On the way pulang ke kampung
Lokasi Batu Pahat,Johor
Malas rasanya nak drive balik kampung ni.Kalaulah bukan sebab mama kol suruh balik sebab ada hal mustahak katanya .Takadalah aku nk start enjin kereta Myvii Pink aku pagi-pagi macam ni.Dah lah aku terpaksa cancel tiket Filem Ombak Rindu petang ni.. penat-penat saja booking semalam.Kempunan lah aku aku tengok jejaka idaman aku Aaron Aziz .. Takpelah demi mama. Balik saja lah ye.
Perjalanan aku hanya ditemani siaran radio Era.fm.Pagiku dihiasi dengan pelbagai lagu-lagu yang memang sensasi dan hot giler.Sesuailah dengan jiwa aku yang muda ni.. hihi. Muda ke? Tahun ni sahaja aku sudah menjangkau 26 tahun.Muda lagu lah tu kan.. bergetah lagi ok.
Dendangan lagu Jar Of Hearts dari Christina Perri memecah gegendang telingaku. Sambil menyanyi-nyanyi kecil melemparkan bait-bait lirik lagu yang menjadi antara lagu yang kerap kali menghiasi bilik airku tatkala mandi tiba-tiba deringan dari handphone merah jambuku mengalih perhatianku. Nombor yang tidak kukenali itu lagi yang terpapar di skrin.Aku angkat sahaja. Sebab aku pun tak sure sama ada benarkah nombor itu milik jejaka yang ku benci,Nazrul Daniel.Mungkin juga tidak.
“Hello my pretty fiancée.U tengah drive ke?nanti kita jumpa okey.!” . Suara misteri memulakan perbualan. Aku terkedu seketika. Siapa dia ni..Macam mana dia boleh tahu aku tengah drive? Fiancée? Erk? Bile pulak lah aku jadi tunangan dia ni.
“ Yupp.sorry ok. Wrong number ” .Aku menamatkan perbualan.Pelik-pelik sahaja .Nak mengarut dengan aku pun janganlah time aku tengah drive ni.Karang accident langgar divider jalan ke ,terjunam dalam gaung ke.. Tak ke arwah aku yang balik nanti. Isyy..simpang malaikat 44.
Sampai sahaja di rumah aku agak terpinga-pinga apabila melihat ada sebuah kereta Toyota Camry berwarna hitam tersergam megah di halaman rumah.Siapa datang? Papa beli kereta baru ke?bermacam-macam andaian singgah di mindaku.
Sebelum keluar dari perut kereta Myviiku aku membetul-betulkan shawl bewarna merah jambu yang ku kenakan .Berpadananlah dengan baju kurung bewarna putih berbunga-bunga kecil merah jambu yang kupadankan.Selepas memastikan semuanya beres aku bersedia keluar dari kereta.
Ya.. memang ada tetamu rupanya.Tapi tamu yang datang errr.. kenapa mamat yang aku benci tu !! Nazrul Daniel? Rancak benar dia berbual-bual mesra dengan papa dan mama.Isyy. kenapa dia ada kat sini? Seribu persoalan singgah di kotak fikiranku.Ingin sahaja aku melemparkan handbag aku ni padanya.Berani dia datang lagi rumah ni lepas apa yang dia dah buat pada aku dulu? Papa ..mama.. dengarlah rintihan hati anakmu ini.Dulu lelaki jahat ni pernah binasakan hati anak kesayanganmu ini. Kenapa sekarang kalian boleh berbual bermesra dengan lelaki jahat ini? Namun aku tidak berdaya meluahkan apa yang dipendam.Ingin sahaja aku muntahkan kata makian padanya .Namun mengenangkan dia seorang tetamu tambah lagi ada papa dan mama,jadi tidak manislah dipandang bukan? . Selamat kau lelaki !
“ Hana ..duduklah sini berbual-bual dengan tetamu kita ni.Mama dan papa nak pergi dapur sekejap.Nak siapkan makanan tengah hari ni” .Mama berdalih. Sejak bilalah papa ni rajin ke dapur.Pelik benar.Tanpa banyak bantahan aku segera menuruti .
“ Haa. Kenapa datang sini lagi? Awak tak malu ke? ” aku merendahkan nada suaraku serendah yang mungkin,khuatir didengari mama dan papa. “ Salah ke saya nak melawat keluarga mertua saya? Dan salah juga ke saya nak jumpa tunangan saya ”.. Nazrul menjawab.“ Apa awak mengarut ni?.Awak nak melawat ke nak apa ke awak punya suka.Tapi bukan di sini ye.Kami tiada kaitan langsung dengan awak ” .Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. “ Siapa kata takda kaitan? Saya tunang awak.Awak tunangan saya. Papa dan mama awak keluarga mertua saya? Itu pun takde kaitan ke?” Dengan nada yang sedikit keras Nazrul membalas. “ Awak ni dah gila talak ye? saya tak pernah terima mana-mana pinangan. Tambah-tambah lagi pinangan dari awak! Memang tak mungkin lah.” Suara aku sedikit kuat sehingga membuatkan papa dan mama keluar dari dapur.
“Hana lupa ye.? Hana pernah cakap pada mama untuk terima mana-mana dan siapa-siapa sahaja yang meminang Hana pada 11.11.11 kan? So.. Nazrul yang masuk meminang hari tu.Jadi mama dan papa terima sajalah” .Mama menerangkan panjang lebar.Bagaikan ingin gugur sahaja jantungku ketika itu apabila mengingat kembali hajat yang aku sampaikan pada mama.Ini semua angkara si Shazila.Jika tidak aku menyahut cabarannya hari tu takdalah aku kini bergelar tunangan lelaki yang aku benci ni.
Mama kemudian menerangkan apa yang berlaku terhadap Nazrul tempoh lalu.Barulah aku tahu yang rupa-rupanya Dania saja mahu mengenakan aku dan Nazrul. Dia ingin melihat perhubungan aku dan Nazrul hancur.Semua ini berlaku kerana sikap iri hatinya terhadap aku yang berjaya memiliki cinta Nazrul.Sebenarnya Dania telah lama meminati Nazrul namun cintanya tidak mendapat balasan.Jadi Dania mengambil keputusan untuk menganiaya Nazrul dengan meletakkan sedikit dadah di dalam minuman Nazrul sehinggakan mereka boleh tidur sekatil pada hari itu.
*******************************
Kicauan burung menemani petang kami .Indah sungguh pemandangan di kaki bukit ini.Sungguh tenang dan mempersonakan.Nazrul Daniel memeluk erat pinggangku kemudian mengucup pipiku seraya mengucapkan lafaz “ I love u” di telingaku.Aku kini bahagia menjadi suri dalam hidupnya.Kini perasaan benci aku pada jejaka bernama Nazrul Daniel bertukar menjadi sayang .Malah menjadi semakin sayang semenjak dia kini sah bergelar suamiku.Sesungguhnya tarikh 11.11.11 meninggalkan sebuah kenangan yang amat manis buat diriku.
THE END …
.
0 comments:
Post a Comment