Sambungan daripada Part 2 cerpen : ohh no !!! aku jatuh cinta -Part 2-
Zila dan Dyana keluar membeli-belah di Mid Valley. Gembira hati Dyana melihat kedatangan Zila semalam. Sebagai balasan, Zila kena menemankannya shopping pada hari ini. Dyana hanya mengenakan pakaian yang serba ringkas, jeans dan T- Shirt lengan panjang berwarna pink. "Banyaknya kau shopping cik kak? Nak beli satu Mall ker?" Usik Zila melihat gelagat Dyana yang tidak berhenti masuk ke kedai-kedai baju. "Nextweek, aku dah start interview, So aku nak shopping untuk baju-baju pergi kerja nantilah" Balas Dyana. Zila mengerutkan dahi. "Dengan abang sendiri pun nak kena interview jugak ker?" Soal Zila hairan. "Tulah yang aku tak faham dengan Angah aku. Berdedikasi sungguh punya abang. Kadang-kadang geram jugak aku. Aku ingatkan nak cari kerja kat syarikat lain. Hah, biar ternganga Angah aku melihat adik kesayangannya yang pintar ni cemerlang berkerja dengan orang lain.
Waktu tu Dyana membulatkan matanya melihat susuk tubuh yang sangat dibenci. "Lelaki tu beb " Tunjuk Dyana sambil menarik baju Zila dan jari telunjuknya dihalakan kearah seorang lelaki yang sedang berjalan dengan seorang perempuan. "Lepaskanlah baju aku, jangan tarik beb..koyak kang, aku mintak kau ganti dengan semua baju yang kau dah shopping ni Usik Zila. Dyana melepaskan baju Zila sambil mendengus. "Sorry.." Ucap Dyana. Namun matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh lelaki yang baginya membuat dunianya terasa nak kiamat. "Siapa tu?"Soal Zila. " Lelaki beruk." Ujar Dyana spontan. "Ishh, tak baik cakap orang macam tu tau, Dya. Tapi Dia tu ker lelaki beruk yang kau cerita kat aku semalam?" Dyana segera mengangguk. Zila mengecilkan matanya sedikit, "Tak macam beruk pun, hensem adalah. Smart and brilliant lagi. Lebih hensem dari Zarul kau yang dulu tu."Balas Zila. Mata Dyana membulat."Nama Zarul kau jangan nak sebut-sebut depan aku ye!! benci aku dengar nama penipu tu." Gumam Dyana geram. "Sorry bebe, tersasul" . Zila buat muka mohon simpati.
"Lagi satu, yang kau perlu tahu, yang macam beruk tu, bukan muka dia, perangai dia. Selalu muncul tiba-tiba. Tapi yang peliknya, kat mana aku ada, mesti aku jumpa dia." Jelas Dyana. "Entah-entah ada jodoh kau dengan dia tak? Benci lama-lama jadi sayang. Manalah tau satu hari nanti tiba-tiba dia jadi kekasih kau ker, suami kau ker? Takkan kau nak tolak?" Usik Zila. "Apa kau cakap, ingat ni main wayang ker? Dalam filem, drama-drama tempatan bolehlah! Tolong ye Zila, daripada aku kahwin dengan lelaki beruk tu,lebih naik aku kahwin dengan Ravi kat kedai mamak tu, hari-hari aku dapat makan roti canai percuma."Dyana mencebikkan mukanya. Zila ketawa dengan kuat. "Aku tak tahulah pulak kau suka makan roti canai. Bila kau start jadikan tu makanan asasi kau?"Zila mengangkat kening. Dyana menjulingkan matanya ke langit. "Huh, baru semalam, masa Angah aku suruh beli roti canai kat kedai mamak tu untuk Alif dan Fika."Jelasnya sambil ikut