! Bila Si Gadis Berbicara !: Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 2-
Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, 23 January 2012

Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 2-





Sambungan dari Cerpen: Sweetnya 11.11.11 -part 1-



Petang itu aku keluar bersama-sama Shazila dan tunangnya Azhar. Shazila kelihatan beriya-iya nak belanja aku makan dengan gaji pertamanya.Sambil-sambil tu aku menemaninya dan Azhar memilih baju pengantin yang bakal mereka kenakan pada awal Februari 2012 nanti. Didalam hati terdetik perasaan cemburu .Mana tak cemburunya,rakan-rakanku yang lain kebanyakkannya semua dah bertunang,berumah tangga,malah ada yang dah sedia menimang cahaya mata.Hanya aku sahaja ,jangan kata tunang,teman lelaki pun takda.

Di dalam perjalanan menuju ke Jusco Tebrau City


“ Hai Hana..sampai bila ko nak menyingle cmni Hana? ‘’ . Shazila menyapaku yang berada di seat belakang Proton Persona milik tunangannya Azhar. “ Hai.. ayat baru ke ? Menyingle?? .hebat kosa kata kau kan?.hahaha.’’  Aku cuba lari dari menjawab pertanyaannya. “ Hehehe..macammana dengan cabaran aku yang kau konon-kononnya sanggup nak sahut tu.? Siap nk potong kaki lagi kalau kau tak tunaikan kan? ‘’ .. “ Haaa.. Zila aku ingat nanti aku nak beli beg tangan baru la.. bosan dah dengan beg yang ni ” .Sedaya upaya aku cuba juga lari dari menjawab persoalan itu.Kenapa? sebab aku sendiri tiada jawapannya.
Segera ingatanku menerawang lagi

Sedang makan-makan dengan Shazila di Teluk Danga.


“ Hana.. minggu depan tarikh special datang lagi lah 11.11.11 ..Perghh.. sayangnyalah aku tak dapat spend time dengan momok aku time tu.Kenapa lah dia kena outstation lak kan.Sedihnya aku ”.Sejak dari sekolah dahulu kami gelarkan Azhar dengan panggilan momok..kenapa? macam hantukah dia? Hahaha..biarlah aku dan Shazila saja yang tahu. “ Yelah kan.. nak spend time dengan tunang dia je.. kita ni macam sisa-sisa melepaskan kebosanan dia je kan.” Aku buat-buat merajuk. “ Alah ko ni Hana,aku cakap macamtu pun nak merajuk.Gedik sungguh lah.” Shazila membidas. “ Aku saja nak manja-manja dengan kau .” Balasku. “ Dah tak payah .. pergi cepat-cepat cari pengganti Nazrul ,tunang cepat-cepat ,then ko nak manja-manja ke apa ke kau punya suka..hihi ”. Shazila mengenakan aku. “ Kau jangan.. aku bukan tak nak tunang ni. Mak aku selalu kol-kol aku tanya nak terima tak pinangan dari orang-orang ni.. bertali arus kau tahu? Aku rasa kalau Aaron Aziz tu belum kahwin pun dia mesti nak masuk meminang aku tau . ” Aku berseloroh.


“ Wah.. market tinggi lah kawan aku ni.Tau la muka macam Lisa Surihani.Nak berlagak pulak ye kau ” Shazila menyakatku. “ Hihi.. well.. ramai je nak panggil aku berlakon,aku je tolak ”. Aku semakin rancak memuji diri sendiri.   “ Eah, tarikh-tarikh cantik macam 11.11.11 ni kau tak nak buat something yang boleh meninggalkan kenangan ke Hana?” Shazila menyoalku. “ Ko ni sentimental sungguh la.. kenangan apa je lah. Ada aku kisah ke dengan tarikh tu? ” . “ Ko ni memang betul-betul lah Hana.. cuba lah ko pasang niat nak cipta lagu ke sajak ke pada tarikh tu.. kan ke cool tu kawan ? ” . “  Ko ni mengarut je lah Zila.. migrain aku layan ko lah ” . Balasku.  Namun Shazila tetap tidak berputus asa dalam usahanya untuk menambahkan migrainku. Terkadang aku tertawa sendiri melihat telatahnya.


 “ Macam mana pula kalau kau terima je pinangan orang yang masuk meminang kau pada 11.11.11 ?Ade bran ke Hana? ” Shazila mencabarku . “ Ko ni mengarut je lah Hana. Siapa saja nak meminang aku pada tarikh macam tu?memang tak lah kan ” “Banyak pula bunyi-bunyian dari mulut ko ye Hana? Just jawab sajalah terima tak sahutan cabaran aku ni? Hihi. ” “ Ye lah sayangku Shazila..aku terima sahutan ko tu..kalau aku mungkir janji aku potong kaki aku ni.” Aku menjawab dengan yakinnya kerana aku tahu mana mungkin ada yang masuk meminang aku . Teman lelaki pun takde .So.. chill lah.. layankan je kepala gila si Zila ni.. Hatiku tertawa kecil. “ Then apa ko tunggu lagi.. aku nak bukti.. cepat telefon mak kau kat kampung tu.. beritahu dia untuk terima je pinangan pada 11.11.11. ”. Zila mengarahku. “ Ok.. aku telefon mak aku ok..” Aku menuruti sahaja.


 “ Hello mama.. ma, Hana ada hajat ni. Ma.. kalau ada yang masuk meminang Hana 11.11.11 nanti ma terima saja ok. Jangan tolak tau ma ! ” dengan nada yang separuh serius aku menyampaikan hajatku. “ Hana serius ke ni? Alhamdullilah..terbuka juga hati kamu ye Hana.” Puan Munirah iaitu mamaku mengucapkan syukurnya di hujung talian. “ Ye ma, Hana serius sangat ni.. ingat tau ma ..jangan tolak.Ok ma.. assalamualaikum”.Aku mengakhiri perbualan . Tak sanggup rasanya menyampaikan hajat yang ku kira pelik tu.Kalau bukan kerana layankan kepala gila si Zila ni. Takdanya lah aku nak mengarut dengan mak aku tadi.


**************************


 sambungan di part 3 klik sini Cerpen : Sweetnya 11.11.11 -part 3-


.

Suka Entry ni? Like la !!

3 comments:

shazila sukri said...

alamak .. mcm nme aku .. haha

norhidayah sukri said...

@shazila sukri

alamak .. tersama la :p

shazila sukri said...
This comment has been removed by the author.