! Bila Si Gadis Berbicara !: cerpen :ohh no!! aku jatuh cinta -Part 4- (Last Part)
Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday 30 November 2011

cerpen :ohh no!! aku jatuh cinta -Part 4- (Last Part)



                     sambungan daripada Part 3  cerpen : ohh no!!! aku jatuh cinta -Part 3-


"Dya, mari turun makan," Yusma memerhatikan gelagat Dyana selepas balik dari keluar dengan kawannya. Dyana tersenyum. "Dya tak lapar lagilah kak Yus, tadi dah keluar makan dengan Zila."Balas Dyana. "Abang Firdaus cakap Dya akan mula kerja minggu depan." Yusma sekadar berbasa-basi. Sawan diam dia dah datang balik ker. "Dah sedia untuk memulakan kehidupan baru? Alam belajar dengan alam pekerjaan berbeza sedikit.Dya kena kuat dan tabah. Jangan cepat melatah. Kalau ada apa-apa masalah, berbincang." Nasihat Yusma. Dyana tersenyum." Orait, madam. Dya nak masuk tidur dulu kak Yus, letih betul seharian berjalan tadi. Esok kalau Dya tak terbangun, kak Yus jangan lupa kejutkan Dya tau. Takut terlepas subuh." Yusma mengangguk perlahan. Namun, dia dapat menangkap ada sesuatu yang tak kena di sebalik sikap Dyana yang agak pendiam. Yusma mematikan lampu bilik Dyana. "Good Nite kak Yus."Ucap Dyana. Yusma tersenyum mengangguk. 




Telefon bimbitnyanya berdering menyanyikan lagu California King Bed-dari Rihanna segera di angkat. "Mama. Assalamualaikum, mama."Dyana melonjak gembira mendengar suara mamanya di hujung talian. Dipeluknya patung domo kuat-kuat. "Walaikumsalam. Anak dara mama yang sorang ni langsung tak telefon tanya khabar mama ni, kenapa?" Normah sengaja menyakat anak perempuannya yang bongsu. "Dya dah call Mama hari tu, ma yang tak ada kat rumah. Tanya Kak Lang, kalau tak percaya." Dyana segera membela diri. Memang benar hari tu dia ada menelefon ke kampung. Tapi mamanya tak ada. "Ada. Mama saja nak usik kamu. Bila nak balik kampung?" Normah berbual sambil menyusun bunga di dalam pasu. Sambil telefon ditongkatkan antara bahu dengan kepala."Abang Ngah cakap dalam minggu depan. Mama nak buat kenduri kesyukuran Dya dah tamat belajar sekali dengan kenduri untuk arwah ayah. Kan ma?" Normah mengangguk walaupun tak dapat dilihat oleh anaknya. "Mama ingat kamu dah lupa. Sebab tu mama telefon nak tahu, jadi ke tidak kamu balik. Pesan kat Angah, kerja kat pejabat tu kalau nak diikutkan sampai bila takkan habis. Dya dah duduk rumah Angah, pandai-pandai bawak diri. Telefon ke rumah kalau ada apa-apa nanti. "Normah melepaskan keluhan, harap-harap anak-anaknya faham yang dia rindu sangat kepada mereka. Syukur Alhamdulillah, anak-anaknya tidak pernah lupa menjenguknya di kampung. "Baiklah ma, Dya dah nak tidur, nanti Dya call mama pulak esok ye" janji Dyana. Selepas mengucapkan salam, Dyana terkebil-kebil di atas katil. Matanya menengadah siling. Sebenarnya dia tidak mengantuk. Sekadar ingin bersendirian. 


Ingatannya terbayang wajah Zarul. Lelaki yang amat dicintainya dahulu. Namun tidak di sangka, lelaki yang amat di pujanya, yang di harap akan menyunting dirinya menjadi isteri suatu hari nanti adalah tunangan orang. Tidak tergamak rasanya di hati, ingin memusnahkan kebahagiaan orang lain. Lalu, dengan tekad dia meninggalkan lelaki itu dengan seribu luka yang amat payah dilupakan. Sejak itu, dia jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, yang baginya semua adalah penipu sama seperti Zarul. Tapi kali ini, perasaan yang dialami terlalu aneh. Perasaan yang terasa segar, yang pernah dialami sewaktu bersama Zarul. Bukan. Dia tidak pernah mengenali lelaki beruk itu. Macamana boleh wujud perasaan yang sama seperti Zarul. Lelaki itu juga sudah ada kekasih. Wayar dalam kepalanya berselirat. Mungkin hormon dalam badannya tak stabil, membuatkannya berfikir sesuatu yang baginya adalah mustahil. Kenapa, setiap lelaki yang membuat perasaannya jadi aneh, adalah hak orang? Akhirnya, Dyana terlelap tanpa sedar. Moga ada mimpi indah yang akan mengiringi tidurnya. 