ketawa. "Hensemlah Dya, perangai tu boleh adjust sikit. Kalau aku jadi awek dia, confirm aku tak tolak."Ujar Zila selamba. "Aku pun nak kepit dia 24 jam, macam perempuan tu."Tambah Zila lagi. "Jangan nak beranganlah ..aku bagitau dengan Azhar, baru kau tahu. Lagi satu, kau tak nampak ker awek dia kat sebelah tu? Berkepit macam dia sorang jer yang ada boyfriend.". Dyana kemudiannya mencebik. Zila ketawa melihat gelagat Dyana. "Alah aku gurau jer..Kau ni marahkan yang lelaki ke yang perempuan?" Soal Zila hairan. "Dua-dua."Balas Dyana. "Kau jealous ye?" Zila mula menyakat Dyana. "Tolong ye, takde masa kau nak buat semua tu. Takde maknanya lagipun, aku bukannya kenal dia." ujar Dyana
Dyana menarik tangan Zila mendekati pasangan tersebut. "Kau nak buat apa ni?" Zila mula panik dengan tindakan Dyana. "Kau ikut jer lah...banyak bunyilah. Aku nak minta ganti rugi dengan lelaki beruk tu jap.."Ujar Dyana selamba. "Ganti rugi pasal apa pulak ni? Kau jangan main-main Dya. Aduh, apa kena ngan perempuan ni, dia ingat tokey kedai emas ke nak minta ganti rugi?" Dyana tak menghiraukan kata-kata Zila. Dia harus membuat perhitungan dengan lelaki beruk tu. Selepas Dyana dengan kawannya beredar, Lisa menarik baju Sharil dan mengajaknya masuk ke dalam Restoran Chiken Rice Shop yang berhampiran. Lisa memilih tempat duduk yang agak berselindung dan hujung di dalam restoran tersebut. Selepas order makanan, Sharil mula menyambung ceritanya tadi. "Betul Lisa. Tulah perempuan yang aku baru cerita kat kau tadi. Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dia."Ujar Sharil. Matanya mencerun tepat memandang ke arah Lisa. Mata Lisa membulat. Lisa, Satu-satunya sepupu yang sangat akrab dengannya. Lisa sudah pun bertunang dengan seorang ahli perniagaan. Anak salah seorang bisnes patner ayah mereka. Lisa ketawa melihat muka Sharil yang serius. Dia percaya kata-kata sepupunya yang seorang ni. Cuma dari cerita yang baru didengar tadi, dan apa yang baru disaksikan tadi, dia rasa tidak percaya pula yang gadis tersebut akan jatuh cinta dengan Sharil.
Gadis yang sepupunya puja itu datang secara tiba-tiba dan meminta ganti rugi untuk dua keping coklat? Diulangi, dua keping coklat. Macam tak masuk akal pun ada. Ye ker tu perempuannya. Sharil silap kot. Kalau tulah perempuan singa yang diceritakan, itu bukan jenis anak-anak, tapi mak singa. "Hello !!! "Sharil mengetip kedua belah jarinya melihat sepupunya mengelamun. Lisa mencerunkan matanya sambil menepis tangan Sharil. "Aku cerita tadi kau dengar tak. Ambik kesempatan mengelamun pulak." Sharil mengangkat kening menunggu respon dari Lisa. "Aku dengarlah, belum pekak lagi. Sambunglah balik."Lisa tersenyum melihat wajah Sharil yang seperti budak-budak minta dibelikan aiskrim. "Hmm...ok. Itulah perempuan yang aku suka tu, Kau agak-agaklah dia suka kat aku jugak tak?"Penjelasan Sharil membuat dahi Lisa berkerut. Sharil meraup mukanya dengan telapak tangan. Dia buntu untuk memikirkan jawapan tersebut.
