! Bila Si Gadis Berbicara !: November 2011
Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, 30 November 2011

cerpen :ohh no!! aku jatuh cinta -Part 4- (Last Part)



                     sambungan daripada Part 3  cerpen : ohh no!!! aku jatuh cinta -Part 3-


"Dya, mari turun makan," Yusma memerhatikan gelagat Dyana selepas balik dari keluar dengan kawannya. Dyana tersenyum. "Dya tak lapar lagilah kak Yus, tadi dah keluar makan dengan Zila."Balas Dyana. "Abang Firdaus cakap Dya akan mula kerja minggu depan." Yusma sekadar berbasa-basi. Sawan diam dia dah datang balik ker. "Dah sedia untuk memulakan kehidupan baru? Alam belajar dengan alam pekerjaan berbeza sedikit.Dya kena kuat dan tabah. Jangan cepat melatah. Kalau ada apa-apa masalah, berbincang." Nasihat Yusma. Dyana tersenyum." Orait, madam. Dya nak masuk tidur dulu kak Yus, letih betul seharian berjalan tadi. Esok kalau Dya tak terbangun, kak Yus jangan lupa kejutkan Dya tau. Takut terlepas subuh." Yusma mengangguk perlahan. Namun, dia dapat menangkap ada sesuatu yang tak kena di sebalik sikap Dyana yang agak pendiam. Yusma mematikan lampu bilik Dyana. "Good Nite kak Yus."Ucap Dyana. Yusma tersenyum mengangguk. 




Telefon bimbitnyanya berdering menyanyikan lagu California King Bed-dari Rihanna segera di angkat. "Mama. Assalamualaikum, mama."Dyana melonjak gembira mendengar suara mamanya di hujung talian. Dipeluknya patung domo kuat-kuat. "Walaikumsalam. Anak dara mama yang sorang ni langsung tak telefon tanya khabar mama ni, kenapa?" Normah sengaja menyakat anak perempuannya yang bongsu. "Dya dah call Mama hari tu, ma yang tak ada kat rumah. Tanya Kak Lang, kalau tak percaya." Dyana segera membela diri. Memang benar hari tu dia ada menelefon ke kampung. Tapi mamanya tak ada. "Ada. Mama saja nak usik kamu. Bila nak balik kampung?" Normah berbual sambil menyusun bunga di dalam pasu. Sambil telefon ditongkatkan antara bahu dengan kepala."Abang Ngah cakap dalam minggu depan. Mama nak buat kenduri kesyukuran Dya dah tamat belajar sekali dengan kenduri untuk arwah ayah. Kan ma?" Normah mengangguk walaupun tak dapat dilihat oleh anaknya. "Mama ingat kamu dah lupa. Sebab tu mama telefon nak tahu, jadi ke tidak kamu balik. Pesan kat Angah, kerja kat pejabat tu kalau nak diikutkan sampai bila takkan habis. Dya dah duduk rumah Angah, pandai-pandai bawak diri. Telefon ke rumah kalau ada apa-apa nanti. "Normah melepaskan keluhan, harap-harap anak-anaknya faham yang dia rindu sangat kepada mereka. Syukur Alhamdulillah, anak-anaknya tidak pernah lupa menjenguknya di kampung. "Baiklah ma, Dya dah nak tidur, nanti Dya call mama pulak esok ye" janji Dyana. Selepas mengucapkan salam, Dyana terkebil-kebil di atas katil. Matanya menengadah siling. Sebenarnya dia tidak mengantuk. Sekadar ingin bersendirian. 


Ingatannya terbayang wajah Zarul. Lelaki yang amat dicintainya dahulu. Namun tidak di sangka, lelaki yang amat di pujanya, yang di harap akan menyunting dirinya menjadi isteri suatu hari nanti adalah tunangan orang. Tidak tergamak rasanya di hati, ingin memusnahkan kebahagiaan orang lain. Lalu, dengan tekad dia meninggalkan lelaki itu dengan seribu luka yang amat payah dilupakan. Sejak itu, dia jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, yang baginya semua adalah penipu sama seperti Zarul. Tapi kali ini, perasaan yang dialami terlalu aneh. Perasaan yang terasa segar, yang pernah dialami sewaktu bersama Zarul. Bukan. Dia tidak pernah mengenali lelaki beruk itu. Macamana boleh wujud perasaan yang sama seperti Zarul. Lelaki itu juga sudah ada kekasih. Wayar dalam kepalanya berselirat. Mungkin hormon dalam badannya tak stabil, membuatkannya berfikir sesuatu yang baginya adalah mustahil. Kenapa, setiap lelaki yang membuat perasaannya jadi aneh, adalah hak orang? Akhirnya, Dyana terlelap tanpa sedar. Moga ada mimpi indah yang akan mengiringi tidurnya. 




"Kenalkan, ni adik saya Dyana Alessya. Dia baru sahaja selesai pengajian di universiti Oxford di London, memperolehi ijazah dalam jurusan pengurusan dan perniagaan. Tapi, buat sementara waktu ni, dia akan menguruskan di bahagian pentadbiran bersama Zulkifli. Awak Zul, sila beri tunjuk ajar kepada Dyana." Lelaki yang bernama Zul, mengangguk. "Baik Encik Firdaus."Kesemua staf bertepuk tangan, mengalu-alukan kehadiran adik kepada majikan mereka. Dyana membongkokkan sedikit badannya tanda mengucapkan terima kasih di atas penghargaan tersebut. "Mari, abang tunjukkan bilik Dya, Firdaus berjalan menunjukkan bilik Dyana. Abang Ngah cakap nak interview Dya, kenapa tak jadi pulak?"Soal Dyana hairan. Dia mengikuti langkah Firdaus. "Bukan abang yang akan interview Dya, tapi rakan kongsi abang. Sharil namanya. Nanti abang akan kenalkan Dya dengan dia. Tak tahu apa sebabnya, dia masuk lambat hari ni. Jadi secara outomatiknya interview cancel." Jelas Firdaus kepada adiknya. Dyana sekadar mengangguk. Dia kemudian membelek-belek fail syarikat yang bersusun di atas meja. Harap-harap selepas kerja dengan Angah nanti, dia akan jadi semakin sibuk dan tidak akan ada ruang difikirannya untuk mengingati lelaki beruk tersebut. "Nanti Sharil akan ajar Dya perkara-perkara yang penting dan peraturan dalam syarikat ni." Dyana sekadar tersenyum. Firdaus memerhati gelagat Dyana. Otaknya ligat memikirkan kata-kata isterinya malam tadi dengan sikap Dyana pagi ini. Mungkin ada benarnya kata-kata Yusma. Ah, Orang perempuan, mungkin lebih faham hati perempuan. Desis hatinya kemudian."Angah, orang nak ke toilet sekejap, nanti orang datang balik." Firdaus mengangguk perlahan.


"Sorry, Dya lambat sikit tadi. Dya terpaksa pergi ke toilet bawah. Sebab toilet kat atas cuci," Jelas Dyana. Suara Dyana menangkap deria dengar Sharil dan tiba-tiba membuat dadanya berdebar. Suaranya macam pernah dengar. Diakah itu? "Sharil, mari aku kenalkan kau dengan adik aku. Dyana Alessya." ..."Dya ..ni rakan kongsi yang abang Ngah beritahu tadi."Sharil menoleh. Dyana tersentak. Betapa kecilnya dunia ni dirasakan. Lelaki yang ingin diusir dari hidupnya, kini berada di depan mata. Sharil pula tergamam. Puas sudah dia mencari gadis yang mengganggu mimipinya siang dan malam, kini berdiri di hadapannya. "Awak?" Kedua-duanya serentak bersuara. Dyana membulatkan matanya. Organ pernafasannya terhenti.
" Dya taknaklah bekerja dengan lelaki beruk ni." Dyana kembali memusingkan badannya dan memeluk tubuh. Agak-agaknya boleh tak dia jadi halimunan sekarang. Kalau dia punya kuasa, akan dia hilang dalam sekelip mata. "Saya pun tak hingin bekerja dengan perempuan singa macam awak." Balas Sharil. Dia kemudiannya menala ke dinding. Rasa ingin lari dari sini pun ada. Agak-agak, antara Afganistan, China dengan Syria, mana paling jauh dia boleh pergi? "Apa, awak panggil saya, perempuan singa?" Dyana memandang semula ke arah Sharil dengan garang. "Dah awak panggil saya lelaki beruk, takpe? Ada ke muka hensem macam pelakon Kamal Adli  saya ni disamakan dengan beruk" .Balas Sharil. Wajahnya di control agar kelihatan macho sikit. "Bukan muka awaklah, perangai awak. Selalu jer ada kat depan saya, entah dari mana awak datang. Selalu muncul tiba-tiba. Tak ubah macam beruk."Dyana makin berani berbalas cakap dengan Sharil."Jadi, memang terbuktilah, muka saya hensem. Dan awak, tak sedar ker perangai awak tu garang macam singa. Tahu nak marah jer. Elok-elok muka cun macam Nora Danish terus jadi macam Mak Enon,kerepot, huh.." Sharil memulangkan paku buah keras. Dyana menjuihkan lidahnya kemudian menggetap bibir tanda geram. "Perasan. Masuk mesin basuh, cuci sendirilah" balas Dyana. Mukanya terasa panas. Ada ker, aku disamakan macam Mak Enon. Dyana menghentakkan kakinya dan memusing semula badannya ke arah lain. Tidak dapat dia menahan perasaan. Rasa cemburu ketika melihat Sharil bersama dengan orang perempuan, masih terbayang dalam ingatannya. Memadamkan terus perasaan yang baru hendak berbunga di hatinya. Sharil turut menahan perasaan, kalau diikutkan hatinya, ingin saja dipeluknya Dyana kini. Terlalu lama dia menjadi seorang perindu.




"Kejap..kejap..apa semua ni? Korang nak buka Zoo Negara ke atau klinik haiwan? Sorang singa. Sorang lagi beruk. Apa ni? Dya, cuba cakap terus-terang, biar Abang Ngah faham. Korang berdua dah lama kenal ker?" Firdaus cuba berdiplomasi. Dyana menceritakan kesemuanya. Tentang di Airport, di dalam bas dan di shopping kompleks. Sharil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cerita Dyana membongkar segalanya. Tahulah Firdaus kini, perempuan yang membuat kawan baiknya jadi tidak tentu arah, adalah adiknya sendiri. Firdaus menjeling ke arah Sharil, dan sahabatnya tu sekadar tersengih. Sharil buat muka macam pendatang tanpa izin yang tak ada permit sah. Serbuk kunyit betul diorang ni. Firdaus mengelengkan kepalanya. Mujur dimintanya Dyana bekerja dengannya. Jika tidak sampai bila-bila pun, keadaan akan terus jadi huru-hara. Semua tak sesusah yang difikirkan. 




 ***********************************


"Terima kasih sebab sudi menerima abang dalam hidup Dya."Sharil mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Dyana bersyukur kerana dia mendapat seseorang yang dicintai, adalah miliknya seorang. Bukan hak sesiapa. Sharil juga telah menerangkan siapa gadis yang dilihat Dya sewaktu di shopping Mall tempoh hari. Dyana menjadi malu kerana membuat tuduhan melulu. "Abang, Dya pun begitu. Dya tak sangka,semua ni akan berlaku. Dya rasa bersyukur dengan takdir yang telah ditentukan."Ujar Dyana perlahan. "Dya, abang ada sesuatu rahsia yang abang nak beritahu pada Dya. Tapi, Dya kena janji jangan marah abang," Sharil berhati-hati bercakap."Apa dia bang, cakaplah.. Dya janji tak akan marah."Dya memandang tepat mata suaminya. "Hmmm.. coklat yang Dya beli hari tu, masa kita jumpa dalam bas. Abang terpijak. Abang tak sangka. Bila sampai rumah, baru abang perasan, coklat yang dah cair melekat kat kasut abang."Jelas Sharil sambil ketawa. Dyana ikut juga ketawa." Patut pun coklat tu dah tak ada dalam beg Dya. Kesian Alif dan Fika, Coklat yang Dya beli, tiba-tiba tak ada." Dya ketawa bila mengingati semuanya. "Dan ada orang tu minta ganti rugi coklat, sebab cemburu" .Dyana memukul Sharil perlahan menahan malu. Dia bahagia kini. Dalam hatinya berdoa, semoga kebahagiaan itu akan terus menjadi miliknya. Sharil kemudian memeluk isterinya erat kedalam pelukkannya. 




Tamat ...




: : thanks for reading ..pada yang tertinggal part dalam cerita ni bole tekan link kat bawah ni ye ::
cerpen : ohh no !! aku jatuh cinta -Part 1-
cerpen : ohh no !! aku jatuh cinta -Part 2- 
cerpen: ohh no !! aku jatuh cinta -Part 3- 




Suka Entry ni? Like la !!

cerpen : ohh no!!! aku jatuh cinta -Part 3-



Zila dan Dyana keluar membeli-belah di Mid Valley. Gembira hati Dyana melihat kedatangan Zila semalam. Sebagai balasan, Zila kena menemankannya shopping pada hari ini. Dyana hanya mengenakan pakaian yang serba ringkas, jeans dan T- Shirt lengan panjang berwarna pink. "Banyaknya kau shopping cik kak? Nak beli satu Mall ker?" Usik Zila  melihat gelagat Dyana yang tidak berhenti masuk ke kedai-kedai baju. "Nextweek, aku dah start interview, So aku nak shopping untuk baju-baju pergi kerja nantilah"  Balas Dyana. Zila mengerutkan dahi. "Dengan abang sendiri pun nak kena interview jugak ker?" Soal Zila hairan. "Tulah yang aku tak faham dengan Angah aku. Berdedikasi sungguh punya abang. Kadang-kadang geram jugak aku. Aku ingatkan nak cari kerja kat syarikat lain. Hah, biar ternganga Angah aku melihat adik kesayangannya yang pintar ni cemerlang berkerja dengan orang lain.




Waktu tu Dyana membulatkan matanya melihat susuk tubuh yang sangat dibenci. "Lelaki tu beb " Tunjuk Dyana sambil menarik baju Zila dan jari telunjuknya dihalakan kearah seorang lelaki yang sedang berjalan dengan seorang perempuan. "Lepaskanlah baju aku, jangan tarik beb..koyak kang, aku mintak kau ganti dengan semua baju yang kau dah shopping ni Usik Zila. Dyana melepaskan baju Zila sambil mendengus. "Sorry.." Ucap Dyana. Namun matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh lelaki yang baginya membuat dunianya terasa nak kiamat. "Siapa tu?"Soal Zila. " Lelaki beruk." Ujar Dyana spontan. "Ishh, tak baik cakap orang macam tu tau, Dya. Tapi Dia tu ker lelaki beruk yang kau cerita kat aku semalam?" Dyana segera mengangguk. Zila mengecilkan matanya sedikit, "Tak macam beruk pun, hensem adalah. Smart and brilliant lagi. Lebih hensem dari Zarul kau yang dulu tu."Balas Zila. Mata Dyana membulat."Nama Zarul kau jangan nak sebut-sebut depan aku ye!! benci aku dengar nama penipu tu." Gumam Dyana geram. "Sorry bebe, tersasul" . Zila buat muka mohon simpati. 




"Lagi satu, yang kau perlu tahu, yang macam beruk tu, bukan muka dia, perangai dia. Selalu muncul tiba-tiba. Tapi yang peliknya, kat mana aku ada, mesti aku jumpa dia." Jelas Dyana. "Entah-entah ada jodoh kau dengan dia tak? Benci lama-lama jadi sayang. Manalah tau satu hari nanti tiba-tiba dia jadi kekasih kau ker, suami kau ker? Takkan kau nak tolak?" Usik Zila. "Apa kau cakap, ingat ni main wayang ker? Dalam filem, drama-drama tempatan bolehlah!  Tolong ye Zila, daripada aku kahwin dengan lelaki beruk tu,lebih naik aku kahwin dengan Ravi kat kedai mamak tu, hari-hari aku dapat makan roti canai percuma."Dyana mencebikkan mukanya. Zila ketawa dengan kuat. "Aku tak tahulah pulak kau suka makan roti canai. Bila kau start jadikan tu makanan asasi kau?"Zila mengangkat kening. Dyana menjulingkan matanya ke langit. "Huh, baru semalam, masa Angah aku suruh beli roti canai kat kedai mamak tu untuk Alif dan Fika."Jelasnya sambil ikut ketawa. "Hensemlah Dya, perangai tu boleh adjust sikit. Kalau aku jadi awek dia, confirm aku tak tolak."Ujar Zila selamba. "Aku pun nak kepit dia 24 jam, macam perempuan tu."Tambah Zila lagi. "Jangan nak beranganlah  ..aku bagitau dengan Azhar, baru kau tahu. Lagi satu, kau tak nampak ker awek dia kat sebelah tu? Berkepit macam dia sorang jer yang ada boyfriend.". Dyana kemudiannya mencebik. Zila ketawa melihat gelagat Dyana. "Alah aku gurau jer..Kau ni marahkan yang lelaki ke yang perempuan?" Soal Zila hairan. "Dua-dua."Balas Dyana. "Kau jealous ye?"   Zila mula menyakat Dyana. "Tolong ye, takde masa kau nak buat semua tu. Takde maknanya lagipun, aku bukannya kenal dia." ujar Dyana 




Dyana menarik tangan Zila mendekati pasangan tersebut. "Kau nak buat apa ni?" Zila mula panik dengan tindakan Dyana. "Kau ikut jer lah...banyak bunyilah. Aku nak minta ganti rugi dengan lelaki beruk tu jap.."Ujar Dyana selamba. "Ganti rugi pasal apa pulak ni? Kau jangan main-main Dya. Aduh, apa kena ngan perempuan ni, dia ingat tokey kedai emas ke nak minta ganti rugi?" Dyana tak menghiraukan kata-kata Zila. Dia harus membuat perhitungan dengan lelaki beruk tu. Selepas Dyana dengan kawannya beredar, Lisa menarik baju Sharil dan mengajaknya masuk ke dalam Restoran Chiken Rice Shop yang berhampiran. Lisa memilih tempat duduk yang agak berselindung dan hujung di dalam restoran tersebut. Selepas order makanan, Sharil  mula menyambung ceritanya tadi. "Betul Lisa. Tulah perempuan yang aku baru cerita kat kau tadi. Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dia."Ujar Sharil. Matanya mencerun tepat memandang ke arah Lisa. Mata Lisa membulat. Lisa, Satu-satunya sepupu yang sangat akrab dengannya. Lisa sudah pun bertunang dengan seorang ahli perniagaan. Anak salah seorang bisnes patner ayah mereka. Lisa ketawa melihat muka Sharil yang serius. Dia percaya kata-kata sepupunya yang seorang ni. Cuma dari cerita yang baru didengar tadi, dan apa yang baru disaksikan tadi, dia rasa tidak percaya pula yang gadis tersebut akan jatuh cinta dengan Sharil.




Gadis yang sepupunya puja itu datang secara tiba-tiba dan meminta ganti rugi untuk dua keping coklat? Diulangi, dua keping coklat. Macam tak masuk akal pun ada. Ye ker tu perempuannya. Sharil silap kot. Kalau tulah perempuan singa yang diceritakan, itu bukan jenis anak-anak, tapi mak singa. "Hello !!! "Sharil mengetip kedua belah jarinya melihat sepupunya mengelamun. Lisa mencerunkan matanya sambil menepis tangan Sharil. "Aku cerita tadi kau dengar tak. Ambik kesempatan mengelamun pulak." Sharil mengangkat kening menunggu respon dari Lisa. "Aku dengarlah, belum pekak lagi. Sambunglah balik."Lisa tersenyum melihat wajah Sharil yang seperti budak-budak minta dibelikan aiskrim. "Hmm...ok. Itulah perempuan yang aku suka tu, Kau agak-agaklah dia suka kat aku jugak tak?"Penjelasan Sharil membuat dahi Lisa berkerut. Sharil meraup mukanya dengan telapak tangan. Dia buntu untuk memikirkan jawapan tersebut. 




