! Bila Si Gadis Berbicara !: August 2011
Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday 21 August 2011

YEY ! HADIAH SPECIAL !!

 


Hari ni je balik dari sekolah .. Mak aku dengan muke yang penuh kesuprise'an berkata.


"Mak ada hadiah special tuk ko! " Dengan wajah yang bersinar2 mak aku berkata.


Aku pulak dengan wajah yang sangat excited dan berkobar-kobar menjawab .."Wah ! apakah ??"


Dalam hati berkata dah lame mak aku tak bagi hadiah tuk aku yang macam suprise kan .Selalu nya hadiah dari mak aku berupa permintaan daripada aku .Errr..paham kan.?? .Maksudnya ,bila aku mintak sesuatu mak aku bagi tu kire hadiah la kan .


Mak aku yang masih dengan wajah excited dan bersinar-sinar terus menjawab pertanyaan dari aku dengan wajah yang selambe.


Nak tau hadiah nye apa?


Errrr...  MEJA SETERIKA!!!!!


GAMBAR HIASAN SAHAJA.(MEJA SETERIKA AKU LAGI CUTE )






Memang sukar nak ditafsirkan apa perasaan aku ketika itu .Ingatkan nak bagi kereta ke, bagi harta pusaka ke,cakap ade anak raja datang meminang ke kan ..Rupa-rupanya ..MEJA SETERIKA ..


Kenapa aku tak excited pun dengan hadiah tu ? Sebab , lepas ni dengan meja seterika yang baru dan agak cute tu ,mesti lagi banyak baju yang aku kena iron lepas ni...Huarghhh..  aku paling tak suka gosok baju ..  Penat ..  sebab memerlukan penilitian yang amat tinggi .kena pastikan setiap sudut baju tu licin.. kan3..


Errr.. itu je lah untuk entry kali ni ..  huhuuuhuh.. apa-apa pun ..thanks mak bagi hadiah tu ..hehehehe..  :)


Suka Entry ni? Like la !!

Wahai Lelaki !

 

1.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. 1st date la kan,mesti rasa takut-takut .Mana tau tu jadi date terakhir pulak kan..sape tau..  





2.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.Jadi orang lain sekali sekala tak salah kot kan kalau nak pikat seseorang tu. Kan ?  





3.Bila seorang lelaki berkata ..."Emmm,tengoklah dulu macam mane!" Ayat tu ayat familiar kalau seseorang tu berkata tidak atau kurang setuju .

menyampah lak aku tgk mamat atas ni..haha


4.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal,dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya .






5.Adalah biasa lelaki cemburu apabila perempuan acap kali menyebut nama lelaki lain di hadapannya.




6.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan ,lelaki juga rasa sedih,cuma dia tak tunjuk kesedihan kat orang lain

alala...buruknyerr. 


7.Adalah amat memalukan bagi seorang lelaki yang tidak dapat membantu wanita 






8.Kebanyakan lelaki amat lemah dengan air mata perempua.Lebih lemah lagi apabila air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihinya .Keran itulah air mata  dikatakan senjata kaum wanita . :)





ini hanya pandangan peribadi semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah pergi  :)
Suka Entry ni? Like la !!

Friday 19 August 2011

Sabun Di Bilik Mandi.


Dalam keadaan hujan yang lebat kat luar rumah ,aku tergerak untuk tulis entry ni..Kalau tengok tajuk mesti akan teringat kat petikan daripada filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Laksamana Do Re Mi. 

Jom Tengok  jap!






hahahaha..  Kalau orang yang faham dengan adengan ni mesti akan fikir..  eeee..  hahaha..bagi yang tak faham diorang mungkin akan terlopong.


Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat entry ni sebenarnya.Aku nak bercerita sikit tentang habit pelik yang aku ade iaitu tabiat suka mencium / menghidu/ memegang sabun .Sabun yang aku maksudkan ialah sabun mandi dan juga sabun cuci baju tu ha. huhu.Kadang rasa nak makan pun ade ..haha


sekadar hiasan




hiasan sahaja


Pada mulanya aku pun tak tau macam mane aku boleh ade habit mengarut cmni.Dan aku pun perasan mak aku pun ade habit yang sama.Die suka hidu sabun.Boleh dikatakan hobi die ialah membeli sabun ..Kalau kiteorang pergi shopping mall ke kedai mane2 lah ,kalau tibe2 mak aku hilang ,aku akan cari die kat tempat sabun, dan memang betul mak aku ade kat tempat sabun tu.. yeah. Hebat kan aku ,betul2 memahami ..  
(ceh ,puji diri :p)


Setelah aku mengamati habit yang mak aku ade tu aku dapat kesimpulan bahawa habit mak aku menurun ke aku ..Bak kata pepatah  "Mak borek anak rintik" haha.Mak aku pernah gak cerita masa die mengandungkan aku dulu die sangat suke dengan sabun.Ternyata perangai pelik yang mak aku ade mase die mengandungkan aku dulu menurun ke aku.huu.


Sehingga kini aku masih tak dapat buang lagi habit aku yang suke sangat mencium/menghidu dan bermain dengan sabun tu..kih3.  Best gile.. wangi je kan .. Kalau la aku dapat makan sabun tu kan best  ..:p




p/s :  entry ini hanya untuk suke2 ...Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi :)


.

Suka Entry ni? Like la !!

Friday 12 August 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah




NAMA :  Norhidayah Sukri


HOBI : Melayari internet, menonton wayang ,shopping & bace majalah berunsur sains ..(hahaha)


nak join sekali ?  tekan sini !!      Tapi make sure follower kurang dr 500 orang .. :)  




Nur Fateha Asmuni  nak join x?  
  


Suka Entry ni? Like la !!

PERLU KE COUPLE??


Couple atau dalam istilah melayunya berpasangan memang dah sedia jadi trend budak-budak,remaja,belia,dewasa mahupun suami orang ataupun duda tak terlepas daripada terjebak dalam dunia per'couple'an ni.


Memang lah couple ni macam best ,sedap je bunyinya kan.Macam kat awang-awangan lah katakan.haha.Sampaikan sanggup bergolok gadai,habiskan duit gaji bulanan untuk labur kat pasangan korang,buang masa berfeeling2 dengan pasangan korang .Bila bergaduh je mood bertukar.Terus bertukar jadi Hulk la,jadi mak tiri sekejap lah..haha..macam2 lagi lah kan.


Tapi bila direnung-renungkan, perlu ke sebenarnya menjebakkan diri dalam dunia per'couple'an ni kan??


Ada sesetengah orang memang tak boleh hidup tanpa cinta.haha.Katanya hidup kosong tak bermakna lah kan.Tapi ada pula yang lebih senang memilih status single and available..


Nak kata couple ni semuanya bawak kesan negatif tak boleh jugakkan.Sebab ada jugak kesan positifnya.



                                                           KESAN POSITIF COUPLE 




  1. Berasa lebih bersemangat


          Apabila kita mempunyai pasangan atau orang yang disayangi, secara aotomatik kita akan berasa lebih bersemangat.Kalau sebelum ni kita rasa malas sangat nak pergi kerja,tapi lepas bercouple dengan sorang awek cun kat tempat kerja korang,korang akan berasa lebih bersemangat untuk datang kerja.Bagi yang masih study lagi,budak sekolah lah kan,dorang akan berasa lebih bersemangat untuk datang sekolah sebab nak jumpa awek ,sekaligus rekod ponteng dorang pun akan bersih.








      2.   Tampil lebih cantik/comel/hensem/bergaya


            Bila kita dah berpunya ni, kita mestilah sentiasa nak tampil kacak,cun,comel bergaya kan.Takut nanti couple kita tu cari lain pulak..ye tak? haha.Tapi bagus lah kan .. kire bonus lah tu.Kalau sebelum ni kita selalu muncul kat khalayak selekeh je,keluar pakai selipar toilet,baju pun berapa hari punya x cuci,deodorant jangan harap la nak pakai,minyak wangi jauh sekali.Tapi lepas dah bercouple ni terus bertukar imej,ada yang sampai mengalahkan artis gitu..kalah Kamal Adli kan.haha..hebat tak hebat kan !!


Kamal Adli




        3.    Belajar menepati masa


              Kalau sebelum couple kita ni seorang yang susah sangat nak menepati masa macam selalu datang kerja lambat ke,masuk kelas lambat sampai kne halau dek lecturer .Tapi keajaiban cinta (wah..!!) mengubah semuanya.Kita yang daripada tak reti nak tepati masa ni terus bertukar kepada seorang yang sgt hormat kat jam tu.Tapi kenapa?? sebab biasanya kalau kita dah janji nak keluar dating ngn pasangan couple kita tu,bile kita lambat je,pasangan kita tu confirm mengamuk baling2 kerusi.Jadi secara tak langsung benda ni menjadi perangsang pada kita untuk belajar menepati masa .




         4.   Berasa lebih disayangi/dihargai


              Sebenarnya kasih sayang juga tergolong sebagai keperluan asas yang sangat penting.Semua orang ingin rasa disayangi dan dihargai.Ada sesetengah orang cakap "cukup la aku ada family yang sayangkan aku".
Tapi sebenarnya kasih sayang terhadap family lain auranya berbanding dengan pasangan couple kita tu.Bila kita merasa diri kita ni disayangi dan dihargai oleh pasangan couple kita tu,kita akan merasa "ahh...indahnya dunia ni kan"




Setiap perkara yang mendatangkan kesan positif tu pasti ada kontranya kan.Couple ni pun sebenarnya turut membawa kesan2 negatif .


