! Bila Si Gadis Berbicara !: Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 4- (last part)
Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday 28 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 4- (last part)



Abangku,Faiz tiba-tiba keluar membawa secawan air.Selepas Khairil membacakan beberapa potong ayat pada air didalam gelas itu,lantas dihulurkan kepadaku untuk aku minum,aku kembali sedarkan diri.Khairil kemudian memapahku untuk keluar dari kereta .Dia menyuruhku supaya lekas-lekas masuk kedalam rumah namun aku degil.Aku ingin juga berdiri di depan pintu gate untuk menghantarnya pulang.Aku dapat melihat anak mata Khairil seperti memerhatikan sesuatu yang sedang berlari laju menuju kearah atas bukit berdekatan rumahku.Aku pelik melihat gelagatnya.

Kemudian aku merasakan seperti ada angin kuat menerpa tubuhku buat kesekian kalinya.Khairil kembali mendapatkan aku . Dia memapahku masuk ke dalam rumah.
Khairil membawaku menuju kearah sofa .Aku duduk.Namun aku bagai merasa sesuatu yang aneh.Aku hilang kawalan.Barang-barang yang berada di sisi sofa aku lemparkan sahaja.Khairil cuba menenangkan aku namun aku sepak badannya.Aku sendiri tidak pasti dari mana aku peroleh kekuatan seperti itu.Terasa seperti segala pergerakanku bukan atas kerelaanku.Seperti separuh daripadanya telah dikuasai oleh ‘orang’ lain.


Aku seperti ingin menjerit sekuat hati.seperti ingin ketawa dan mengilai,dalam masa yang sama aku ingin menangis.Namun aku cuba tutup mulutku menggunakan bantal kecil di sofa agar jeritannku tidak didengari oleh ibu mahupun jiran-jiranku.Bagaikan ada kecelaruan identiti.Mungkin ‘benda’ itu sedang cuba menguasai diriku namun belum sepenuhnya.


Aku seperti dapat merasakan ‘benda’ itu sudah hampir berjaya menguasai badanku .Aku cuba pegang pipiku ,terasa kebas.Aku tampar-tampar pipiku.Pipiku seperti tiada.Segala pergerakkan badanku kini telah dikawal oleh’nya’.Aku sedar segala apa yang sedang berlaku,namun aku tidak bisa berbuat  apa-apa.Aku hanya mampu menangis sahaja.Oleh sebab itulah kelihatan terkadang aku ketawa,mengilai kemudian menangis.Yang sedang menangis itu adalah diri aku sendiri.


Abangku,Faiz cuba membaca beberapa potong ayat daripada Surah Yassin .Namun aku menjawab aku tidak takut mendengarnya kerana aku seorang Islam.Aku tidak tahu kenapa aku memandang teman lelakiku,Khairil dengan pandangan yang amat sinis dan benci sekali.Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Aku turut memaki-makinya .Tidak kurang juga apabila dia mendekatiku aku,aku akan memukul dan menyepak-nyepaknya.

“ sayang.. kau ni handsome lah.Handsome sangat-sangat.Marilah dengan aku.Kita kembali macam dulu ye ”.Aku bercakap dengan Khairil dengan nada seperti ingin menggoda sambil mengusap-usap manja pipi Khairil.Namun Khairil membalas dengan renungan yang amat  tajam seperti amat membenciku.Aku kemudiannya merasa amat marah sekali padanya.Lantas aku lemparkan barang-barang yang berada di sisiku.Aku memukul dan menyepaknya dengan begitu kuat sekali.Seperti ada kekuatan baru aku memukul dan menyepaknya sambil diiringi hilai tawa yang memang serupa benar dengan hilang tawa PONTIANAK !!

Ibuku yang terdengar hilai tawa yang amat kuat terjaga daripada tidur.Ibu keluar lantas memarahiku kerana membuat bising.Yalah jam di dinding sudah menunjukkan 12.30 am.

“Kau siapa?? Diam !! jangan kacau urusan aku.”Aku tolak ibuku hingga jatuh tersungkur.Ibu terkejut melihat wajahku yang sudahpun berubah rupa.Ibu menangis kerana terlalu takut.Wajahku berubah kehitam-hitaman,lebam dengan mataku yang kemerah-merahan.Suaraku juga berubah menjadi garau.

***************************************************

Jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.Namun mereka masih tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantuku.Tadi aku terasa aku seperti terbang di atas bumbung rumah jiranku.Berjalan seorang diri sambil membawa bayiku.Berjalan seorang diri di pinggir bukit berdekatan rumahku.Tekadang aku merasakan aku sedang duduk di atas bumbung kereta Khairil .Aku sendiri keliru..siapa aku sebenarnya.

Makcikku,Cik Nadiah yang sedari tadi telah pun datang untuk melihat keadaanku membaca surah Yassin di telingaku.”Sedapnya suara kau. Kau memang pandai mengaji ye ? hahahahaa”.Aku berkata kepada Cik Nadiah separuh mengilai. “Astghfirrullahalazim..”.Cik Nadiah mengucap dan tidak berdaya meneruskan bacaannya lagi.  “Heeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! Heeeeeee!!!!” Aku mengilai dengan kuatnya “ heeeeeeeeeeee!!!” Dengan bingkas aku bangun lalu mencekik Cik Nadiah dengan begitu kuat sekali. Khairil menahanku daripada melakukan sedemikian.Namun aku menyepak Khairil sekuat hati.

Aku sendiri tidak pasti dengan perlakuanku ini,segala pergerakkanku bagaikan dikawal oleh’nya’..Aku tidak berdaya melawan lagi.Aku hanya mampu menangis didalam hati.’Dia telah menguasai diriku .