Sharil terpinga-pinga dan tergamam ketika Dyana datang menyerang, cuma diam memandang Dyana tanpa berkelip. Dia tak dengar satu hapah pun apa yang diomelnya oleh gadis cute@perempuan singa tadi, Yang dia nampak, Lisa menghulurkan sekeping not rm50 kepada perempuan tu tadi. Dan seterusnya perempuan singa itu berlalu pergi meninggalkan mereka dan Lisa terus menariknya ke dalam restoran. Dan dia cuma diam mengikut. Lisa mengerutkan dahi sambil memandang Sharil. Selepas arwah Adira pergi, inilah kali kedua dilihat Sharil jadi sasau dengan seorang perempuan. Perempuan tu ker? Mesti ada daya penarik yang membuatkan Sharil jadi angau macamni. Tengoklah macam tadi, dia boleh diam terkebil-kebil dengar perempuan tu marah. Macam orang tak berperasaan langsung. Hilang akal agaknya Sharil ni dah. "Berangan pulak. Nak tolong aku ke tak?"Sharil buat muka sardin cap ayam. Dia kemudian diam sekejap, makanan yang di order telah sampai. Selepas mengucap terima kasih,Sharil memandang tepat ke arah Lisa semula meminta kepastian. "Apalah kompleks betul perangai perempuan. Pandang macam aku tak pakai baju, pastu siap buat muka pelik lagi. Apa aku dapat?" Lisa tersengih, keningnya diangkat. 


"Berkiralah kau ni."Sharil pura-pura merungut. "Aku belanja Mc D?" Lisa buat-buat berfikir. "Pizza? "Soal Lisa kemudian, sengaja mahu main tarik tali dengan Sharil . Dia sengaja ingin melihat sejauh mana kesungguhan sepupunya yang sorang ni. "Hmmm tambah lagi satu untuk aku tapau bawak balik. Dan yang ni, "Lisa menunjukkan makanan yang sedang dimakan. "Kau belanja." Lisa ketawa. "Tamaknya kau ni..,Ok, deal. Tapi aku hairanlah, kau makan banyak pun, badan kau tetap slim dan cantik."Puji Sharil ikhlas. "Dah, tak payah nak puji aku, kau setuju dengan syarat tadi, dah kira jadilah" Lisa mencebik. "So, How?"  Soal Sharil kemudian. Lisa tersenyum bermakna. Sharil tak sabar menanti. 




*************************************




 Dia pun tak menyangka yang dia seberani itu. Berani. Malu sebenarnya. Ntah apa difikirkan awek lelaki beruk tu. Sebenarnya, dia bukannya nak sangat ganti rugi duit coklat tersebut. Entah ia, entah tidak, coklat tersebut Sharil yang menyebabkan hilang. Manalah tahu, dia lalai sendiri. Cuma, Dyana tiba-tiba berasa tidak senang dan cemburu melihat kedua pasangan tersebut. Dia teringin melihat wajah kekasih lelaki beruk tersebut dari dekat. Memang cantik. Tapi, dia apa kurangnya , ramai yang cakap wajahnya saling tak tumpah macam pelakon drama TV3 Tentang Dhia tu, Nora Danish.Isyy.. nama watak pun nak dekat same Dya dan Dhia .Yang peliknya, lelaki beruk tu; diam jer bila dia bercakap, manakala; awek lelaki beruk tersebut Cuma tersenyum sambil membayar ganti rugi tersebut. Itu yang membuatkannya bertambah geram. Apasal aku rasa cemburu pula melihat lelaki tu sudah ada kekasih. Bukan ke aku benci kat dia sangat-sangat. Aku tak boleh macam ni. Tapi bila aku mendengar Zila memuji lelaki beruk tu, aku rasa lain macam. Apa perasaan yang ada pada aku ni. Tak boleh, Lelaki tu, bukan lelaki yang baik. Pertamanya, lelaki itu melanggar aku hingga menyebabkan dia terpaksa pulang ke rumah Angah dengan menaiki teksi. Keduanya, lelaki beruk itu yang telah menyebabkan, dia kehilangan coklat yang hendak diberi kepada anak-anak buahnya. Kemesraan mereka semalam, betul-betul mengundang cemburu di hatinya. Agggh! Kenapa dengan aku ni? Adakah ini yang dikatakan cinta? Yang membuat marah menjadi sayang dan benci menjadi rindu? Dyana keliru dengan perasaan yang di alaminya kini. 






Bersambung .....










Suka Entry ni? Like la !!

Tuesday, 29 November 2011

cerpen : ohh no!!! aku jatuh cinta -Part 2-






Errr  errr..aaa tak ada sape-sape lah Kak Yus, Dya pun tak kenal dia.Dyana tergagap-gagap menjelaskan keadaan sebenar kepada Kak Yus. Kak Yus sengaja buat muka mengugut. Kalau tak nak bagitau pada Kak Yus, tak apa nanti Kak Yus bocorkan rahsia Dya keluar hari ni.Ah kakak iparku ini sudah buat perangai pulak! Nilah satu contoh, orang melayu kita, suka mengugut bangsa sendiri. Janganlah Kak Yus, nanti Abang Ngah marahkan Dya.Dyana mula merengek. Kak Yus mengangkat kening di sebelah kiri. Perggh! Macam ZZ la Bukan Ziana Zain ye tapi, Zurina Zamri. Jiran sebelah rumah Mak Andak kat kampung nun. Yang kerjanya cuma menyanyi. Tak kiralah dimana ceruk perantauan, hatta di pelantar dapur pun jadi. Tapi pernah juga masuk pertandingan menyanyi kat kampung. Menang beb! Menang . Ni apa termenung ni, nak cakap ke tidak?Ah, kakakku yang sorang ni, rasa nak telan Minyak Angin Cap kaki tiga jer sekarang. Aku Cuma ada dua pilihan. Berterus-terang ataupun berdalih. Getus hatinya perlahan. Bukan dia tidak mahu berkongsi cerita dengan kakak iparnya tu, tapi dia pun tak tahu nak mulakan dari mana. Sebenarnya Kak Yus
             ..............


Ucu Dya dah balik.. yea.. yea..Suara jeritan anak-anak Kak Yus menyebabkan rumah menjadi riuh. Alif dan Fika berlumba-lumba menaiki tangga menuju kebilik Dyana. Dyana menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kehadiran anak-anak Kak Yus membuat Kak Yus terlupa akan soalannya tadi. Fika segera memeluk Dyana dan menciumnya. Dyana segera mengangkat Fika keribanya. Ucu Dya, Fika lawan dengan adik, siapa sampai dulu dapat coklat besar. Fika dah sampai dulu, jadi mana coklat Fika? Fika segera menghulurkan tangannya. Alif juga turut menyelit disebalik kakaknya sambil menghulurkan tangan. Alif pun dah campai Ucu Ya..Suara Alif yang pelat dan pertandingan memanjat tangga yang dianjurkan Fika mengundang tawa Dya. Disini dia terhibur melihat telatah anak-anak buahnya. Jangan gaduh-gaduh, Ucu Dya nak bagilah ni, dua-dua dapat coklat. Dyana segera mencapai begnya dan tangannya segera meraba-raba bahagian poket beg sandangnya. Coklat yang dibeli sudah tak ada. Kemana pulak perginya? Dyana jadi hairan. Setahunya memang dia ada membeli untuk mereka. Mungkin? Dyana segera merengus marah, mungkin ketika lelaki beruk tu meletakkan begnya kebawah, coklat tersebut jatuh tanpa sedar. 




Yusma yang menyedari Dyana agak kalut segera menyelamatkan keadaan. Kalau nak makan coklat, Fika pergi mandi dulu dengan adik. Badan tu dah busuk,Kak Yus segera mengarahkan anak-anaknya mandi. Fika nak tunggu coklat dengan Ucu Dya mama, tadi Ucu Dya kan dah janji nak belikan untuk Fika dan adik coklat. Kan adik? Jawab Fika petah. Dyana memandang Kak Yus tanpa dapat menjawab apa-apa. Tiada coklat, cuma wajahnya berubah semakin kelat. Kak Yus bawa budak-budak turun mandi dulu. Ingat, Dya hutang Kak Yus satucerita.Dia mengenyitkan matanya pada Dyana sebelum beredar. Huh! mana pergi coklat ni




***************************** 




Bila difikirkan semula semua tindakannya, Sharil merasakan dia seperti orang gila. Apa tidaknya, dia sanggup meninggalkan client nya, keretanya di tempat parking semata-mata mengejar gadis singa tersebut. Tapi bila difikirkan sekali lagi dirasakan segalanya berbaloi. Apa tidaknya, dia bukan saja dapat naik satu bas dengan gadis singa tu, malah dapat duduk bersebelahan. Masih terbayang wajah comel itu masam ketika dia meletakkan beg gadis tu ke bawah. Dia tak tahu nak buat apa, keletihan dia berlari mengejar bas tersebut memaksa dia untuk duduk melepaskan lelah. Lahir bulan apa lah agaknya gadis singa tadi, garang betul. Tapi Sharil faham mengapa gadis singa itu marah kepadanya. 




Peristiwa di airport mula menjengah di kepalanya. Tatkala matanya melilau mencari adik kepada rakan sekerjanya, kelibat gadis ini betul-betul menghalang laluan pandangan matanya dari memandang ke arah lain, selain dari memandang wajahnya yang agak cute, hmmm.. bukan, sebenarnya memang cute. Tak semena-mena dia mengikut gadis tersebut dan sengaja buat-buat terlanggar. Mengamuk betul gadis singa tersebut. Dan dia sekadar tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Orang ramai yang memandang buat tak endah. Mungkin bagi mereka kemalangan seperti itu sudah biasa berlaku. Tanpa sempat dia meminta maaf di atas kesalahan yang disengajakan, gadis itu berlalu begitu saja. Dia yang terpinga-pinga di situ segera mula mencari tujuannya yang asal. Mengambil adik sahabatnya dan juga merupakan rakan sekerjanya. 




Firdaus menepuk bahu Sharil, membuatkannya tersentak. Khayalan tentang gadis singa tadi hilang sekelip mata. Firdaus mengangkat kening dan mukanya bertanya kenapa. Bahasa badan seperti itu sudah biasa dibuat oleh Firdaus. Malah bahasa-bahasa badan yang lain pun turut dihafalnya. Ditangannya, ada sekeping fail yang sedang dibelek-beleknya. Tiba-tiba Firdaus berhenti menyelak, dan merenung tepat ke arah Sharil. Kenapa kau pandang aku macam tu?Soal Sharil gugup. Bahasa badan seperti ini juga turut dihafalnya. Dia tahu Firdaus ingin bertanya sesuatu dan mahu dia menjelaskan sesuatu. Bukan aku ke yang sepatutnya tanya kau, kenapa kau buat macam ni? Ada something happen yang aku tak tahu ker?Soal Firdaus kembali. Firdaus kembali membelek-belek fail yang dipegangnya. Memberi peluang pada Sharil untuk menjelaskan. Tarrappapa lah..janganlah pandang aku macam tu, Fir.Sharil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Ok. Aku salah. Tapi aku kan dah minta maaf. Aku memang dah cari adik kau tu. Tapi tak adapun. Berpusing kat airport tu aku cari. Aduhhh  Sape namanya? Alah...hmmm...hmm... Sharil kemudian mengetip ibu jarinya dengan jari telunjuk untuk cuba mengingatkan nama adik sahabatnya. Bahasa badan yang selalu digunakan oleh Sharil ketika dia cuba mengingatkan sesuatu perkara yang dirasakan payah untuk diingat. Firdaus memeluk tubuhnya sambil menanti reaksi Sharil yang seterusnya. Apalah payah sangat nama adik kau tu, tieya,mieya,diya,haaa..Dyana. Tingkah Sharil yang agak kalut seperti ada sesuatu yang disembunyikan dapat dibaca oleh Firdaus. Tapi memang aku tak jumpa. Aku siap junjung nama dia atas kepala lagi. Tapi tak ada sorang pun yang datang.Jelas Sharil membela diri.




 Memang Firdaus ada meminta bantuan Sharil untuk mengambil adiknya dari airport. Namun, dari apa yng diketahuinya, adiknya itu pulang dengan menaiki teksi. Niat hatinya ingin mengenalkan Sharil dengan adiknya tidak kesampaian. Ok jugak. Yang tu aku boleh terima alasan kau. Tapi ada apa-apa yang paling important kau terlupa nak bagitau kat aku ker? Firdaus mengetuk-ngetuk sebatang pen kat atas meja perlahan. Bahasa badan seperti itu bermaksud meminta Sharil menjelaskan satu hal yang lebih penting. Sharil terdiam. Aku terpaksa memohon maaf dari client, membuat mesyuarat tergempar sedangkan kau entah kemana, hilang tanpa penjelasan, aku terpaksa kendalikan mesyuarat dengan menjawab soalan-soalan dari client. Kau tau yang kita hampir kehilangan tender ni? Macamana aku nak mengyakinkan semula pada client kita bahawa syarikat kita mampu berkerjasama dengan mereka?Soalan yang bertalu-talu daripada Firdaus membuatkan Sharil benar-benar rasa bersalah. Syarikat ni adalah syarikat dari usaha mereka bersama. Dia tak patut membebankan Firdaus atau menyebabkan syarikatnya kerugian.Maafkan aku Fir...Sharil sekadar tunduk. Firdaus menghampiri Sharil dan menepuk bahunya berkali-kali. Bahasa badan seperti ini bermaksud Firdaus mengetahui sesuatu. 




So, siapa? Firdaus tiba-tiba bertanya sambil berdehem. Siapa.. apa? Soal Sharil kembali. Sharil bingung dengan soalan Firdaus yang tiba-tiba dan bersahaja. Siapa yang buat kau jadi macam ni?Tanya Firdaus sekali lagi. Namun dilihat Sharil masih berdiam diri. Come on lah Sharil, bukan baru hari ini aku kenal kau. Apa kau dah lupa yang tindakan kau ni sama seperti masa mula-mula kau jumpa Adira dulu. Kau sanggup keluar dari dewan kuliah semata-mata nampak kelibat Adira lalu dan mula mengejarnya. Sanggup meninggalkan study group semata-mata ingin berbual dengan Adira. Tapi kau jangan sekali-kali bagitau pada aku yang kau pura-pura tak sengaja terlanggar perempuan tu semata-mata nak berkenalan dengan dia. Kalau kau buat perkara yang sama seperti sewaktu kau mula-mula nak berkenalan dengan Adira dulu, aku tak tahu nak cakap apa. Firdaus mengangkat kening dan menggaru dagunya. Bahasa badan yang ditunjukkan oleh Firdaus bermaksud dia sedang menanti jawapan. Terdengar keluhan dari mulut Sharil. Dia kemudian menekan pangkal hidungnya dengan jari telunjuk. 




Aku tidak pernah sekali-kali lupa pada arwah Adira, Fir. Dia cintaku yang pertama.Ingatan Sharil melayang pada arwah Adira. Adira yang dirasakan cukup sempurna dari serba serbi. Lemah lembut, bersopan, ayu, wajahnya yang sentiasa tersenyum membuat hatinya sentiasa tenang. Dan disebalik senyuman yang tak pernah lekang dari bibir Adira, dia tidak tahu bahawa gadis pujaannya sebenarnya telah lama menghidap barah otak yang serius. Impian yang sedang cuba dibina bersama Adira hancur berkecai. Sharil melepaskan keluhan berat kemudian tergelak kecil. Aku memang tak dapat sorok apa-apa daripada kau kan?. Macam ni aku tak ada langsung rahsia peribadilah ye..Seloroh Sharil sambil menumbuk bahu Firdaus. Arwah dah lama pergi, Ril. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup seperti biasa. Sampai bila kau nak terus hidup macam ni, mengenang arwah Adira yang tak pernah ada kesudahannya. 




Aku anak dah dua, kau tak cemburu pada aku ker? Tak teringin nak punya keluarga sendiri?Firdaus sengaja menggunakan psikologi untuk mengetahui apa yang ada tersimpan dalam hati sahabatnya. Patutlah Sharil tidak berjumpa dengan adiknya, rupa-rupanya ada gadis lain yang menarik perhatian Sharil. Sekurang-kurangnya berjumpa dengan seseorang yang lain selain daripada memikirkan perkara yang dah lama berlalu itu juga satu petanda yang baik. Fikir Firdaus. Kau dah pikat dia?Soalan Firdaus membuat Sharil tak mampu menahan tawa.Itulah masalahnya sekarang, nama, alamat, no telefon atau apa-apa petunjuk tentang gadis tu langsung aku tak tahu. Lagi satu yang kau perlu tahu, gadis tu garang nak mampus. Aku tak tahu macamana nak berkenalan dengan dia.Sharil menjawab jujur. Macamana kau boleh tau perempuan tu garang? Kau cakap tak tahu apa-apa pun tentang dia? Firdaus memandang Sharil dengan seribu pertanyaan dikepalanya. Firdaus mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sesuatu kemudian menyambung, Jangan kau beritahu pada aku yang kau dah sengaja langgar perempuan tu sebab nak berkenalan, dan dia marah pada kau,Firdaus menyoal dan dilihat Sharil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Aku ingat, dia lembut macam Adira,balas Sharil lurus. Oh No! Pekik Firdaus kemudian. 






Bersambung ....










Suka Entry ni? Like la !!

Monday, 28 November 2011

cerpen :ohh no!! aku jatuh cinta -Part 1-




Boleh alihkan beg awak tak?Pertanyaan yang tiba-tiba daripada lelaki yang tidak dikenalinya, membuat Dyana tersentak. Lelaki ni lagi. Kenapa nak duduk sini? Tempat lain tak ada kosong ke? balas Dyana garang. Mak ai..garangnya..nasib baik muka ada cun sikit. detik hati Sharil. Maaf ye saudari,tempat semua dah penuh. Kebetulan ini saja kerusi yang saya nampak kosong, Dan saya telah bayar untuk tambang bas ni, supaya dapat tempat duduk. jawab Sharil sopan seperti sedang menghadap lecturer sewaktu menjelaskan soalan yang diajukan.




 Sharil kemudian tersenyum dan menyambung. Dia mengerutkan dahinya seolah-olah hairan. Hmmm..beg awak ni, bayar tambang bas jugak ker? Sharil bertanya selamba. Dyana merengus kasar, kemudian menoleh kebahagian belakang. Memang betul semua tempat duduk dah penuh bisik Dyana perlahan. Tapi dia tetap tak mahu lelaki ini duduk disebelahnya. Dyana memandang Sharil dari atas ke bawah. Pakaian punyalah smart, macam kerja pejabat tapi naik bas, getus hatinya lagi. Sharil melihat bajunya, kalau ada apa-apa yang tak kena. So exuse me saudari, sekali lagi saya ulang, boleh tolong alihkan beg awak tak?Dyana buat tak dengar. Dia segera mengeluarkan walkman dari dalam begnya kemudian meletakkan earphone di kedua-dua belah telinga dan memasangnya dengan kuat tanpa mempedulikan Sharil yang sedang berdiri disebelahnya. Lagu Penghujung Cintaku dendangan Pasha Ungu dan Adelia menyapa gegendang telinganya. Peduli apa aku, padan muka dia. Hari tu, siapa suruh cari pasal dengan aku, Getus hati Dyana.




