sehinggakan mereka boleh tidur sekatil pada hari itu.

*******************************

Kicauan burung menemani petang kami .Indah sungguh pemandangan di kaki bukit ini.Sungguh tenang dan mempersonakan.Nazrul Daniel memeluk erat pinggangku kemudian mengucup pipiku seraya mengucapkan lafaz “ I love u” di telingaku.Aku kini bahagia menjadi suri dalam hidupnya.Kini perasaan benci aku pada jejaka bernama Nazrul Daniel bertukar menjadi sayang .Malah menjadi semakin sayang semenjak dia kini sah bergelar suamiku.Sesungguhnya tarikh 11.11.11 meninggalkan sebuah kenangan yang amat manis buat diriku.


THE END …




.

Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 3-




Lokasi : Jusco Tebrau City Johor Bahru.(Pizza hut)

“ Kau makan dulu lah Hana,aku nak pergi toilet jap.. memulas-mulas pulak perut aku ni.Bahana makan tomyam semalam lah ni”.Shazila membebel sendiri. Aku hanya mengangguk sahaja.. Seronok juga  melayan kepala gila si Azhar tunangannya Zila ni.Ye.. sesuai sungguh mereka disatukan ..dua-dua kepala gila. Hihi.. hatiku tertawa kecil.Sedang asyik menjamah potongan-potongan pizza mataku teralih pada sesusuk tubuh yang amat aku kenali .Lantas aku segera paut lenganku pada lengan Azhar. Aku tahu dia sedang merenungku. Biar.. aku ingin dia tahu aku kini hidup bahagia bersama kekasih hati aku.Ya.. aku ingin jejaka yang bernama Nazrul Daniel itu tahu aku boleh bahagia meskipun aku tidak bersamanya.Biarpun hanya lakonan semata-mata.Azhar lantas mempamerkan reaksi peliknya. Kenapa lah tiba-tiba dia ni duk peluk-peluk aku. Gila apa minah ni.. aku jangka begitulah apa yang Azhar fikirkan.

Shazila kembali daripada toilet. Habis sudah sisa-sisa toksid dari perutnya barangkali ..Fikirku. Aku menceritakan peristiwa tadi kepada Shazila.Dia hanya tertawa sahaja.. Dia menyakatku dengan mengatakan kenapa tidak saja aku cium tunangannya tadi.Serentak kami tertawa.

**************************************

Selepas  berjaya menyelesaikan misi memilih baju pengantin Shazila dan Azhar,kami mengambil keputusan untuk pulang. Namun aku mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki teksi sahaja kerana aku ingat nak pergi mencari beberapa buah novel untuk dibaca kalau ada kelapangan. Tidaklah mahu aku menyusahkan Shazila dan tunangannya menunggu aku di kedai buku tu sebab aku kalau hal pilih novel memang berjam lah kan . Jadi aku mengambil keputusan untuk pulang sendirian.Lagipun aku saja mahu bagi peluang mereka berdua-duaan. Dari tadi kelihatan aku seperti seorang penyibuk sahaja .. hahaha..

Aku menunggu di depan pintu lif. Buka sahaja pintu lif aku meluru masuk.Tanpa aku sedari ada jejaka yang amat aku benci turut sama di dalam perut lif bersamaku.Memang tak boleh lari lah kali ni.Terpaksa menghadap sahaja dia. Lantas dia menegurku “ Hai cik Rihana Maisarah.. seorang saja?mana si dia? ” Nazrul menegurku . “ Ohh.. tunang saya? Dia ada ..dia.. errr ..pergi toilet sekejap” aku menjawab dengan tergagap-gagap. “ Pergi toilet pun bawa kereta keluar ye? Pergi toilet dengan kawan awak si Shazila pula tu.hihi” Nazrul memerli aku. Ya aku tahu aku telah menipunya.. habislah misi penipuan aku. Aku mengeluh sendirian. “Ohhh.. dia pergi hantar Zila balik tu.. Zila sakit kepala tadi.” Sedaya upaya aku cuba meneruskan misi penipuan aku walaupun aku tahu ianya telah gagal. “ Ohhh.. tunang awak sanggup tinggalkan awak sorang-sorang kat sini demi kawan awak ye? baiknya dia ” Dia membidas aku. Ciss.. mamat ni memang nak merasa penampar aku barang kali.

