! Bila Si Gadis Berbicara !: cerpen :ohh no!! aku jatuh cinta -Part 1-

Monday, 28 November 2011

cerpen :ohh no!! aku jatuh cinta -Part 1-




Boleh alihkan beg awak tak?Pertanyaan yang tiba-tiba daripada lelaki yang tidak dikenalinya, membuat Dyana tersentak. Lelaki ni lagi. Kenapa nak duduk sini? Tempat lain tak ada kosong ke? balas Dyana garang. Mak ai..garangnya..nasib baik muka ada cun sikit. detik hati Sharil. Maaf ye saudari,tempat semua dah penuh. Kebetulan ini saja kerusi yang saya nampak kosong, Dan saya telah bayar untuk tambang bas ni, supaya dapat tempat duduk. jawab Sharil sopan seperti sedang menghadap lecturer sewaktu menjelaskan soalan yang diajukan.




 Sharil kemudian tersenyum dan menyambung. Dia mengerutkan dahinya seolah-olah hairan. Hmmm..beg awak ni, bayar tambang bas jugak ker? Sharil bertanya selamba. Dyana merengus kasar, kemudian menoleh kebahagian belakang. Memang betul semua tempat duduk dah penuh bisik Dyana perlahan. Tapi dia tetap tak mahu lelaki ini duduk disebelahnya. Dyana memandang Sharil dari atas ke bawah. Pakaian punyalah smart, macam kerja pejabat tapi naik bas, getus hatinya lagi. Sharil melihat bajunya, kalau ada apa-apa yang tak kena. So exuse me saudari, sekali lagi saya ulang, boleh tolong alihkan beg awak tak?Dyana buat tak dengar. Dia segera mengeluarkan walkman dari dalam begnya kemudian meletakkan earphone di kedua-dua belah telinga dan memasangnya dengan kuat tanpa mempedulikan Sharil yang sedang berdiri disebelahnya. Lagu Penghujung Cintaku dendangan Pasha Ungu dan Adelia menyapa gegendang telinganya. Peduli apa aku, padan muka dia. Hari tu, siapa suruh cari pasal dengan aku, Getus hati Dyana.




 Reaksi yang ditunjukkkan oleh Dyana membuat Sharil bengang. Apa kena dengan minah ni, tadi tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Pastu leh buat dek pulak. Ah, masak aku!kaki Sharil mula terasa lenguh. Sudah lebih dari 13 minit dia terpaksa berdiri semata-mata ingin mendapatkan tempat duduk dari singa ni. Sharil segera mengangkat beg Dyana dan meletakkan beg berwarna ungu cair tersebut ke bawah. Tindakan berani mati yang dilakukan oleh Sharil membuat Dyana tercengang.how dare u? Suara Dyana yang tinggi menarik perhatian penumpang di dalam bas. Sharil sekadar mengangkat bahunya dan kemudian berpura-pura menguap seolah tiada apa yang berlaku. Dyana segera mengambil begnya semula sambil merengus. Dia cepat-cepat memalingkan wajahnya ke tingkap. Benci betul melihat muka lelaki penyibuk disebelahnya. Entah apa malang nasibnya, sekali lagi terpaksa berdepan dengan lelaki beruk ni. Hari ni jugaklah kereta ni nak buat hal. Jangan esok aku naik bas lagi, sudahlah. Tak kuasa aku nak jumpa mamat poyo ni hari-hari. Sharil ketawa di dalam hati melihat reaksi Dyana. 




 ******************************** 




Tak guna betul mamat tu. Dyana menghempas begnya ke atas katil. Salahnya juga taknak dengar cakap abang Ngah dengan Kak Yus. Abang Ngah dah pesan, kalau nak keluar kemana-mana, tunggu hari cuti. Dia akan bawa keluar. Tapi Dyana betul-betul bosan kerana asyik terperuk kat rumah. Sudah 4 hari dia tak buat apa-apa. Jadi dia mengambil keputusan untuk keluar membeli majalah dan novel untuk bahan bacaan. Sudahnya dia terpaksa berdepan dengan mamat yang sama. Si penyibuk tu. Kalaulah ada Zila, pasti dia tidak akan kesorangan. Tak sabar rasanya hendak di ceritakan kejadian malang yang menimpanya beberapa hari ini. Zila adalah teman baiknya sewaktu di universiti. Teringat tentang Zila sudah seminggu Zila pulang ke kampungnya, di Kelantan. Namun, tidak ada sebarang khabar berita dari sahabatnya. Tamat saja pengajian mereka di London, Zila terus pulang ke kampung, untuk menjenguk keluarganya. Puas juga dihubungi Zila, namun jawapannya tetap sama,Harap maaf, Nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih.!! Hendak tak hendak terpaksalah Dyana menunggu panggilan dari Zila.