Sharil terpinga-pinga dan tergamam ketika Dyana datang menyerang, cuma diam memandang Dyana tanpa berkelip. Dia tak dengar satu hapah pun apa yang diomelnya oleh gadis cute@perempuan singa tadi, Yang dia nampak, Lisa menghulurkan sekeping not rm50 kepada perempuan tu tadi. Dan seterusnya perempuan singa itu berlalu pergi meninggalkan mereka dan Lisa terus menariknya ke dalam restoran. Dan dia cuma diam mengikut. Lisa mengerutkan dahi sambil memandang Sharil. Selepas arwah Adira pergi, inilah kali kedua dilihat Sharil jadi sasau dengan seorang perempuan. Perempuan tu ker? Mesti ada daya penarik yang membuatkan Sharil jadi angau macamni. Tengoklah macam tadi, dia boleh diam terkebil-kebil dengar perempuan tu marah. Macam orang tak berperasaan langsung. Hilang akal agaknya Sharil ni dah. "Berangan pulak. Nak tolong aku ke tak?"Sharil buat muka sardin cap ayam. Dia kemudian diam sekejap, makanan yang di order telah sampai. Selepas mengucap terima kasih,Sharil memandang tepat ke arah Lisa semula meminta kepastian. "Apalah kompleks betul perangai perempuan. Pandang macam aku tak pakai baju, pastu siap buat muka pelik lagi. Apa aku dapat?" Lisa tersengih, keningnya diangkat.
"Berkiralah kau ni."Sharil pura-pura merungut. "Aku belanja Mc D?" Lisa buat-buat berfikir. "Pizza? "Soal Lisa kemudian, sengaja mahu main tarik tali dengan Sharil . Dia sengaja ingin melihat sejauh mana kesungguhan sepupunya yang sorang ni. "Hmmm tambah lagi satu untuk aku tapau bawak balik. Dan yang ni, "Lisa menunjukkan makanan yang sedang dimakan. "Kau belanja." Lisa ketawa. "Tamaknya kau ni..,Ok, deal. Tapi aku hairanlah, kau makan banyak pun, badan kau tetap slim dan cantik."Puji Sharil ikhlas. "Dah, tak payah nak puji aku, kau setuju dengan syarat tadi, dah kira jadilah" Lisa mencebik. "So, How?" Soal Sharil kemudian. Lisa tersenyum bermakna. Sharil tak sabar menanti.
*************************************
Dia pun tak menyangka yang dia seberani itu. Berani. Malu sebenarnya. Ntah apa difikirkan awek lelaki beruk tu. Sebenarnya, dia bukannya nak sangat ganti rugi duit coklat tersebut. Entah ia, entah tidak, coklat tersebut Sharil yang menyebabkan hilang. Manalah tahu, dia lalai sendiri. Cuma, Dyana tiba-tiba berasa tidak senang dan cemburu melihat kedua pasangan tersebut. Dia teringin melihat wajah kekasih lelaki beruk tersebut dari dekat. Memang cantik. Tapi, dia apa kurangnya , ramai yang cakap wajahnya saling tak tumpah macam pelakon drama TV3 Tentang Dhia tu, Nora Danish.Isyy.. nama watak pun nak dekat same Dya dan Dhia .Yang peliknya, lelaki beruk tu; diam jer bila dia bercakap, manakala; awek lelaki beruk tersebut Cuma tersenyum sambil membayar ganti rugi tersebut. Itu yang membuatkannya bertambah geram. Apasal aku rasa cemburu pula melihat lelaki tu sudah ada kekasih. Bukan ke aku benci kat dia sangat-sangat. Aku tak boleh macam ni. Tapi bila aku mendengar Zila memuji lelaki beruk tu, aku rasa lain macam. Apa perasaan yang ada pada aku ni. Tak boleh, Lelaki tu, bukan lelaki yang baik. Pertamanya, lelaki itu melanggar aku hingga menyebabkan dia terpaksa pulang ke rumah Angah dengan menaiki teksi. Keduanya, lelaki beruk itu yang telah menyebabkan, dia kehilangan coklat yang hendak diberi kepada anak-anak buahnya. Kemesraan mereka semalam, betul-betul mengundang cemburu di hatinya. Agggh! Kenapa dengan aku ni? Adakah ini yang dikatakan cinta? Yang membuat marah menjadi sayang dan benci menjadi rindu? Dyana keliru dengan perasaan yang di alaminya kini.
Bersambung .....
0 comments:
Post a Comment