Keluar sahaja dari perut lif


“ Cik Hana.. saya ada satu soalan ni? ” Nazrul mengejarku.Aku cuba berjalan sepantas mungkin. Namun langkahnya lebih pantas dariku.Hanya mampu menadah sahaja apa yang dia cuba katakan padaku “ Yess.encik.. siapa ye? Nazrul ye? ” aku buat-buat lupa meskipun nama itu tidak pernah sekali pun lenyap dari ingatanku. “ Saya nak tanya .. boleh ke seorang perempuan bertunang dengan dua orang lelaki? ” Nazrul bertanya padaku. “ Haa? Soalan apa yang awak tanya ni? ”.Sejuta kerutan singgah di dahiku. “ Ha.. nak tau apa jenis soalan tu? ” Nazrul berteka-teki denganku. “Jum teman saya makan .. saya lapar ni .. tak makan lagi,kesian kat saya kan?Nanti masa makan saya akan beritahu awak apa jenis soalan tadi ye.” Pancing Nazrul.Walaupun hati aku melonjak-lonjak ingin tahu maksud pertanyaannya tadi namun aku perlu tetap dengan pendirianku.Ye! aku amat membencinya ,kenapa harus aku menerima pelawaannya untuk makan bersama . “ Emm.takpelah ye Encik Nazrul,saya baru saja makan tadi. Lagipun saya nak balik cepat ni.

Lantas aku batalkan niat aku untuk membeli novel tadi. “ Emm. Kalau macam tu apa kata saya hantar awak balik? Iyelah..takkan lah saya nak biarkan tunang saya balik sorang-sorang kan? Karang kena culik ke kena ngorat ke saya yang kempunan ” Nazrul meneruskan kata-katanya dengan selamba saja. Aku hanya ternganga sahaja . Kenapalah pelik saja ayat-ayat yang keluar dari mulut dia ni. Tapi aku abaikan sahaja. Biasalah ..lelaki suka benar bermain dengan kata-katanya.Ingat manis? Tak payah la.. masam saja aku dengar. Huh ! “ Ok la ye.. teksi saya dah sampai.. bye !! ” aku segera meninggalkan Nazrul dalam keadaan terpinga-pinga.


***********************************

.


Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 2-





Sambungan dari Cerpen: Sweetnya 11.11.11 -part 1-



Petang itu aku keluar bersama-sama Shazila dan tunangnya Azhar. Shazila kelihatan beriya-iya nak belanja aku makan dengan gaji pertamanya.Sambil-sambil tu aku menemaninya dan Azhar memilih baju pengantin yang bakal mereka kenakan pada awal Februari 2012 nanti. Didalam hati terdetik perasaan cemburu .Mana tak cemburunya,rakan-rakanku yang lain kebanyakkannya semua dah bertunang,berumah tangga,malah ada yang dah sedia menimang cahaya mata.Hanya aku sahaja ,jangan kata tunang,teman lelaki pun takda.

Di dalam perjalanan menuju ke Jusco Tebrau City


“ Hai Hana..sampai bila ko nak menyingle cmni Hana? ‘’ . Shazila menyapaku yang berada di seat belakang Proton Persona milik tunangannya Azhar. “ Hai.. ayat baru ke ? Menyingle?? .hebat kosa kata kau kan?.hahaha.’’  Aku cuba lari dari menjawab pertanyaannya. “ Hehehe..macammana dengan cabaran aku yang kau konon-kononnya sanggup nak sahut tu.? Siap nk potong kaki lagi kalau kau tak tunaikan kan? ‘’ .. “ Haaa.. Zila aku ingat nanti aku nak beli beg tangan baru la.. bosan dah dengan beg yang ni ” .Sedaya upaya aku cuba juga lari dari menjawab persoalan itu.Kenapa? sebab aku sendiri tiada jawapannya.
Segera ingatanku menerawang lagi

Sedang makan-makan dengan Shazila di Teluk Danga.


