Sebagai seorang perempuan kita sebenarnya layak untuk dapat sesiapa saja lelaki di dunia ini, kite berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu kita perlu mencari cinta sejati tersebut.
Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.
Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku kerana tiada persefahaman! Macam Menarik !!, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.
Fakta yang kite perlu tahu...
Baiklah aku akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat kowg terkejut. Kita mulakan sekarang...
- Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
- Korang tidak perlu bazirkan emosi korang kepada seseorang lelaki sehingga korang tahu dielah lelaki ideal bakal suami korang.
- Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
- Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
- Lelaki ideal korang adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, korang perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga korang benar-benar menjumpai lelaki idaman korang.
- Saiz badan dan fesyen pakaian korang tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana korang mengetengahkan penampilan diri dan pakaian korang. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
- Jangan bercinta dengan lelaki kerana korang rasa bersimpati dengannya!!
- Minda korang adalah aset yang terbaik.
Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenape dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah korang! Letakkan diri korang di atas kerusi pemandu, cari putera idaman korang dan berbahagialah...
0 comments:
Post a Comment