Sambungan daripada part 1 cerpen : ohh no!!! aku jatuh cinta -Part 1-
..............
Ucu Dya dah balik.. yea.. yea..Suara jeritan anak-anak Kak Yus menyebabkan rumah menjadi riuh. Alif dan Fika berlumba-lumba menaiki tangga menuju kebilik Dyana. Dyana menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kehadiran anak-anak Kak Yus membuat Kak Yus terlupa akan soalannya tadi. Fika segera memeluk Dyana dan menciumnya. Dyana segera mengangkat Fika keribanya. Ucu Dya, Fika lawan dengan adik, siapa sampai dulu dapat coklat besar. Fika dah sampai dulu, jadi mana coklat Fika? Fika segera menghulurkan tangannya. Alif juga turut menyelit disebalik kakaknya sambil menghulurkan tangan. Alif pun dah campai Ucu Ya..Suara Alif yang pelat dan pertandingan memanjat tangga yang dianjurkan Fika mengundang tawa Dya. Disini dia terhibur melihat telatah anak-anak buahnya. Jangan gaduh-gaduh, Ucu Dya nak bagilah ni, dua-dua dapat coklat. Dyana segera mencapai begnya dan tangannya segera meraba-raba bahagian poket beg sandangnya. Coklat yang dibeli sudah tak ada. Kemana pulak perginya? Dyana jadi hairan. Setahunya memang dia ada membeli untuk mereka. Mungkin? Dyana segera merengus marah, mungkin ketika lelaki beruk tu meletakkan begnya kebawah, coklat tersebut jatuh tanpa sedar.
Yusma yang menyedari Dyana agak kalut segera menyelamatkan keadaan. Kalau nak makan coklat, Fika pergi mandi dulu dengan adik. Badan tu dah busuk,Kak Yus segera mengarahkan anak-anaknya mandi. Fika nak tunggu coklat dengan Ucu Dya mama, tadi Ucu Dya kan dah janji nak belikan untuk Fika dan adik coklat. Kan adik? Jawab Fika petah. Dyana memandang Kak Yus tanpa dapat menjawab apa-apa. Tiada coklat, cuma wajahnya berubah semakin kelat. Kak Yus bawa budak-budak turun mandi dulu. Ingat, Dya hutang Kak Yus satucerita.Dia mengenyitkan matanya pada Dyana sebelum beredar. Huh! mana pergi coklat ni
*****************************
Bila difikirkan semula semua tindakannya, Sharil merasakan dia seperti orang gila. Apa tidaknya, dia sanggup meninggalkan client nya, keretanya di tempat parking semata-mata mengejar gadis singa tersebut. Tapi bila difikirkan sekali lagi dirasakan segalanya berbaloi. Apa tidaknya, dia bukan saja dapat naik satu bas dengan gadis singa tu, malah dapat duduk bersebelahan. Masih terbayang wajah comel itu masam ketika dia meletakkan beg gadis tu ke bawah. Dia tak tahu nak buat apa, keletihan dia berlari mengejar bas tersebut memaksa dia untuk duduk melepaskan lelah. Lahir bulan apa lah agaknya gadis singa tadi, garang betul. Tapi Sharil faham mengapa gadis singa itu marah kepadanya.
Peristiwa di airport mula menjengah di kepalanya. Tatkala matanya melilau mencari adik kepada rakan sekerjanya, kelibat gadis ini betul-betul menghalang laluan pandangan matanya dari memandang ke arah lain, selain dari memandang wajahnya yang agak cute, hmmm.. bukan, sebenarnya memang cute. Tak semena-mena dia mengikut gadis tersebut dan sengaja buat-buat terlanggar. Mengamuk betul gadis singa tersebut. Dan dia sekadar tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Orang ramai yang memandang buat tak endah. Mungkin bagi mereka kemalangan seperti itu sudah biasa berlaku. Tanpa sempat dia meminta maaf di atas kesalahan yang disengajakan, gadis itu berlalu begitu saja. Dia yang terpinga-pinga di situ segera mula mencari tujuannya yang asal. Mengambil adik sahabatnya dan juga merupakan rakan sekerjanya.