 Reaksi yang ditunjukkkan oleh Dyana membuat Sharil bengang. Apa kena dengan minah ni, tadi tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Pastu leh buat dek pulak. Ah, masak aku!kaki Sharil mula terasa lenguh. Sudah lebih dari 13 minit dia terpaksa berdiri semata-mata ingin mendapatkan tempat duduk dari singa ni. Sharil segera mengangkat beg Dyana dan meletakkan beg berwarna ungu cair tersebut ke bawah. Tindakan berani mati yang dilakukan oleh Sharil membuat Dyana tercengang.how dare u? Suara Dyana yang tinggi menarik perhatian penumpang di dalam bas. Sharil sekadar mengangkat bahunya dan kemudian berpura-pura menguap seolah tiada apa yang berlaku. Dyana segera mengambil begnya semula sambil merengus. Dia cepat-cepat memalingkan wajahnya ke tingkap. Benci betul melihat muka lelaki penyibuk disebelahnya. Entah apa malang nasibnya, sekali lagi terpaksa berdepan dengan lelaki beruk ni. Hari ni jugaklah kereta ni nak buat hal. Jangan esok aku naik bas lagi, sudahlah. Tak kuasa aku nak jumpa mamat poyo ni hari-hari. Sharil ketawa di dalam hati melihat reaksi Dyana. 




 ******************************** 




Tak guna betul mamat tu. Dyana menghempas begnya ke atas katil. Salahnya juga taknak dengar cakap abang Ngah dengan Kak Yus. Abang Ngah dah pesan, kalau nak keluar kemana-mana, tunggu hari cuti. Dia akan bawa keluar. Tapi Dyana betul-betul bosan kerana asyik terperuk kat rumah. Sudah 4 hari dia tak buat apa-apa. Jadi dia mengambil keputusan untuk keluar membeli majalah dan novel untuk bahan bacaan. Sudahnya dia terpaksa berdepan dengan mamat yang sama. Si penyibuk tu. Kalaulah ada Zila, pasti dia tidak akan kesorangan. Tak sabar rasanya hendak di ceritakan kejadian malang yang menimpanya beberapa hari ini. Zila adalah teman baiknya sewaktu di universiti. Teringat tentang Zila sudah seminggu Zila pulang ke kampungnya, di Kelantan. Namun, tidak ada sebarang khabar berita dari sahabatnya. Tamat saja pengajian mereka di London, Zila terus pulang ke kampung, untuk menjenguk keluarganya. Puas juga dihubungi Zila, namun jawapannya tetap sama,Harap maaf, Nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih.!! Hendak tak hendak terpaksalah Dyana menunggu panggilan dari Zila.




 Awal Dya balik? dah makan ke? Wajah kakak iparnya tiba-tiba muncul. Belum lagilah Kak Yus, tak sempat nak makan kat luar tadi. Kak Yus masak apa hari ini? Sorry lah Kak Yus, Dya tak tolong Kak Yus masak hari ni..Dyana tersengih. Takpe, Kak Yus boleh masak sendiri. Bukan tak biasa pun. Hmm..Dya beli buku apa tadi? Soal Kak Yus kemudian. Dyana menggosok batang hidungnya dan tangannya segera mencapai dua buah novel yang baru dibelinya tadi dan beri kepada kakak iparnya. Soal Hati dan Plaine Jane? Kak Yus mengerutkan dahi. Kenapa Kak Yus? Dyana merasa hairan melihat reaksi Kakak iparnya. Nampak menarik, penulis baru ker? Soal Kak Yus. Dia segera mengangguk tanda mengiyakan kata-katanya. Kak Yus baca satulah, Dya baca lagi satu ye..Nanti dah habis baca kita boleh tukar. Usul Kak Yus kemudian. Dyana segera mengangguk sambil tersenyum. Kak Yus semenjak ada Alif dan Fika, langsung dah tak ada masa nak beli novel baru.Cerita Kak Yus tanpa dipinta. Mendengar nama anak-anak Kak Yus, terbayang wajah-wajah comel yang nakal.




Abang Firdaus tak cakap bila Dya boleh mula kerja? Kak Yus tiba-tiba mengubah topik. Abang Ngah ada cakap yang Dya boleh cuba interview minggu depan. Apalah abang Ngah ni Kak Yus, dengan adik sendiri pun nak berkira. Dya kan ada Ijazah pengajian dan pengurusan. Dari Universiti Oxford di London lagi. Tak payahlah nak kena interview. Lecehlah Angah ni, Rungut Dyana kemudian. Mulutnya dimuncungkan. Kak Yus ketawa melihat tingkah Dyana. Yelah nanti Kak Yus cuba cakap dengan Abang Firdaus. Tapi Kak Yus tak boleh nak janji apa-apa. Abang Firdaus kalau bab kerja memang serius, jelas Kak Yus. Dya sekadar mengangguk. Habis saja pengajiannnya di London, Abang Ngah segera mencadangkan agar dia berkerja di syarikat perkongsian milik abangnya dengan seorang rakan. Dia cuma mengikut saja. Untuk mencari pengalaman. 




Dahlah Dya pergilah makan, asyik bersembang jer..Eh, lupa pulak Kak Yus nak tanya, pandai pulak Dya pergi beli novel ni naik bas? Sebab setahu Kak Yus kalau nak naik teksi dari sini kena call dulu. Dya tunggu kat mana? Kereta dah hantar bengkel ke?Soalan Kak Yus serta-merta membuat Dya teringat tentang lelaki beruk tu. Dya naik bas lah kak Yus, lupa nak tanya no phone teksi, Jelas Dya. Tulah geramnya Dya naik bas tadi. Ada lelaki beruk tu. Menyibuk. Menyakitkan hati betul. Rungut Dyana tanpa sedar. Oppss!Dyana cepat-cepat menutup mulutnya. Kakak iparnya yang satu ni belum tentu lagi dia punya perancangan. Silap haribulan diberitahu pada suaminya, yang merangkap abang Ngahnya sendiri. Kalau pada FBI, atau Badan-Badan Bersatu, tak pula dia risau sangat. Memanglah dia tak payah risau, sebab tak ada kena-mengena pun dengan mereka. Parah. Abang Ngah pasti marah kalau dapat tahu yang dia keluar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Kak Yus spontan mengerutkan dahi. Siapa lelaki tu? Soal Kak Yus ingin tahu.




Bersambung ...........   






klik sini untuk sambungan Part 2 
cerpen :ohh no !! aku jatuh cinta -Part 2-


Suka Entry ni? Like la !!

Saturday, 26 November 2011

Study Vs Texting




heloo.. entry harini bertajuk study vs texting .. waaahh.. tengok saje lah gambo atas ni.  fon aku .( oke ..aku tau buruk dan x canggih berikutan takde function 3G atau pun wifi .) tapi fon tu tetap dihati aku sbb aku dah pkai lme kot ..since fom 4 . oke.. tu bukan masalahnya ..

 ape yang menimbulkan persoalan sebenarnya ialah KENAPA HENFON TU DOK DEKAT DENGAN BUKU TU ?  hahaha.. sepatutnya buku tak bole duk dekat2 ngn fon atau dengan erti kata lain. MASA TENGAH STUDY ..FON PERLU DI'BUANG' ,DIHUMBAN KE TEMPAT LAIN sebab 
...........

seriusly amat menggangu .. mungkin ..!! dan itu lah yang  telah berlaku pada aku .Pelik..  nak kata text dengan boyfriend . boyfriend pon xde .. ! wahh ..pelik..  text dengan sape nta .. lalalalala  ..dengan diri sendiri kah? hahaha .. Mujur aku masih blum sampai tahap 'gile' seperti itu .. 

jalan peyelesaian ? 