Tiba-tiba aku terdengar mereka berkata seorang ustaz  telah sampai iaitu Ustaz Firdaus.Aku sendiri tidak pasti samada aku bersyukur ataupun takut.Bagaikan ada dua perasaan yang berbeza.Yelah,’dia’ telah menguasai tubuhku ..jadi  aku berasa bersyukur kerana aku akan bebas dari belenggu ‘dia’ yang bertapak di dalam jasadku ini.Pastinya amat sakit sekali dadaku tatkala ‘dia’ menumpang jasadku.Memperlakukan sesuka hatinya pada badanku.Dalam masa yang sama juga aku sendiri berasa takut dengan kehadiran ustaz itu.Aku tahu perasaan takut itu bukanlah datangnya dariku.

Baik kau pergi dari sini pengacau ! jangan ganggu urusanku “.Aku menengking ustaz Firdaus . “Kau tahu aku benci lelaki itu !! “ jariku menunding kearah teman lelakiku ,Khairil. “Kerana dia aku menderita ! aku sayangkan dia,tapi kenapa dia perlu ada perempuan lain..kenapa dia perlu menyayangi pemilik jasad ini..dan kenapa bukan aku !! ..

Ustaz Firdaus tidak mengendahkan makian itu.. “siapa kamu..dan apa kamu mahukan ? “ Ustaz Firdaus bertanya kepadaku . “ Aku Zubaidah ..isteri lelaki itu ! “ Aku menunding jari kearah Khairil .”Apa yang kamu mahukan dari empunya badan ini? “ .Ustaz Firdaus bertanya lagi.”Aku ingin dia mati !! hahahhahaa.. dasar perampas !!.Dia merampas kebahagiaanku.” Aku mengilai sekuat hati diselangi tangisan yang shahdu.

Ustaz Firdaus  tidak mengendahkan segala drama itu lalu cepat2 menangkap ibu jari kakiku dan memicitnya sekuat hati.Sakit benar rasanya..bagai mahu tersiat kulit aku rasakan tika itu.Aku menjerit sekuat hati.Kemudian aku terdiam,ustaz Firdaus lantas melepaskan ibu jariku.

Ibuku datang memelukku,aku tersenyum sahaja.Kemudian didalam pelukan itu aku cekik ibu sekuat hati.

“itu bukan Dayana yang sebenar .. ! Pintar kamu bersandiwara ya ! “ ustaz Firdaus berkata.Ustaz  Firdaus menyambung tugasnya.Diberinya aku minum air yang telah dibacakannya ayat-ayat suci .Namun aku persendakan air itu.Aku seperti mahu minum tetapi aku semburkan air itu ke wajah Ustaz Firdaus sambil mengilai seperti mempersendakan perbuatannya.Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku rasakan air itu seperti air beracun dan amat sukar untuk aku telan.
Ustaz Firdaus meneruskan tugasnya.Dia sambung memegang ibu jari kakiku.Aku menjerit sekuat hati..

*************************************

Aku terjaga dari lena.Badanku terasa lemah dan sakit-sakit.Aku pandang kedua-dua belah tanganku.Terdapat banyak kesan lebam dan ternyata amat sakit sekali.Teringat lagi akan peristiwa lewat pagi tadi.Aku sedar dari rasukkan pada jam 4 pagi.Sejurus selepas sedar dari rasukkan itu aku ternampak sesusuk tubuh di luar pintu berpakaian serba putih berambut panjang dan ,memerhatikanku dengan pandangan mata yang amat tajam.

Khairil telah pun meminta maaf denganku dan keluargaku kerana gangguan yang ku alami itu sememangnya datang darinya.Khairil menceritakan kembali yang mana dulu dia suka benar bermain permainan yang diberi nama Spirit Of The Coin iaitu sebuah permainan memuja roh yang telah meninggal dunia untuk datang ke dalam permainan .Khairil menceritakan lagi,akibat daripada nafsunya yang membuak-buak dia telah meminta untuk mengahwini Pontianak yang dipujanya itu.Setiap malam mereka akan berasmara melalui mimpi.Namun Khairil merasakan badannya semakin lemah dan kian lemah hari demi hari.Khairil sudah mulai menyesali akan perbuatannya semenjak merasakan kesihatannya terganggu tambahan lagi dia sudah temui cintanya iaitu aku.Jadi dia berjanji mahu meninggalkan segala perbuatan terkutuknya itu.

Namun amat sukar untuk dia berubat dan ‘membuangnya’ kerana Pontianak itu sendiri telah jatuh cinta padanya.Rawatan yang diterimanya tidak mendatangkan kesan malah Khairil kerap kali diganggunya bukan sahaja dalam mimpi tapi ketika sedar juga.Pontianak itu memarahinya kerana tidak  berlaku setia padanya dan cuba mahu melarikan diri darinya.

************************


2 bulan berlalu setelah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional ,Khairil semakin sembuh daripada gangguan Pontianak itu. Aku juga tidak lagi diganggu ..dan kini aku akan lebih berhati-hati terhadap gangguan makhluk-makhluk halus lebih-lebih lagi ketika datang bulan .



 -TAMAT-




Suka Entry ni? Like la !!

4 comments:

Cerpen Romantis said...

ini cerpen cuma fiksi doank apa kisah nyata ya?..
Serem amat...

norhidayah sukri said...

@Cerpen Romantis

kisah nyata :))

C i k P i p i T e m b a m said...

yeahhh habiss ! hehe. adui meremang kot baca nie. haha

norhidayah sukri said...

@C i k P i p i T e m b a m

hihiih.. yeke? mmg cerita betul tau ni .. hee :))