"Kenalkan, ni adik saya Dyana Alessya. Dia baru sahaja selesai pengajian di universiti Oxford di London, memperolehi ijazah dalam jurusan pengurusan dan perniagaan. Tapi, buat sementara waktu ni, dia akan menguruskan di bahagian pentadbiran bersama Zulkifli. Awak Zul, sila beri tunjuk ajar kepada Dyana." Lelaki yang bernama Zul, mengangguk. "Baik Encik Firdaus."Kesemua staf bertepuk tangan, mengalu-alukan kehadiran adik kepada majikan mereka. Dyana membongkokkan sedikit badannya tanda mengucapkan terima kasih di atas penghargaan tersebut. "Mari, abang tunjukkan bilik Dya, Firdaus berjalan menunjukkan bilik Dyana. Abang Ngah cakap nak interview Dya, kenapa tak jadi pulak?"Soal Dyana hairan. Dia mengikuti langkah Firdaus. "Bukan abang yang akan interview Dya, tapi rakan kongsi abang. Sharil namanya. Nanti abang akan kenalkan Dya dengan dia. Tak tahu apa sebabnya, dia masuk lambat hari ni. Jadi secara outomatiknya interview cancel." Jelas Firdaus kepada adiknya. Dyana sekadar mengangguk. Dia kemudian membelek-belek fail syarikat yang bersusun di atas meja. Harap-harap selepas kerja dengan Angah nanti, dia akan jadi semakin sibuk dan tidak akan ada ruang difikirannya untuk mengingati lelaki beruk tersebut. "Nanti Sharil akan ajar Dya perkara-perkara yang penting dan peraturan dalam syarikat ni." Dyana sekadar tersenyum. Firdaus memerhati gelagat Dyana. Otaknya ligat memikirkan kata-kata isterinya malam tadi dengan sikap Dyana pagi ini. Mungkin ada benarnya kata-kata Yusma. Ah, Orang perempuan, mungkin lebih faham hati perempuan. Desis hatinya kemudian."Angah, orang nak ke toilet sekejap, nanti orang datang balik." Firdaus mengangguk perlahan.


"Sorry, Dya lambat sikit tadi. Dya terpaksa pergi ke toilet bawah. Sebab toilet kat atas cuci," Jelas Dyana. Suara Dyana menangkap deria dengar Sharil dan tiba-tiba membuat dadanya berdebar. Suaranya macam pernah dengar. Diakah itu? "Sharil, mari aku kenalkan kau dengan adik aku. Dyana Alessya." ..."Dya ..ni rakan kongsi yang abang Ngah beritahu tadi."Sharil menoleh. Dyana tersentak. Betapa kecilnya dunia ni dirasakan. Lelaki yang ingin diusir dari hidupnya, kini berada di depan mata. Sharil pula tergamam. Puas sudah dia mencari gadis yang mengganggu mimipinya siang dan malam, kini berdiri di hadapannya. "Awak?" Kedua-duanya serentak bersuara. Dyana membulatkan matanya. Organ pernafasannya terhenti.
" Dya taknaklah bekerja dengan lelaki beruk ni." Dyana kembali memusingkan badannya dan memeluk tubuh. Agak-agaknya boleh tak dia jadi halimunan sekarang. Kalau dia punya kuasa, akan dia hilang dalam sekelip mata. "Saya pun tak hingin bekerja dengan perempuan singa macam awak." Balas Sharil. Dia kemudiannya menala ke dinding. Rasa ingin lari dari sini pun ada. Agak-agak, antara Afganistan, China dengan Syria, mana paling jauh dia boleh pergi? "Apa, awak panggil saya, perempuan singa?" Dyana memandang semula ke arah Sharil dengan garang. "Dah awak panggil saya lelaki beruk, takpe? Ada ke muka hensem macam pelakon Kamal Adli  saya ni disamakan dengan beruk" .Balas Sharil. Wajahnya di control agar kelihatan macho sikit. "Bukan muka awaklah, perangai awak. Selalu jer ada kat depan saya, entah dari mana awak datang. Selalu muncul tiba-tiba. Tak ubah macam beruk."Dyana makin berani berbalas cakap dengan Sharil."Jadi, memang terbuktilah, muka saya hensem. Dan awak, tak sedar ker perangai awak tu garang macam singa. Tahu nak marah jer. Elok-elok muka cun macam Nora Danish terus jadi macam Mak Enon,kerepot, huh.." Sharil memulangkan paku buah keras. Dyana menjuihkan lidahnya kemudian menggetap bibir tanda geram. "Perasan. Masuk mesin basuh, cuci sendirilah" balas Dyana. Mukanya terasa panas. Ada ker, aku disamakan macam Mak Enon. Dyana menghentakkan kakinya dan memusing semula badannya ke arah lain. Tidak dapat dia menahan perasaan. Rasa cemburu ketika melihat Sharil bersama dengan orang perempuan, masih terbayang dalam ingatannya. Memadamkan terus perasaan yang baru hendak berbunga di hatinya. Sharil turut menahan perasaan, kalau diikutkan hatinya, ingin saja dipeluknya Dyana kini. Terlalu lama dia menjadi seorang perindu.