1. buang henfon,pura-pura terbaling fon dalam sungai atau lubang tandas 

2. fon bagi mak simpan,bagi nenek simpan,jiran or sape2 lah 

3.takut boyfriend/ girlfriend lari ? haah..buang gf n bf korang tu,
kalau die betol2 sayang die akan paham situasi korang yang tengah nak menuju             pintu kejayaan tu ..lalalalala..

4.patahkan sim kad . Relax la..  boleh renew blik ape..xpun bli je no baru. Bru RM 8.80    kot ..hihi

5.buat2 x tau/lupa apakah itu HANDPHONE ..

6.sedekah fon pada orang lain. dapat gak beramal ibadah kan . 




:: sendiri pon x sanggup nak buat semua tu .. hahaha ..  cakap saje lebih ..lalalaalala ::






Suka Entry ni? Like la !!

Friday, 25 November 2011

menghindari sifat malas








1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah  terkena tempias-tempias malas.

3. Doa – Amalkan doa ini.
“Allahumma inni a’udzu bika minal hammi wal hazan waa’udzu bika minal ‘ajzi walkasali wa a’udzubika minal bukhli wal jubni wa a’udzu bika min ghalabatiddain wa qahrirrijal.”
(Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang

4. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

5. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

6. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.



 :: kadang-kadang rase malas nak hidup ::






Suka Entry ni? Like la !!

Thursday, 24 November 2011

Tutorial header berpusing dan hilang







Hello .. cuba halakan cursor kat header atas ni .. berpusing-pusing then hilang kan?  wahh..  excitednya .. hahaha .. jum tengok cmne tutorial nya  ..


1. pergi kat dashboard > design > edit html


2.cari kod ni ..nak senang tekan ctrl dan F serentak untuk mudahkan pencarian .




.Header h1 { 
font: $(header.font); 
 color: $(header.text.color); 
  text-shadow: $(header.shadow.offset.left) $(header.shadow.offset.top)   
$(header.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .2); 
}


3.Jumpa ? langkah seterusnya ialah paste kod kat bawah ni kat BAWAH kod tadi ye 




.header:hover {  
padding-left:150px;  
-webkit-transition: 2s;  
-moz-transform: rotate(360deg);  
-webkit-transform: rotate(360deg);  
opacity:.01; 
}


4. siap dah  !!!  preview dulu then save ye ..  











Suka Entry ni? Like la !!

Sistem kepercayaan dan agama Thailand dan Mynmar







1.Agama bermaksud sistem kepercayaan dan amalan sesebuah masyarakat yang merupakan pancaran bentuk kerohanian, pegangan dan idea, sikap dan perlakuan terhadap kuasa ghaib supernatural, dewa-dewi, kuasa halus dan roh
•agama juga berkaitan upacara2 tertentu, pantang larang dll
•antara kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar ialah animisme, Hindu, Buddha dan Islam

2.animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling seperti pokok,batu, gunung dan sungai mempunyai semangat atau roh yang perlu dihormati dan dipuja
kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur2 ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta masyarakat di Thailand dan Myanmar mempercayai semangat luar biasa yang boleh mengawal kehidupan manusia di Thailand semangat ini dipanggil phi dan di Myanmar nat yang akan disembah melalui ramalan nujum2, demi mengelakkan kejadian buruk


3.Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia, bermula di Negara India pada zaman Veda (200 S.M – 1000 S.M), agama ini tiada pengasas.
–terdapat empat veda yang penting iaitu Rig Veda,Atharva Veda,Yajur Veda dan Sama Veda – menyatakan bagaimana upacara2 keagamaan harus dilakukan
–penganut berpegang kepada kitab Brahma Upanishad dan epik Ramayana serta Mahabrata
–penganut agama Hindu juga menpercayai tiga dewa utama iaitu dikenali sebagai
–trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) dan
–Dewa Siva (Dewa Pemusnah).
–menekankan hukum karma dan kelahiran semula yang bergantung kepada perbuatan yang dilakukan semasa hidup. Mereka juga berusaha mencapai Nirvana atau Mokhsa supaya tidak dilahirkan semula


4. Agama Buddha
•diasaskan oleh Putera Sidartha Gautama di India yang telah meninggalkan istana untuk mencari erti hidup yang sebenar.
•Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia dan manusia yang suci akan mencapai Nirvana
•masyarakat di Thailand dan Myanmar mengamalkan agama Buddha mazhab Hinayana yang lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat


5. Agama Islam


•di Asia Tenggara ,Islam disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India
•Ajaran Islam memberi penekanan kepada aspek akidah dan syariah
•terdapat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman
•tumpuan pendakwah ke negara2 selatan Thai, selatan Filipina dan Kepulauan Melayu


KESIMPULANNYA

•Agama dan kepercayaan menjadi satu aspek yang penting dalam memandu kehidupan masyarakat dan mencorakkan pemerintahan negara
•Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sesebuah negara







Suka Entry ni? Like la !!

Wednesday, 23 November 2011

Ramalan sejarah 2 STPM 2011

  



membuat ramalan soalan yang akan keluar memang 1 risiko besar  ..  karang jadi macam Pengajian Am karang ..spot2 takde pon yang keluar ..  huhuhu. Tapi soalan spot sejarah 2 yang disenaraikan kat bawah ni dicadangkan sebagai soalan ramalan setelah beberapa analisa dibuat ..  terpulang untuk percaya atau tidak  ...  jum .. tengokk  !!




Sejarah Malaysia (bahagian A)


1.Peranan Pertubuhan UMNO ( Dato Onn Jaafar )
    menentang rancangan Malayan Union


2.Adat ,Struktur masyarakat,sistem beraja Perak


3.Pentadbiran SBUB di Sabah ,penentangan di Sabah


4.Bijih timah.getah dan ekonomi sara diri


Sejarah Asia ( bahagian B )


1.Agama dan kepercayaan masyarakat Asia
  (agama dan kepercayaan yang ada : Buddha ,Hindu,Shinto,
   Toisme,Confusius,Kristian ,Animisme dan sebagainya )


2.Perbandingan adat-adat di negara Asia 
   (Jepun ,China,Vietnam,India,Indonesia,Thai, Myanmar )


3.Perbandingan pemodenan Meiji,Chulalongkorn,Mongkut







::   good luck  !!!  ::









Suka Entry ni? Like la !!