Waktu masih pagi benar .Jarum jam loceng di atas meja kecil di sisi katilku baru menunjukkan angka tujuh.Simbahan cahaya matahari pagi menerjah masuk ke ruangan kamarku.Hawa sejuk masih segar membaluti tubuhku.Terasa amat malas untuk aku menjejakkan kakiku ke lantai bilik mandi.Pasti sejuk benar air pada pagi ini,fikirku.Pagi ini aku bangkit dari tidur agak lewat melepasi waktu solat subuh kerana faham sahajalah dengan lumrah hidup seorang wanita.Setiap bulan pasti datang ‘bendera jepunnya’.
Dengan langkah yang lemah longlai aku gagahkan juga langkahku menuju ke kamar mandiku.Aku capai tuala Winnie The Poohku lantas menapak ke kamar mandi.Sambil melayani haruman mandian Shokubutsu Orange Peel Sensation ,aku teringat kembali mengenai mimpi ngeri yang aku alami hampir setiap malam belakangan ini.Sungguh ! mimpi itu amat menganggu lenaku.Sebolehnya aku cuba untuk melupakan kengerian mimpi itu,namun semakin aku cuba untuk melupakannya,semakin mimpi itu menguasai mindaku.
“Dayana !! Tinggalkan dia.. ! dia milikku ..kamu tidak pantas dengannya.Kamu memang dasar perampas!” sesusuk tubuh wanita dengan wajah yang amat menggerunkan memberikan amaran keras padaku.Suaranya bisa membuatkan bulu roma naik dengan sendirinya.Jika diingat kembali suaranya amat kuat seperti halilintar yang menyambar bumi,memarahiku kemudian disertai dengan hilai tawa yang amat menyeramkan.Wajahnya pula amat menjijikkan,terkopak-kopak,dipenuhi ulat,darah memercik-mercik.Ditambah dengan rambutnya yang kusut masai ,panjang mengurai .Kelmarin wanita yang sama juga datang mengganggu tidurku namun dalam keadaan yang berbeza.Dia seperti melutut merayu pula.Menangis-nangis menyuruhku melupakan dia.Menyuruhku supaya meninggalkan si dia demi kebahagiaan mereka.
Kerap kali juga wanita itu datang dalam mimpiku.Boleh dikatakan hampir setiap malam.Pada mulanya aku cuma abaikan sahaja.Yelah,mimpi hanya mainan tidur sahaja.Namun jika mimpi yang sama juga yang datang dalam tidurku mana mungkin aku boleh abaikan sahaja.Aku cuba mengerti maksud mimpi-mimpi yang kerap kali singgah dalam lenaku .Namun aku buntu,siapa dia? Siapa wanita itu? Kenapa aku perlu tinggalkan dia? Arghh.. serabut jiwaku.
Pernah juga aku bertanya dengan kenalan-kenalan di Facebook.Namun tiada siapa yang dapat menafsir maksud mimpi-mimpi yang berulang-ulang kali menyelimuti tidurku.Mereka cuma memberitahuku jika mimpi yang sama berulang selama 3 kali berturut-turut alamat mimpi itu bukanlah mainan semata-mata namun membawa maksud yang tersirat.Ohh.. siapalah aku untuk menafsir segala maksud tersirat mimpi-mimpi itu.
Amat benar jika aku katakan mimpi-mimpi itu amat mengganggu jiwa aku sebagai seorang penuntut di universiti ditambah lagi aku juga turut membuat kerja part time disebuah kedai kek dan roti .Sungguh kosentrasiku sebagai seorang pelajar dan bekerja dalam masa yang sama jelas terganggu hanya kerana mimpi-mimpi yang dianggap remeh di mata teman lelakiku,Khairil .Apabila aku cerita padanya mengenai mimpiku ini dia seperti tidak mahu mendengar dan menganggap mimpiku ini hanya mengarut semata-mata.Dia menyalahkan aku pula kerana tidak mencuci kaki sebelum tidur.
****************************************************************************
Hari ini aku mengenakan T-shirt lengan panjang bewarna oren dan seluar jean.Biasa sahaja pakaianku,lagipun hanya pergi kuliah sahaja ,bukan mahu pergi dating pun.Terasa malas pula untuk mencalit make-up diwajahku pada pagi ini,tak tahu lah kenapa aku seperti lemah sahaja pagi ini.Mood pun tiada.Mungkinkah kerana aku datang bulan ataupun mimpi itu yang membuatkan aku hilang mood.Huh ! mungkin sahaja aku terlalu penat kerana kurang rehat.Yelah malam tadi sahaja aku hanya tidur 3 jam sahaja.Assigment yang berlambak-lambak benar-benar menekankan.
Deringan telefon memainkan lagu Last Friday Night nyanyian Katty Perry menerjah cuping telingaku.Aku angkat dengan lemahnya.Nombor yang terpapar di skrin telefon Nokia C6ku memaparkan nombor telefon teman lelakiku,Khairil.
“Hello sayang.Selamat pagi ..On the way ke kelas ke?Abang rindu sangat kat sayang tau .Bila kita boleh jumpa ni sayang? ” . Khairil memulakan perbualan dengan nada suara yang cukup ceria.Mood aku kembali ceria selepas mendengar suaranya yang begitu riang sekali pada pendengaranku. “Ye abang..malam karang sayang habis sahaja kerja kita jumpa ok.”.Aku menjawab
Pelik benar, walaupun aku sebenarnya memang teramat penat sehingga rasa seperti ingin demam,namun aku tetap juga ingin keluar berjumpa dengan teman lelakiku Khairil.Mungkinkah ini dinamakan cinta.Yelah ,aku amat menyayangi Khairil.. Walaupun hanya setahun jagung perhubungan kami,namun kasih yang dilemparkan padaku jelas menambat dan bisa mencairkan hatiku.
Bersambung di : Cerpen: Berkahwin Dengan Pontianak -part 2-
2 comments:
not bad , hehe... ok part 2 plakkk
@C i k P i p i T e m b a m
oyeahh .. tq bce2 :)
Post a Comment