! Bila Si Gadis Berbicara !: Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - promo-
Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, 26 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - promo-





Ingat lagi aku pada cerita Khairil semasa kami berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dulu .Dia menceritakan padaku tentang pengalaman penyakit mistik yang pernah dialaminya.Menurutnya,dia selalu didatangi seorang perempuan yang amat cantik lalu menidurinya.Sedar sahaja katilnya sudah basah.

Khairil menerangkan lagi mimpinya melakukan seks dengan perempuan cantik dalam mimpinya itu seperti benar-benar berlaku.Menurut Khairil juga selera makannya membuak-buak  semenjak dia mula bermimpi akan perempuan cantik berambut panjang itu.Dia akan makan hampir 10 kali dalam sehari.Juadah yang diambilnya pula dalam kuantiti yang amat banyak.Dia boleh makan 15 ketul ayam dalam suatu masa.Pernah suatu ketika Khairil menghadiri suatu majlis hari jadi rakannya ,dia mampu menghabiskan hampir 200 cucuk sate dalam suatu masa.Tapi berat badan Khairil bukan semakin meningkat,tapi semakin menurun.

Khairil kelihatan amat cengkung dan kurus sekali.Menurut bomoh yang mengubati penyakit Khairil itu ,Khairil sebenarnya telah didampingi oleh Pontianak,malah sudah pun berkahwin dengannya.Namun mereka hanya mampu berhubung melalui mimpi sahaja.Menurut bomoh itu lagi Khairil sudahpun mempunyai anak hasil daripada ‘perkahwinannya’ dengan Pontianak itu.

- Sedikit sedutan daripada Cerpen Berkahwin Dengan Pontianak.. Sesuai tak tajuknya ek? hihi.. Untuk pengetahuan korang.Cerpen ni kisah benar dan berlaku kat aku sendiri.Tapi bukanlah 100% sama ..Biasalah aku tambah mitos2 sikit.Bru seronok bace..kot.. hehehee .. Hampir 80 % cerpen ni dah siap.. harap aku dapat siapkan cepat ..  -


.
Suka Entry ni? Like la !!

5 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

yeahhh ! mcm best.. nak gak baca.. nnt bgtau kalau dah publishh

norhidayah sukri said...

@C i k P i p i T e m b a m

okeh .. nnti sy beritahu .. tq :))

shaz luv faa said...

ahahaha kawen an hantu..

Mr.Trollulz said...

LOL! Seks dalam mimpi seperti benar benar berlaku. That man, it is thanksgiving. :)

miss ayumi said...

mau bace :))