Firdaus menepuk bahu Sharil, membuatkannya tersentak. Khayalan tentang gadis singa tadi hilang sekelip mata. Firdaus mengangkat kening dan mukanya bertanya kenapa. Bahasa badan seperti itu sudah biasa dibuat oleh Firdaus. Malah bahasa-bahasa badan yang lain pun turut dihafalnya. Ditangannya, ada sekeping fail yang sedang dibelek-beleknya. Tiba-tiba Firdaus berhenti menyelak, dan merenung tepat ke arah Sharil. Kenapa kau pandang aku macam tu?Soal Sharil gugup. Bahasa badan seperti ini juga turut dihafalnya. Dia tahu Firdaus ingin bertanya sesuatu dan mahu dia menjelaskan sesuatu. Bukan aku ke yang sepatutnya tanya kau, kenapa kau buat macam ni? Ada something happen yang aku tak tahu ker?Soal Firdaus kembali. Firdaus kembali membelek-belek fail yang dipegangnya. Memberi peluang pada Sharil untuk menjelaskan. Tarrappapa lah..janganlah pandang aku macam tu, Fir.Sharil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Ok. Aku salah. Tapi aku kan dah minta maaf. Aku memang dah cari adik kau tu. Tapi tak adapun. Berpusing kat airport tu aku cari. Aduhhh Sape namanya? Alah...hmmm...hmm... Sharil kemudian mengetip ibu jarinya dengan jari telunjuk untuk cuba mengingatkan nama adik sahabatnya. Bahasa badan yang selalu digunakan oleh Sharil ketika dia cuba mengingatkan sesuatu perkara yang dirasakan payah untuk diingat. Firdaus memeluk tubuhnya sambil menanti reaksi Sharil yang seterusnya. Apalah payah sangat nama adik kau tu, tieya,mieya,diya,haaa..Dyana. Tingkah Sharil yang agak kalut seperti ada sesuatu yang disembunyikan dapat dibaca oleh Firdaus. Tapi memang aku tak jumpa. Aku siap junjung nama dia atas kepala lagi. Tapi tak ada sorang pun yang datang.Jelas Sharil membela diri.
Memang Firdaus ada meminta bantuan Sharil untuk mengambil adiknya dari airport. Namun, dari apa yng diketahuinya, adiknya itu pulang dengan menaiki teksi. Niat hatinya ingin mengenalkan Sharil dengan adiknya tidak kesampaian. Ok jugak. Yang tu aku boleh terima alasan kau. Tapi ada apa-apa yang paling important kau terlupa nak bagitau kat aku ker? Firdaus mengetuk-ngetuk sebatang pen kat atas meja perlahan. Bahasa badan seperti itu bermaksud meminta Sharil menjelaskan satu hal yang lebih penting. Sharil terdiam. Aku terpaksa memohon maaf dari client, membuat mesyuarat tergempar sedangkan kau entah kemana, hilang tanpa penjelasan, aku terpaksa kendalikan mesyuarat dengan menjawab soalan-soalan dari client. Kau tau yang kita hampir kehilangan tender ni? Macamana aku nak mengyakinkan semula pada client kita bahawa syarikat kita mampu berkerjasama dengan mereka?Soalan yang bertalu-talu daripada Firdaus membuatkan Sharil benar-benar rasa bersalah. Syarikat ni adalah syarikat dari usaha mereka bersama. Dia tak patut membebankan Firdaus atau menyebabkan syarikatnya kerugian.Maafkan aku Fir...Sharil sekadar tunduk. Firdaus menghampiri Sharil dan menepuk bahunya berkali-kali. Bahasa badan seperti ini bermaksud Firdaus mengetahui sesuatu.