 Awal Dya balik? dah makan ke? Wajah kakak iparnya tiba-tiba muncul. Belum lagilah Kak Yus, tak sempat nak makan kat luar tadi. Kak Yus masak apa hari ini? Sorry lah Kak Yus, Dya tak tolong Kak Yus masak hari ni..Dyana tersengih. Takpe, Kak Yus boleh masak sendiri. Bukan tak biasa pun. Hmm..Dya beli buku apa tadi? Soal Kak Yus kemudian. Dyana menggosok batang hidungnya dan tangannya segera mencapai dua buah novel yang baru dibelinya tadi dan beri kepada kakak iparnya. Soal Hati dan Plaine Jane? Kak Yus mengerutkan dahi. Kenapa Kak Yus? Dyana merasa hairan melihat reaksi Kakak iparnya. Nampak menarik, penulis baru ker? Soal Kak Yus. Dia segera mengangguk tanda mengiyakan kata-katanya. Kak Yus baca satulah, Dya baca lagi satu ye..Nanti dah habis baca kita boleh tukar. Usul Kak Yus kemudian. Dyana segera mengangguk sambil tersenyum. Kak Yus semenjak ada Alif dan Fika, langsung dah tak ada masa nak beli novel baru.Cerita Kak Yus tanpa dipinta. Mendengar nama anak-anak Kak Yus, terbayang wajah-wajah comel yang nakal.




Abang Firdaus tak cakap bila Dya boleh mula kerja? Kak Yus tiba-tiba mengubah topik. Abang Ngah ada cakap yang Dya boleh cuba interview minggu depan. Apalah abang Ngah ni Kak Yus, dengan adik sendiri pun nak berkira. Dya kan ada Ijazah pengajian dan pengurusan. Dari Universiti Oxford di London lagi. Tak payahlah nak kena interview. Lecehlah Angah ni, Rungut Dyana kemudian. Mulutnya dimuncungkan. Kak Yus ketawa melihat tingkah Dyana. Yelah nanti Kak Yus cuba cakap dengan Abang Firdaus. Tapi Kak Yus tak boleh nak janji apa-apa. Abang Firdaus kalau bab kerja memang serius, jelas Kak Yus. Dya sekadar mengangguk. Habis saja pengajiannnya di London, Abang Ngah segera mencadangkan agar dia berkerja di syarikat perkongsian milik abangnya dengan seorang rakan. Dia cuma mengikut saja. Untuk mencari pengalaman. 




Dahlah Dya pergilah makan, asyik bersembang jer..Eh, lupa pulak Kak Yus nak tanya, pandai pulak Dya pergi beli novel ni naik bas? Sebab setahu Kak Yus kalau nak naik teksi dari sini kena call dulu. Dya tunggu kat mana? Kereta dah hantar bengkel ke?Soalan Kak Yus serta-merta membuat Dya teringat tentang lelaki beruk tu. Dya naik bas lah kak Yus, lupa nak tanya no phone teksi, Jelas Dya. Tulah geramnya Dya naik bas tadi. Ada lelaki beruk tu. Menyibuk. Menyakitkan hati betul. Rungut Dyana tanpa sedar. Oppss!Dyana cepat-cepat menutup mulutnya. Kakak iparnya yang satu ni belum tentu lagi dia punya perancangan. Silap haribulan diberitahu pada suaminya, yang merangkap abang Ngahnya sendiri. Kalau pada FBI, atau Badan-Badan Bersatu, tak pula dia risau sangat. Memanglah dia tak payah risau, sebab tak ada kena-mengena pun dengan mereka. Parah. Abang Ngah pasti marah kalau dapat tahu yang dia keluar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Kak Yus spontan mengerutkan dahi. Siapa lelaki tu? Soal Kak Yus ingin tahu.




Bersambung ...........   






klik sini untuk sambungan Part 2 
cerpen :ohh no !! aku jatuh cinta -Part 2-


Suka Entry ni? Like la !!

2 comments:

nurhaziqah_ikah said...

interesting..buat part2 plk ye nnti

ihsan mulyadi said...

menarik nih.. :D

ditunggu kunjungan baliknya

http://ihsan-explorer.blogspot.com/