! Bila Si Gadis Berbicara !: Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 2-
Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, 13 February 2012

Cerpen : Berahinya Valentine's Day -Part 2-








Buekkkkk…  huh.. buekkkk  !!! ..  dari arah dapur Datin Aida memerhatikan sahaja anak kesayangannya Alya yang dari tadi kelihatannya asyik ke tandas sahaja dan muntah..

 “ Alya kenapa sayang? Salah makan ye? “ Datin Aida bertanya pada Alya.

“ Alya tak tahu la mama.. mungkin lah.. sejak-sejak ni asyik rasa loya je tekak ni.Badan ni pun macam rasa tak kena je.Period Alya pun problem.” Alya mengadu tentang keadaan yang dialaminya sekarang kepada mamanya.

“Period Alya kenapa pula? Tak mahu pergi cek ke? Mana thu ada sakit yang serius puteri mama ni ? “ .Cadang Datin Aida sebagai tanda prihatin dan kasihnya pada anak tunggal kesayangannya itu.

“Terganggu lah mama period Alya.. period sekejap-kejap.Then tak period langsung..3 bulan dah ma tak period.” Alya mengadu manja.

“Emm.. ala.. biasa lah tu perempuan memang selalu ada masalah macam tu.Nanti Alya pergi check doctor ye honey .” Datin Aida membalas sambil tangannya ligat mengupas buah pelam muda.

“Mama… wow..  pelam muda.. thanks mama.. mama dapat dari mana ni? “ Alya bertanya penuh minat sambil tangannya cepat mencapai beberapa hirisan buah pelam muda yang siap dipotong oleh Datin Aida.

“Mama minta Cik Zainab carikan..kebetulan kat rumah Cik Zainab ada pokok pelam..muda-muda lagi buahnya.Lagipun haritu kamu kata nak sangat makan buah pelam muda kan.Jadi mama carikan la.. ni dah dapat makan..suka tak sayang? “ Datin Aida menyusun kata-katanya menampakkan betapa Datin Aida amat menyayangi anak tunggalnya itu.

“ Suka sangat mama ..emmm!!!  sedapnya mama.. mama nak tak? Mari sini Alya suapkan mama..” . Alya menyuapkan hirisan pelam muda kearah mulut mamanya.Sangat manja perlakuannya . Menunjukkan kemesraan di antara anak dan seorang ibu.

*********************
Di kamar Dato’ Sharil dan Datin Aida.

“ Abang .. Aida tengok anak kesayangan abang tu macam tak sihat je sejak dua menjak ni..muntah-muntah ..tekak loya ..badan dia pun Aida tengok macam lemah longlai je abang..sakit ke anak awak tu ye? “ .Datin Aida memulakan bicara di kamar mereka.

Dato’ Sharil yang sedang tekun menghadap i-padnya mengalihkan perhatiannya pada tutur kata isterinya . 

“ Kenapa pula dengan Alya tu darling? Datang bulan kot..biasalah tu.. you ni macam tak biasa aja “ Dato’ Sharil meneka memberikan jawapan dengan harapan isterinya tidak begitu memikirkan tentang persoalan itu.

“Isy abang ni..Alya sendiri kata dia dah tak period 3 bulan dah.. emm.. selera dia pun takda.Tapi tadi Aida hidang pelam muda bukan main lagi dia makan.Habis seplastik pelam muda yang Cik Zainab bawa tadi.” Datin Aida bertutur dengan nada yang sangat lembut bertepatanlah dengan wajahnya yang begitu ayu dan menampakkan ciri-ciri seorang wanita yang mempunyai nilai kesopanan yang sangat tinggi.

“ Wait..wait sayang !! Alya dah tak period 3 bulan? Makan pelam muda yang masam tu? Mengidam ke anak awak tu? “ Dato’ Sharil meneka.

“Isy.abang ni..ke situ pula.. tak kan lah Alya nak mengandung pula.. tak mungkin lah abang . “ Datin Alya menjawab.

“ Mana lah tau sayang..Sekarang ni banyak dah kes macam ni..elak anak kesayangan awak tu tergolong sekali dalam kelompok mengandung di luar ikatan perkahwinan sudah la.. Memang abang tak mengaku anak lah..Buat malu abang saja. Tercalit arang kat muka abang ni..Abang orang kohormat ..mana mungkin abang biarkan ada apa-apa kontroversi yang keluar paper nanti..Malu abang..malu keluarga kita..rosak reputasi syarikat kita nanti sayang  " .Dato’ Sharil berseloroh panjang lebar.

“ Isyy.. tak mahu lah disangkakan yang buruk-buruk abang .. tak elok.. boleh jadi doa nanti tau “ .Datin Aida menjegilkan biji matanya yang bulat kepada suaminya, Dato’ Sharil .

“ hehe.. alololo.. comelnya isteri abang bila buat macam tu.. mari sini .. geram pula abang tengok.nak cubit-cubit pinggang dia” .Dato’ Sharil lantas mencapai pinggang isteri kesayangannya lantas terdengar gelak tawa dari Datin Aida yang tidak tahan menahan kegelian akibat digeletek suaminya.

**********************************
“ You biar betul Alya? You tak period dah 3 bulan? You dah check? “ Suria bertanya kepada Alya setelah masalah yang menimpa diri Alya diceritakan pada Suria ketika mereka sedang menikmati hidangan nasi ayam di Chicken Rice Shop di Mid Valley .

“ yalah Suria..risau juga i.. I takut lah nak check.. kalau I pregnant macam mana? “ Alya menjawab .Dihujung nadanya jelas menunjukkan kerisauan membelenggu fikirannya kini.

“ Nah.. you ambil ni.. “ .Suria mengeluarkan pregnancy test dari beg tangannya.

“ Wahh.. you memang ada simpan benda ni dalam beg you ya? Nice.. “ .Alya menduga temannya

“ Yalah..senang sikit nanti you nak check. Boyfriend I tu kadang suka tau… isyy.. hahaha.. “ .Suria menjawab sambil badannya diliuk lentukkan.

“ I takutlah nak check … emm.. I pergi toilet dulu ye Cik Suria .. mau check… heee.. doa-doa lah tak lekat ea honey “ .Tutur Alya sambil mengeyitkan matanya kearah Suria.






Suka Entry ni? Like la !!

0 comments: