Kereta yang kami naiki tiba-tiba sahaja berasap.Jam di tanganku sudahpun menunjukkan jam 11.30 pm.Aduhh.. kenapa pula time macam ni pulak kereta si Khairil ni nak rosak,kat tempat sunyi dan gelap macam ni pula .Hatiku berbicara sendiri.Aku memandang suasana sekeliling.Gelap..lampu jalan pun takda? Isyy.. Terdengar keluhan kecil Khairil.Dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.Aku memandang jalan raya..sunyi sepi.. hanya beberapa kenderaan sahaja yang lalu lalang.Namun aku tidak begitu risau dengan kereta Khairil yang rosak itu kerana Khairul sememangnya expert dalam bab-bab membaiki kereta yang rosak ni memandangkan dia mempunyai workshop sendiri.
Aku hanya duduk dalam kereta sahaja.Khairil sahaja yang keluar memeriksa enjin kereta.Aku memandang suasana sekeliling.Tiba-tiba aku terpandang akan burung besar berwarna hitam terbang dipenjuru kereta.Sejurus selepas itu aku lihat seperti ada objek berbentuk kepala berwarna hitam melintasi kereta Khairil. Aku biarkan sahaja ,sudah lali barangkali dengan benda-benda sedemikian .Sejak dari kecil lagi sebenarnya aku mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk lain yang mungkin orang lain tak boleh lihat.Mahu diceritakan ke apa yang pernah aku lihat? Hehe.Tidak perlu rasanya. Melihat kelibat ’ makhluk-makhluk lain ‘yang lalu lalang sudah biasa bagiku.
Khairul buka pintu kereta di seat pemandu selepas selesai memeriksa keadaan enjin.Serta merta aku merasakan seperti ada angin yang agak kuat menampar pipiku dari arah pembukaan pintu kereta itu.Aku seperti hilang kawalan seketika,gundah gulana dan merasa bagai ada suatu yang tidak kena. Khairil mengatakan yang enjin kereta ini perlu dibiarkan sejuk beberapa minit untuk kembali pulih seperti biasa.Aku juga tidak begitu faham mengenai selok belok enjin kereta ini sebenarnya.
“ sayang .. kenapa diam aja ni? Yana mengantuk ye? Abang minta maaf ye sayang..Kereta ni buat hal pula.” Khairil meminta maaf padaku.Aku tidak pasti mengapa aku merasakan seperti ada suatu perasaan aneh yang menyelinap masuk dalam tubuhku.Seperti menguasai badan dan juga mindaku.Dengan tidak semena-menanya aku menghampiri Khairil lalu mencekiknya diiringi tawa kecil beserta nyalakan beberapa ekor anjing yang aku tidak pasti dari mana datangnya.Anjing itu menyalak dengan nyalakan yang berbeza sekali,tidak pernah aku dengar nyalakan anjing yang menyeramkan itu.Nyalakan anjing itu bagaikan memberi petanda yang mereka melihat sesuatu yang menyeramkan,mungkin.Hatiku meneka.
Khairil yang dicekik hanya berdiam diri sahaja.Fikirnya mungkin aku hanya bergurau sahaja berikutan sikap aku yang suka benar bergurau dengannya.Kemudian aku mendekatkan bibirku kearah bibirnya.Seperti ingin menggodanya.Khairil yang kelihatan agak ketakutan membalas kucupanku.Aku membelai-belai wajahnya dan merenungnya dengan pandangan yang begitu mengghairahkan.Aku yang dalam keadaan separuh sedar kemudian menampar-nampar pipiku sendiri.Tidak pasti apa yang sedang aku lakukan tadi.
Selang beberapa minit kemudian,enjin kereta sudah boleh hidup seperti biasa.Kami meneruskan perjalanan pulang.Didalam perjalanan Khairil bertanya padaku mengapa aku berperangai pelik tadi..Dalam keadaan berpeluk tubuh aku menceritakan pada Khairil apa yang aku lihat tadi.Aku tidak tahu mengapa aku rasakan seperti satu badanku sejuk yang teramat.Seperti duduk didalam peti ais barangkali.Nak kata air-cond ni yang membuatkan aku berkeadaan sedemikian ,tidak mungkinlah sebab air-cond telah dimatikan.
Khairil yang telah mendengar perihal ‘benda’ yang aku lihat tadi kemudiannya menyatakan padaku dia rasa memang ada sesuatu yang sedang mengekori kami. Dia mengatakan ‘Cik Pon ada atas bumbung kereta ni’ aku yang sememangnya mengerti maksud ‘cik pon ‘ itu segera memandang ke cermin sisi kereta .Aku amat terkejut apabila dapat melihat juntaian kain putih terjuntai di bahagian tepi pintu kereta.Serta merta aku merasakan seperti ingin pengsan .Badanku yang terlalu letih tidak mampu melawan ketakutan yang menyelubungi,walaupun hakikatnya aku sudah biasa melihat makhluk sedemikian.
Sampai sahaja di rumahku.Aku tidak mampu keluar dari kereta.Kemudian aku tidak sedar apa yang berlaku walaupun aku bukanlah tidur,pengsan atau koma sekalipun .Aku sendiri tidak pasti sebenarnya.
Bersambung di Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak -part 4- (last part)
2 comments:
censored part nih. hahaha
@C i k P i p i T e m b a m
hihihihi :p
Post a Comment