“ Hana.. minggu depan tarikh special datang lagi lah 11.11.11 ..Perghh.. sayangnyalah aku tak dapat spend time dengan momok aku time tu.Kenapa lah dia kena outstation lak kan.Sedihnya aku ”.Sejak dari sekolah dahulu kami gelarkan Azhar dengan panggilan momok..kenapa? macam hantukah dia? Hahaha..biarlah aku dan Shazila saja yang tahu. “ Yelah kan.. nak spend time dengan tunang dia je.. kita ni macam sisa-sisa melepaskan kebosanan dia je kan.” Aku buat-buat merajuk. “ Alah ko ni Hana,aku cakap macamtu pun nak merajuk.Gedik sungguh lah.” Shazila membidas. “ Aku saja nak manja-manja dengan kau .” Balasku. “ Dah tak payah .. pergi cepat-cepat cari pengganti Nazrul ,tunang cepat-cepat ,then ko nak manja-manja ke apa ke kau punya suka..hihi ”. Shazila mengenakan aku. “ Kau jangan.. aku bukan tak nak tunang ni. Mak aku selalu kol-kol aku tanya nak terima tak pinangan dari orang-orang ni.. bertali arus kau tahu? Aku rasa kalau Aaron Aziz tu belum kahwin pun dia mesti nak masuk meminang aku tau . ” Aku berseloroh.


“ Wah.. market tinggi lah kawan aku ni.Tau la muka macam Lisa Surihani.Nak berlagak pulak ye kau ” Shazila menyakatku. “ Hihi.. well.. ramai je nak panggil aku berlakon,aku je tolak ”. Aku semakin rancak memuji diri sendiri.   “ Eah, tarikh-tarikh cantik macam 11.11.11 ni kau tak nak buat something yang boleh meninggalkan kenangan ke Hana?” Shazila menyoalku. “ Ko ni sentimental sungguh la.. kenangan apa je lah. Ada aku kisah ke dengan tarikh tu? ” . “ Ko ni memang betul-betul lah Hana.. cuba lah ko pasang niat nak cipta lagu ke sajak ke pada tarikh tu.. kan ke cool tu kawan ? ” . “  Ko ni mengarut je lah Zila.. migrain aku layan ko lah ” . Balasku.  Namun Shazila tetap tidak berputus asa dalam usahanya untuk menambahkan migrainku. Terkadang aku tertawa sendiri melihat telatahnya.


 “ Macam mana pula kalau kau terima je pinangan orang yang masuk meminang kau pada 11.11.11 ?Ade bran ke Hana? ” Shazila mencabarku . “ Ko ni mengarut je lah Hana. Siapa saja nak meminang aku pada tarikh macam tu?memang tak lah kan ” “Banyak pula bunyi-bunyian dari mulut ko ye Hana? Just jawab sajalah terima tak sahutan cabaran aku ni? Hihi. ” “ Ye lah sayangku Shazila..aku terima sahutan ko tu..kalau aku mungkir janji aku potong kaki aku ni.” Aku menjawab dengan yakinnya kerana aku tahu mana mungkin ada yang masuk meminang aku . Teman lelaki pun takde .So.. chill lah.. layankan je kepala gila si Zila ni.. Hatiku tertawa kecil. “ Then apa ko tunggu lagi.. aku nak bukti.. cepat telefon mak kau kat kampung tu.. beritahu dia untuk terima je pinangan pada 11.11.11. ”. Zila mengarahku. “ Ok.. aku telefon mak aku ok..” Aku menuruti sahaja.


 “ Hello mama.. ma, Hana ada hajat ni. Ma.. kalau ada yang masuk meminang Hana 11.11.11 nanti ma terima saja ok. Jangan tolak tau ma ! ” dengan nada yang separuh serius aku menyampaikan hajatku. “ Hana serius ke ni? Alhamdullilah..terbuka juga hati kamu ye Hana.” Puan Munirah iaitu mamaku mengucapkan syukurnya di hujung talian. “ Ye ma, Hana serius sangat ni.. ingat tau ma ..jangan tolak.Ok ma.. assalamualaikum”.Aku mengakhiri perbualan . Tak sanggup rasanya menyampaikan hajat yang ku kira pelik tu.Kalau bukan kerana layankan kepala gila si Zila ni. Takdanya lah aku nak mengarut dengan mak aku tadi.


**************************


 sambungan di part 3 klik sini Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 3-


.

Suka Entry ni? Like la !!

Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 1



By: Norhidayah Sukri



Deringan telefon rancak memainkan lagu Carta Hati dendangan si gadis Youtube Najwa Latif  memeranjatkan lelapan mataku.Segera aku bangun mencapai telefon Blackberry merah jambuku.Ku jawab panggilan dengan mata yang amat berat bak dihempap batu .Nombor yang terpapar di skrin sememangnya tidak ku kenali . “Hello..Hana cakap.. sape ni?’’. “ Ai.. awak x save no sy ke?.Sampai hati awak” ..Err.. aku terkedu, didalam hati terasa amat menyesal sekali dan aku menyalahkan diri aku kerana sikap aku yang tak suka save nombor orang ni. Dah tak pasal2 member2 sume touching dgn aku sebab tiap kali diorang telefon saja aku tanye ulang-ulang kali “ sapa ni?’’ hiihi..



“Hello?? Ada orang tak ni’’ .Si dia bersuara.Ingatkan terus nak letak handphone tadi. Hehe. “ Yup..sorry.. saya tak kenal awak,saya ada kerja ni..okey bye.’’ Talian terputus.Malas la aku nak melayan mana-mana panggilan pagi-pagi ni.Kalau betul-betul panggilan penting takpe juga.Ni setakat nak buang-buang masa aku baik tidur saja lebih baik.Aku segera mencapai selimut merah jambuku,rugi rasenya kalau tak manfaatkan mase cuti aku ni.Golek sana,golek sini..namun cubaan untuk aku melelapkan mata kembali telah gagal.Sudah berapa ekor kambing aku kira namun masih juga gagal.


Masih terngiang-ngiang suara mamat yang telefon tadi.Macam pernah dengar je.Macam suara ..errr.. Nazrul Daniel.. yess.. Nazrul Daniel.. lelaki yang paling aku benci sekali dalam hidup aku.Namun dia juga lah yang pernah bertakhta dihati aku suatu ketika dulu.Sungguh aku amat menyayanginya.Namun kecurangannya pada aku membuatkan aku sungguh kecewa.Teramat kecewa.Dalam usaha untuk melupakannya aku pupuk rasa benci terhadapnya kerna aku tahu dengan cara begitu lah aku dapat melupakan dia.Walaupun terkadang aku seperti ingin memiliki semula cintanya.. Tapi segera aku kikis perasaan bodoh itu.Dia jahat .Amat jahat sekali.



Lantas fikiran aku menerawang jauh terkenang kisah lalu. Saat itu aku baru pulang dari kerja.Nazrul sudah berjanji untuk ambil aku pulang dari kerja dan terus teman aku pergi tengok Nur Kasih The Movie.Hampir 1 jam menunggu dia tak muncul2 .Aku rasa macam nak mengamuk je.Sudah la aku telefon dia beribu-ribu kali tapi tak berjawab.Mesej jangan harap la nak dapat balasan.Dalam marah-marah aku sebenarnya aku risau juga.Sapa tak sayang boyfriend woo.. Dibuatnya dia terbalik jatuh gaung ke.Tergelincir kat bilik air ke kan.Minda jahatku meneka dengan ligatnya.Segera aku bergegas ke rumahnya dengan menaiki teksi.Amat pelik sekali aku rasa,jantungku berdegup amat kencang.Sekencang tsunami yang melanda Jepun Mac 2011 yang lalu barangkali.


Sampai sahaja di rumahnya aku terpandang sepasang kasut perempuan.Degupan jantungku semakin kencang.Aku meluru sahaja masuk kerumahnya.Ya..rumahnya tidak berkunci.Segera aku ke biliknya.Seperti wartawan melodi dalam segmen Terjah aku menerjah bilik Nazrul.Alangkah terkejutnya aku seperti ingin gugur sahaja jantung aku ketika itu.Aku tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat Nazrul bersama seorang perempuan.Kelihatan seperti Nazrul amat letih sekali sehinggakan aku menerjah biliknya dia masih tidak sedarkan diri.Huh ! terlalu penat ya ! Tidak cukup dengan kekecewaan itu aku amat kecewa sekali apabila perempuan yang aku temui sekamar dengan Nazrul adalah teman rapatku sendiri,Dania..huh ! tegarnya kalian mengkhianati aku. Bermula hari tu aku nekad untuk menjauhkan diri dari mereka.Nazrul dan Dania ..Takku sangka dalam diam kalian menjalin cinta di belakang aku.Ungkapan maaf takkan sesekali aku utarakan pada mereka..Aku nekad .




**************************************





Bersambung Part 2 :)
Klik sini untuk sambungan cerpen : sweetnya 11.11.11 -part 2-










Suka Entry ni? Like la !!