"Kejap..kejap..apa semua ni? Korang nak buka Zoo Negara ke atau klinik haiwan? Sorang singa. Sorang lagi beruk. Apa ni? Dya, cuba cakap terus-terang, biar Abang Ngah faham. Korang berdua dah lama kenal ker?" Firdaus cuba berdiplomasi. Dyana menceritakan kesemuanya. Tentang di Airport, di dalam bas dan di shopping kompleks. Sharil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cerita Dyana membongkar segalanya. Tahulah Firdaus kini, perempuan yang membuat kawan baiknya jadi tidak tentu arah, adalah adiknya sendiri. Firdaus menjeling ke arah Sharil, dan sahabatnya tu sekadar tersengih. Sharil buat muka macam pendatang tanpa izin yang tak ada permit sah. Serbuk kunyit betul diorang ni. Firdaus mengelengkan kepalanya. Mujur dimintanya Dyana bekerja dengannya. Jika tidak sampai bila-bila pun, keadaan akan terus jadi huru-hara. Semua tak sesusah yang difikirkan. 




 ***********************************


"Terima kasih sebab sudi menerima abang dalam hidup Dya."Sharil mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Dyana bersyukur kerana dia mendapat seseorang yang dicintai, adalah miliknya seorang. Bukan hak sesiapa. Sharil juga telah menerangkan siapa gadis yang dilihat Dya sewaktu di shopping Mall tempoh hari. Dyana menjadi malu kerana membuat tuduhan melulu. "Abang, Dya pun begitu. Dya tak sangka,semua ni akan berlaku. Dya rasa bersyukur dengan takdir yang telah ditentukan."Ujar Dyana perlahan. "Dya, abang ada sesuatu rahsia yang abang nak beritahu pada Dya. Tapi, Dya kena janji jangan marah abang," Sharil berhati-hati bercakap."Apa dia bang, cakaplah.. Dya janji tak akan marah."Dya memandang tepat mata suaminya. "Hmmm.. coklat yang Dya beli hari tu, masa kita jumpa dalam bas. Abang terpijak. Abang tak sangka. Bila sampai rumah, baru abang perasan, coklat yang dah cair melekat kat kasut abang."Jelas Sharil sambil ketawa. Dyana ikut juga ketawa." Patut pun coklat tu dah tak ada dalam beg Dya. Kesian Alif dan Fika, Coklat yang Dya beli, tiba-tiba tak ada." Dya ketawa bila mengingati semuanya. "Dan ada orang tu minta ganti rugi coklat, sebab cemburu" .Dyana memukul Sharil perlahan menahan malu. Dia bahagia kini. Dalam hatinya berdoa, semoga kebahagiaan itu akan terus menjadi miliknya. Sharil kemudian memeluk isterinya erat kedalam pelukkannya. 




Tamat ...




: : thanks for reading ..pada yang tertinggal part dalam cerita ni bole tekan link kat bawah ni ye ::
cerpen : ohh no !! aku jatuh cinta -Part 1-
cerpen : ohh no !! aku jatuh cinta -Part 2- 
cerpen: ohh no !! aku jatuh cinta -Part 3- 




Suka Entry ni? Like la !!

2 comments:

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

thumbs up...kalau rjen dtg lah baca cerpen acu :)

norhidayah sukri said...

@teyhasahaje a.k.a NURUL

ok.. tq .. :))