! Bila Si Gadis Berbicara !: Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 2-
Photobucket Photobucket Photobucket

Friday 27 January 2012

Cerpen : Berkahwin Dengan Pontianak - part 2-


                       

      Hari ini aku habis kerja awal sedikit,pukul 9 malam aku sudahpun pulang dari kerja.Khairil menjemputku pulang dari kerja kerna kami sudah berjanji untuk keluar bersama .Seperti biasa Khairil membawaku makan di sebuah restoran yang menjadi antara restoran yang kerap kali kami kunjungi apabila keluar bersama.

Lokasinya yang berada berdekatan dengan tasik menambat hatiku untuk pergi kesana.Pasti makan malam kami terhias indah dengan pemandangan sekitar tasik yang memukau kalbu pada waktu malam.Walaupun lokasi restoran tersebut terletak di pinggir jalan yang agak sunyi,namun restoran itu tetap menjadi pilihan hatiku,tambahan pula restoran itu menyediakan hiburan karaoke yang sememangnya amat diminati oleh teman lelakiku.

Kerap kali juga dia menujukan lagu-lagu cinta pada aku.Dan yang paling membuatkan pipiku menjadi kemerah-merahan akibat menahan malu ialah apabila Khairil menyebut namaku dikhalayak pengunjung restoran dengan mengatakan lagu nyanyiannya itu ditujukan khas buat bidadari hatinya iaitu aku sendiri.Malu yang teramat aku rasa,namun terkadang berasa bangga juga kerana memiliki seorang teman lelaki yang amat romantik.

Jam tangan Fossilku menunjukkan angka sebelas .Aku segera mengajak Khairil untuk pulang.Memandangkan aku ada kelas awal pagi esok.Berbekalkan badan yang letih, risau juga kalau-kalau aku tidak bangun esok pagi.

Dalam perjalanan pulang aku terpandang botol air mineral kosong di seat belakang kereta GEN-2 berwarna hitam milik Khairil. Ohhh..dah habis air ubat dia rupanya,detik hatiku.“ Abang ..air dalam botol ni dah habis dah ye?  Kenapa tak buang botol kosong ni? Bersepah-sepah je dalam kereta ni.”Aku yang sedikit rimas melihat keretanya yang agak bersepah membebel di sisinya. “ Ala sayang,abang busy sangat lah..tak sempat nak buang botol kosong tu.”Khairil menjawab.

Segera ingatanku menerawang.

Sewaktu dalam perjalanan ke Melaka.
“Abang..Yana dahaga la..singgah la mana-mana RnR nanti ye.”aku mengadu manja.” Jauh lagilah sayang,Yana tahan dulu okey “ .Khairil memujukku.Tiba-tiba aku terpandang akan botol air mineral di seat belakang.Aku segera mengambil lalu membuka penutup botol dengan begitu rakus sekali.Khairil yang sedang memandu lantas merampas botol air mineral daripada tanganku. 

"Yana !! air ni tak boleh ambil.. ni air ubat abang.Abang seorang sahaja boleh minum” .Khairil menerangkan padaku dengan nada yang agak tinggi.Bagai tiada apa yang berlaku aku membalas padanya “ Air ubat apa pula abang? Abang sakit apa?”.. “Yana ingat  tak dulu abang ada cerita yang abang pernah sakit,kurus cengkung,pusat lesi sebab Pontianak tu?”.Khairil mengingatkanku .“Ohh.. ingat! yang masa abang cerita kat air terjun tu kan? ”. Aku bertanya kembali pada Khairil untuk mendapatkan kepastian.


Ingat lagi aku pada cerita Khairil semasa kami berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dulu .Dia menceritakan padaku tentang pengalaman penyakit mistik yang pernah dialaminya.Menurutnya,dia selalu didatangi seorang perempuan yang amat cantik lalu menidurinya.Sedar sahaja katilnya sudah basah.Khairil menerangkan lagi mimpinya melakukan seks dengan perempuan cantik dalam mimpinya itu seperti benar-benar berlaku.Menurut Khairil juga selera makannya membuak-buak  semenjak dia mula bermimpi akan perempuan cantik berambut panjang itu.

Dia akan makan hampir 10 kali dalam sehari.Juadah yang diambilnya pula dalam kuantiti yang amat banyak.Dia boleh makan 15 ketul ayam dalam suatu masa.Pernah suatu ketika Khairil menghadiri suatu majlis hari jadi rakannya ,dia mampu menghabiskan hampir 200 cucuk sate dalam suatu masa.Tapi berat badan Khairil bukan semakin meningkat,tapi semakin menurun.

Khairil kelihatan amat cengkung dan kurus sekali.Menurut bomoh yang mengubati penyakit Khairil itu ,Khairil sebenarnya telah didampingi oleh Pontianak,malah sudah pun berkahwin dengannya.Namun mereka hanya mampu berhubung melalui mimpi sahaja.Menurut bomoh itu lagi Khairil sudahpun mempunyai anak hasil daripada ‘perkahwinannya’ dengan Pontianak itu.



Suka Entry ni? Like la !!

2 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

homaigodd. kalau i jadi awek dia takot kot. haha.. sbb dia dh kawen dgn pontianakk. and... dia dh tak teruna. hahahaha

norhidayah sukri said...

@C i k P i p i T e m b a m

hihihi... tu lah.. takutt uu :D