Couple atau dalam istilah melayunya berpasangan memang dah sedia jadi trend budak-budak,remaja,belia,dewasa mahupun suami orang ataupun duda tak terlepas daripada terjebak dalam dunia per'couple'an ni.
Memang lah couple ni macam best ,sedap je bunyinya kan.Macam kat awang-awangan lah katakan.haha.Sampaikan sanggup bergolok gadai,habiskan duit gaji bulanan untuk labur kat pasangan korang,buang masa berfeeling2 dengan pasangan korang .Bila bergaduh je mood bertukar.Terus bertukar jadi Hulk la,jadi mak tiri sekejap lah..haha..macam2 lagi lah kan.
Tapi bila direnung-renungkan, perlu ke sebenarnya menjebakkan diri dalam dunia per'couple'an ni kan??
Ada sesetengah orang memang tak boleh hidup tanpa cinta.haha.Katanya hidup kosong tak bermakna lah kan.Tapi ada pula yang lebih senang memilih status single and available..
Nak kata couple ni semuanya bawak kesan negatif tak boleh jugakkan.Sebab ada jugak kesan positifnya.
- Berasa lebih bersemangat
Apabila kita mempunyai pasangan atau orang yang disayangi, secara aotomatik kita akan berasa lebih bersemangat.Kalau sebelum ni kita rasa malas sangat nak pergi kerja,tapi lepas bercouple dengan sorang awek cun kat tempat kerja korang,korang akan berasa lebih bersemangat untuk datang kerja.Bagi yang masih study lagi,budak sekolah lah kan,dorang akan berasa lebih bersemangat untuk datang sekolah sebab nak jumpa awek ,sekaligus rekod ponteng dorang pun akan bersih.
2. Tampil lebih cantik/comel/hensem/bergaya
Bila kita dah berpunya ni, kita mestilah sentiasa nak tampil kacak,cun,comel bergaya kan.Takut nanti couple kita tu cari lain pulak..ye tak? haha.Tapi bagus lah kan .. kire bonus lah tu.Kalau sebelum ni kita selalu muncul kat khalayak selekeh je,keluar pakai selipar toilet,baju pun berapa hari punya x cuci,deodorant jangan harap la nak pakai,minyak wangi jauh sekali.Tapi lepas dah bercouple ni terus bertukar imej,ada yang sampai mengalahkan artis gitu..kalah Kamal Adli kan.haha..hebat tak hebat kan !!
Kamal Adli |
3. Belajar menepati masa
Kalau sebelum couple kita ni seorang yang susah sangat nak menepati masa macam selalu datang kerja lambat ke,masuk kelas lambat sampai kne halau dek lecturer .Tapi keajaiban cinta (wah..!!) mengubah semuanya.Kita yang daripada tak reti nak tepati masa ni terus bertukar kepada seorang yang sgt hormat kat jam tu.Tapi kenapa?? sebab biasanya kalau kita dah janji nak keluar dating ngn pasangan couple kita tu,bile kita lambat je,pasangan kita tu confirm mengamuk baling2 kerusi.Jadi secara tak langsung benda ni menjadi perangsang pada kita untuk belajar menepati masa .
4. Berasa lebih disayangi/dihargai
Sebenarnya kasih sayang juga tergolong sebagai keperluan asas yang sangat penting.Semua orang ingin rasa disayangi dan dihargai.Ada sesetengah orang cakap "cukup la aku ada family yang sayangkan aku".
Tapi sebenarnya kasih sayang terhadap family lain auranya berbanding dengan pasangan couple kita tu.Bila kita merasa diri kita ni disayangi dan dihargai oleh pasangan couple kita tu,kita akan merasa "ahh...indahnya dunia ni kan"
Setiap perkara yang mendatangkan kesan positif tu pasti ada kontranya kan.Couple ni pun sebenarnya turut membawa kesan2 negatif .
KESAN NEGATIF COUPLE
- Mood tidak stabil
Biasa lah adat bercouple ni,ada pasang surut nya.Kejap2 mood kita jadi heppy gile macam dunia ni kita yang punya.Tapi kejap2 mood kita bertukar menjadi seperti seekor singa lapar yang sedia untuk mengaum.Kesan buruknya sampaikan kawan2 family kita pun takut nak bertegur dengan kita.
2. Hilang tumpuan
Bagi pasangan couple yang tengah hot menyulam asmara (errr ) sedikit sebanyak pasti prestasi study / kerja dorang akan terjejas.Sebab kenapa? bile kita dah declare dengan couple kita tu,secara tak langsung kita dah bersetuju memberikan komitmen pada hubungan kita tu.Contohnya,kene text,call couple kita tu hari2,jumpe setiap hujung minggu,teman die tgk wyg ,shopping n macam2 lagilah .Secara tak langsung,tumpuan kita terhadap kerja/study akan terjejas.
3.Hubungan dengan rakan-rakan terjejas
Bila tengah hot bercouple tu,kawan2 kita lupakan dah.Kononnya couple kita tu lah segalanya.Bila kawan ajak hangout je, macam2 alasan bagi padahal sebenarnya nak date dengan couple die.Tapi bila susah ,kawan2 juga lah dicari kan ..:)
4.Duit gaji melebur dengan cepatnya.
Kenapa melebur cepat? yela,kalau keluar date mestilah nk kene guna duit kan.Kena2 lagi dengan couple yang mata duitan..errr..elak2kan la kan.Satu lagi henfon mestilah nak kne ade topup sentiasa.Semuanya memerlukan duit.Belum lagi perbelanjaan untuk smbut suprise befday untuk couple kita lagi kan,present lain cerita..heee..Bagi pasangan yang romantik2 tu,mesti nak kene bg bunga hari2 kan.haha.bunga sejambak dah bpe kan.adei,hari2 boleh kopak jugak kan.
Tu lah antara kesan2 positif dan negatif daripada couple2 ni. Benda ni semua bergantung pada diri kita sendiri untuk menilainya sebenarnya. Tapi yang paling penting sekali ialah jangan sampai cinta pada manusia melebihi cinta kita pada Tuhan ..:)
6 comments:
betul3!!!
sya sokong ni. hehehe. sebab sya pun bukan jenis yg bkapel. :P
yeah ....cool..:)
nope..i hope to get married sooner..;l
:P :) terbaik !!!!!!!!
kapel biaq jadi lagi elok..kalau jadik lagi xelok..sendiri mau pikiaq la noo.. ;-)
Post a Comment