KESAN NEGATIF COUPLE    



  1. Mood tidak stabil                                                                                                                                       
Biasa lah adat bercouple ni,ada pasang surut nya.Kejap2 mood kita jadi heppy gile macam dunia ni kita yang punya.Tapi kejap2 mood kita bertukar menjadi seperti seekor singa lapar yang sedia untuk mengaum.Kesan buruknya sampaikan kawan2 family kita pun takut nak bertegur dengan kita. 



      2.   Hilang tumpuan

Bagi pasangan couple yang tengah hot menyulam asmara  (errr )  sedikit sebanyak pasti prestasi study / kerja dorang akan terjejas.Sebab kenapa? bile kita dah declare dengan couple kita tu,secara tak langsung kita dah bersetuju memberikan komitmen pada hubungan kita tu.Contohnya,kene text,call couple kita tu hari2,jumpe setiap hujung minggu,teman die tgk wyg ,shopping n macam2 lagilah .Secara tak langsung,tumpuan kita terhadap kerja/study akan terjejas.




      3.Hubungan dengan rakan-rakan terjejas

Bila tengah hot bercouple tu,kawan2 kita lupakan dah.Kononnya couple kita tu lah segalanya.Bila kawan ajak hangout je, macam2 alasan bagi padahal sebenarnya nak date dengan couple die.Tapi bila susah ,kawan2 juga lah dicari kan ..:) 



     4.Duit gaji melebur dengan cepatnya.

Kenapa melebur cepat? yela,kalau keluar date mestilah nk kene guna duit kan.Kena2 lagi dengan couple yang mata duitan..errr..elak2kan la kan.Satu lagi henfon mestilah nak kne ade topup sentiasa.Semuanya memerlukan duit.Belum lagi perbelanjaan untuk smbut suprise befday untuk couple kita lagi kan,present lain cerita..heee..Bagi pasangan yang romantik2 tu,mesti nak kene bg bunga hari2 kan.haha.bunga sejambak dah bpe kan.adei,hari2 boleh kopak jugak kan.
 



Tu lah antara kesan2 positif dan negatif daripada couple2 ni. Benda ni semua bergantung pada diri kita sendiri untuk menilainya sebenarnya. Tapi yang paling penting sekali ialah jangan sampai cinta  pada manusia melebihi cinta kita pada Tuhan  ..:) 

Suka Entry ni? Like la !!

TAJUK RAMALAN KARANGAN BAHASA MELAYU STPM 2011









Bagi calon-calon yang akan mengambil peperiksaan STPM untuk tahun 2011( termasuklah aku  ) study la ye tajuk-tajuk karangan Bahasa Melayu yang jadi spot untuk keluar exm tahun ni ye...


 Isu yang Dicadangkan Pada Tahun 2011 


Isu yang disenaraikan di bawah belum pernah dikemkakan lagi dalam peperiksaan STPM dari tahun 2002 hinggalahtahun 2010. Oleh itu, isu yang disenaraikan di bawah ini bolehlah dijadikan latihan untuk menulis karangan. Dengan berdasarkan analisis isu tersebut, terdapat juga isu yang dikemukakan sebanyak dua kali iaitu perpaduan kaum.Selain isu yang dicadangkan di bawah, cubalah isu-isu lain yang boleh dibincangkan dengan guru dan rakan





  •  Pemanasan Global
  •  Penganjuran Sukan Peringkat Antarabangsa
  •  Bangunan atau Tempat Bersejarah
  •  Bencana Alam
  • Kecemerlangan Pendidikan/Sekolah Berprestasi 
        Tinggi 
  •  Perniagaan Internet 
  •  Jenayah Ragut 
  •  Penggunaan Kad Kredit 
  •  Masalah Perumahan
  • Penyakit kanser 
  •  Gejala Pembuangan Bayi 
  •  Masalah Keracunan Makanan.
  •  Pelaburan Asing
  •  Pengangkutan Awam
  •  Perubatan Alternatif 
  •  Kes Penculikan Kanak-kanak 
  •  Adat Resam
  • Orang Gaji Asing/Pendatang Asing
  •  Pertanian Moden
  • Kebanjiran Drama Bersiri Asing/Filem Asing


   

 Sebanyak 20 isu telah dicadangkan dan menjadi spot untuk soalan karangan Bahasa Melayu stpm 2011 .            .  
  

 Jangan lupa study ye...


!!!!!





    Suka Entry ni? Like la !!

    Tuesday 9 August 2011

    tekak ooo tekak !!







    huh !!! rase x tahan je dengan tekak ni .Tambah2 lagi time bulan-bulan pose cmni..

    Macam terase tekak aku luke kene hiris2.. haisyyy...bengkak je rase..huh !!

    agknye ade camni x ek tekak aku sekarang !



    err..tekak oo tekak..aku syg ko..jgn la wat aku cmni ye... :)


    Suka Entry ni? Like la !!

    Saturday 6 August 2011

    PMS ooooo PMS !!!!

    APA ITU PMS  ??????


    Sindrom sebelum haid  (Prahaid) atau PMS merupakan rangkaian 3 gejala iaitu dari
    segi fizikal, tingkah laku dan fisiologi yang berlaku sebelum datangnya haid.  
    Ianya terjadi di antara 7-14 hari sebelum datang haid dan akan hilang apabila haid
    bermula. Penyebab sindrom ini ialah ketidakstabilan hormon iaitu hormon estrogen sebelum ketibaan haid

    TANDA-TANDA GEJALA PMS  

     Kemurungan 
    Sakit kepala
    Pertambahan berat badan
     Mengidam


     Kerengsaan atau tidak 

             berupaya untuk memberi
             tumpuan


    Pembendungan cecair dan kembung perut


    Keresahan / ketegangan 


    Kelesuan /loya


    INFO LAIN 




    Gejala-gejala tersebut akan berlaku 14 hari sebelum tibanya haid


    Gejala ini menjadi semakin serius apabila haid semakin hampir iaitu 7              hari sebelum haid


    Anda akan merasa lega apabila haid tiba  







    Suka Entry ni? Like la !!

    NURUL OOOOOO NURUL !!!





     Dalam entry kali ni aku tergerak nak kongsi cerita pasal apa yang berlaku tadi..Hari ni 6 OGOS 2011 bersamaan hari Sabtu ,aku keluar la untuk beli juadah buka puasa .Nampak ade sorang abg jual air tepi jalan, macam sedap..  so singgah la..  Tibe-tibe terperasan la sorang budak perempuan ni. Aku mengenali budak ni pon dari tempat kerja aku dulu FAMILY PASTRY SHOP..  iaitu sebuah kedai kek kat Yong Peng ni.. Nama budak tu Nurul kot kalau x silap. Sambil menunggu abg jual air tu membungkus air tembikai laici dan air tembikai susu yang aku beli tu..Tibe-tibe Nurul ni datang la dekat aku..sebelah-sebelah ni..ingat nk tegur aku la kan..Aku pon berbelah bahagi..Nak tegur ke x nk ..  Nk tegur ke xnk.. huhu.. last2 aku pon tegur la..


    AKU :  Hai...  !!  knal x ?  


    NURUL :  krik krik krik....(bunyi cengkerik )





    Nak tau ape reaksi dia lepas aku tegur ????? macam kartun kat ats ni la lbeh kurang.. Die wat muke serupa cam kerang yang da basi yang dok terperap berbulan-bulan dalam peti ais..jeling aku.. then wat gaye mcm nak muntah tgk aku ?  errrr.  Argghhhh.. selamat mood aku baik hari ni..kalau x..isyy..  Die pndang aku macam la die tu hebat sangat untuk ditegur !!  EEEeeeee.. tolong la ea..






    Aku terasa sangat bengang dan terasa cm bangang gile...kenapa la aku tegur die..  dah la rmai orang kat situ.. Arggghh..malu sgt2...Hahaha..  selang berapa minit...
    Die pon tegur aku   ..










    Uhhhh.. ingat pon nama aku..   Tp agk- agk la kan..kalau mule-mule tak knl atau x ingat aku pon,,jgn la wat muke cmtu..  cube kalau korang ..orang tegur  .. mesti la senyum ke ape ke..  tnye " eah,,kite kenal ke..  Ni tidak..  wat muke mcm aku ni ade hutang die je...aisyyyy.. Susah la kalau ade orang mcm ni..huhu..


    Dan yang paling memelikkan aku ialah ..sebenarnya ,,mase kat tempat kerja dulu...Aku la salah sorang yang kesian kat die.. Sebab pekerja lain memng x suke dengan die dan hari-hari mara dan buli Nurul ni..kecuali aku..aku je la  sorang yang sudi baik-baik dan tegur-tegur die.. Tapi nampak sangat die x hargai 'JASA ' baik aku selame ni.. hahaha..  buktinye.. die x knal dan x ingat kat aku pon.. malah boleh wat muke bile aku tegur die.. huh !


    Hahahaha.. x kisah la Nurul... mungkin ko da xnak ingat kisah lame ag kott..kan ? haha.. dan sekarang aku dapat tau yang Nurul ni  da kne buang dengan bos kat FAMILY tu dan bekerja di kedai kek yang lain pulak  .. Dan moral yang aku dapat daripada apa yang berlaku hari ni ialah..JANGAN TEGUR ORANG SESUKA HATI..Biarlah org nak cakap kite sombong ke ape.. hahaa..  asalkan x dimalukan ,,haha..boleh x camtu ek?  hahaa.. :)
    Suka Entry ni? Like la !!