So, siapa? Firdaus tiba-tiba bertanya sambil berdehem. Siapa.. apa? Soal Sharil kembali. Sharil bingung dengan soalan Firdaus yang tiba-tiba dan bersahaja. Siapa yang buat kau jadi macam ni?Tanya Firdaus sekali lagi. Namun dilihat Sharil masih berdiam diri. Come on lah Sharil, bukan baru hari ini aku kenal kau. Apa kau dah lupa yang tindakan kau ni sama seperti masa mula-mula kau jumpa Adira dulu. Kau sanggup keluar dari dewan kuliah semata-mata nampak kelibat Adira lalu dan mula mengejarnya. Sanggup meninggalkan study group semata-mata ingin berbual dengan Adira. Tapi kau jangan sekali-kali bagitau pada aku yang kau pura-pura tak sengaja terlanggar perempuan tu semata-mata nak berkenalan dengan dia. Kalau kau buat perkara yang sama seperti sewaktu kau mula-mula nak berkenalan dengan Adira dulu, aku tak tahu nak cakap apa. Firdaus mengangkat kening dan menggaru dagunya. Bahasa badan yang ditunjukkan oleh Firdaus bermaksud dia sedang menanti jawapan. Terdengar keluhan dari mulut Sharil. Dia kemudian menekan pangkal hidungnya dengan jari telunjuk.
Aku tidak pernah sekali-kali lupa pada arwah Adira, Fir. Dia cintaku yang pertama.Ingatan Sharil melayang pada arwah Adira. Adira yang dirasakan cukup sempurna dari serba serbi. Lemah lembut, bersopan, ayu, wajahnya yang sentiasa tersenyum membuat hatinya sentiasa tenang. Dan disebalik senyuman yang tak pernah lekang dari bibir Adira, dia tidak tahu bahawa gadis pujaannya sebenarnya telah lama menghidap barah otak yang serius. Impian yang sedang cuba dibina bersama Adira hancur berkecai. Sharil melepaskan keluhan berat kemudian tergelak kecil. Aku memang tak dapat sorok apa-apa daripada kau kan?. Macam ni aku tak ada langsung rahsia peribadilah ye..Seloroh Sharil sambil menumbuk bahu Firdaus. Arwah dah lama pergi, Ril. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup seperti biasa. Sampai bila kau nak terus hidup macam ni, mengenang arwah Adira yang tak pernah ada kesudahannya.
Aku anak dah dua, kau tak cemburu pada aku ker? Tak teringin nak punya keluarga sendiri?Firdaus sengaja menggunakan psikologi untuk mengetahui apa yang ada tersimpan dalam hati sahabatnya. Patutlah Sharil tidak berjumpa dengan adiknya, rupa-rupanya ada gadis lain yang menarik perhatian Sharil. Sekurang-kurangnya berjumpa dengan seseorang yang lain selain daripada memikirkan perkara yang dah lama berlalu itu juga satu petanda yang baik. Fikir Firdaus. Kau dah pikat dia?Soalan Firdaus membuat Sharil tak mampu menahan tawa.Itulah masalahnya sekarang, nama, alamat, no telefon atau apa-apa petunjuk tentang gadis tu langsung aku tak tahu. Lagi satu yang kau perlu tahu, gadis tu garang nak mampus. Aku tak tahu macamana nak berkenalan dengan dia.Sharil menjawab jujur. Macamana kau boleh tau perempuan tu garang? Kau cakap tak tahu apa-apa pun tentang dia? Firdaus memandang Sharil dengan seribu pertanyaan dikepalanya. Firdaus mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sesuatu kemudian menyambung, Jangan kau beritahu pada aku yang kau dah sengaja langgar perempuan tu sebab nak berkenalan, dan dia marah pada kau,Firdaus menyoal dan dilihat Sharil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Aku ingat, dia lembut macam Adira,balas Sharil lurus. Oh No! Pekik Firdaus kemudian.
Bersambung ....
0 comments:
Post a Comment